RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)


******************************************************* 
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Langkawi (Federal Villa ) adalah RPP ke 4 yang kami checkin...
****************************************************

RPP Langkawi (Federal Villa) adalah khas untuk kakitangan awam dan kadar bayaran untuk 1 malam adalah rm100.00 sahaja untuk bilik deluxe dan rm80.00 untuk bilik standard ...
Federal Villa ni diuruskan oleh Holiday Villa Langkawi. Check in - check out semua di lobi Holiday Villa...Cuma kena menapak sikit jer ke bangunan federal villa ni...Dan kalau nak tahu RPP langkawi ni betul2 sebelah Dash Resort Langkawi yang tengah viral tu....
Apa2 kemudahan yang disediakan di Holiday villa penghuni RPP pun boleh merasa sama..tak ke huntong banyak...holiday villa private beach hokey...cantik giler pemandangan kat sini...paling indah dapat menikmati pemandangan matahari terbenam...
Ada swimming pool yang besar...Ada jakuzzi...dan ada kolam tertutup untuk wanita...huhuhu...best2..
Dan satu saya nak maklumkan..kalau uolss menginap kat sini uolss boleh sarapan pagi di restoren hotel dengan hanya perlu bayar rm8.80 sahaja untuk dewasa dan dalam 5 hengget sahaja untuk kanak2..makanan dia best sangat..dan bila uols berada di dalam restoren tu..uols akan rasa mcm berada di luar negara kerana dipenuhi foreigner semuanya...holiday villa kebanyakan dan hampir semua penghuni adalah orang luar...kalau jumpa orang2 kita pun yang ada2 jer..hahahha

kalau booking biasa untuk holiday villa ..tengok rege pun dah termenung panjang..mungkin tak merasa la kot....cuba tengok harga untuk bilik kami untuk 7 hari 6 malam untuk tarikh yang sama..rm2975..Saya cuba booking melalui booking.com - Cuma perbezaan bilik sahaja la kot..tp dari pemerhatian saya bilik holiday villa dan bilik federal villa lebih kurang jer cuma bilik di holiday villa mengelilingi kolam dan federal villa di belakang sikit...




Puas hati sangat...bilik besar....katil king rasanya - muat 3 orang pun boleh...keadaan bilik sangat bersih...dengan kata lain berbaloi2...penginapan 5 *****👍👍
Nak booking boleh ke laman web www.bph.gov.my. booking hanya melalui online sahaja...👌👌..online sahaja ok...dan hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja...pesara pun layak..mohon baca post sampai habis...
***********************************************
Entry bergambar hokey..


Kaunter checkin - Lobi Holiday Villa

Lobi Holiday Villa

Staff hotel akan hantar beg kite ke bilik...sebenarnya kami boleh bawak kereta dan parking depan federal villa tetapi kami tak biasa lagi..ingat parking depan holiday villa tu jer...hehhe..jadi kami menapak sikit ke bilik kami..


Nama Blok2 RPP Langkawi 

Dari depan

dari belakang - balkoni mengadap pantai tetapi terhalang oleh pokok2 menghijau
Jom masuk bilik lak...bismillah











Ada peti ais..cerek elektrik ..2 gelas


sejadah dan peti besi pun disediakan


ubat nyamuk pun ado hokesss

almari pakaian


bilik air - towel semua disediakan



ok..dah siap geledah bilik...kita melawat kawasan lak .....


ada kolam tertutup untuk wanita dan tempat permainan untuk anak2







 Jumpa kolam besar lak..siap ada jakuzzi dan ada pub..omputih minum2 kat tepi tu...

Lepas jumpa kolam..menapak beberapa langkah..terus sampai pantai...yeyyaaaa....nanti nak duk tepi pantai..tengok matahari terbenam...pantai persendirian ye..maknanya uolsss yang duk sini jer boleh menikmatinya...

kat tepi pantai ada satu tempat diletakkan kerusi dan digantung kain putih..cantik sangat...nak romantik2 boleh la..nak booking utk dinner malam ke..nak romantik2 pun boleh..kalau takder orang booking...kita boleh jer duk situ...

macam ni..kredit fb holiday villa















cantik kan...indah sangat ciptaan Allah...jom kita saksikan matahari terbenam lak...











 **************************************************************
 lupa nak ingatkan...nak iron baju..iron tak disediakan di dalam bilik...bilik iron ada di bangunan depan...setiap pagi lepas subuh kami turun gosok baju...hahhaha






****************************************************************************
 maklumat tambahan **

- Kali pertama check in di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah di Port Dickson (hotel )..Rate : Satu malam RM100

- Kali ke 2 di RPP Kenyir - Rate : Satu malam RM100 (Banglo 3 bilik) RM80 (Banglo 2 bilik)
- Kali ke ke 3 di Cameron Highlands...berbaloi bayar RM150.00 untuk 4 hari 3 malam 
Bilik biasa - Rm50.00 untuk 1 malam

*******************************************************
** cara nak booking dan nak tengok senarai RPP sila klik sini
- https://teratakimpianibu.blogspot.com/2018/09/cara-booking-rumah-peranginan.html
** kena cuba banyak kali hokey kalau nak booking...jangan cepat putus asa...semoga berjaya dan selamat bercuti 😘😘
Tarikh tempahan dibuka adalah tiga (3) kali setahun iaitu:
i. Buka bermula 1 Mac (Tarikh penginapan 3/5 –2/9)
ii. Buka bermula1 Julai (Tarikh penginapan3/9 –2/1)
iii. Buka bermula1 November (Tarikh penginapan3/1 –2/5)
Detail garis panduan RPP boleh rujuk sini - http://www.bph.gov.my/…/G…/garis_panduan_pengurusan_rpp.pdf…
**Pekeliling peraturan penggunaan RPP klik sini http://www.bph.gov.my/…/SPA022015_peraturan_menggunakan_rpp…

Ulasan

aza berkata…
rpp langkawi ni mesra oku tak?

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA