Cara buat dan bungkus ketupat palas
Di copy dari blog Chetam
Nak belajar cara bungkus ketupat? Tengok gambar-gambar di bawah. Membalut ketupat daun palas versi negeri lain tak sama dengan versi Kelantan ni. . Resepinya di bawah sekali yer.
Ketupat Daun Palas Versi Kelantan
2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.
Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut sahaja. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan. Kacau rata. Santan telah dimasukkan dengan gula dan garam terlebih dahulu.
Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.
Versi kelantan ni ada gula . ketupatnya direbus......terima kasih Chetam kerana berkongsi ilmu ini....
Pssstttt.....Selamat menjamu selera....banyak kan undangan rumah terbuka....tapi ingat yer...kemudaratan akibat makan yang berlebihan....

Ulasan
:P