Resepi Ayam 3 Budak Gemuk


Ayam Budak Gemuk...Alahai padu teruk!!!! 

En Suami ngan anakanda cakap kenapa sedap sangat ni... 😍😍😍

Nah... Hakak share resepi... sila lah buat.. Resepi ni pun dah lama tersimpan... buatnya tak... ni baru terbuat... πŸ˜‹πŸ˜‹

Resepi Ayam Budak Gemuk

πŸ“Bahan - Bahan
πŸ“Œ Ayam
πŸ“Œ Kunyit
πŸ“Œ Garam
πŸ“Œ Bawang merah
πŸ“Œ Bawang putih
πŸ“Œ 4/5 cili api (nak pedas lagi letak lebih)
πŸ“Œ 2 tangkai daun kari
πŸ“Œ 1/2 inci halia
πŸ“Œ 3 sudu sos tiram
πŸ“Œ Kicap manis

Potong ayam kecik2.. gaul ayam dengan garam + kunyit

Bahan2 untuk sambal

Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia + cili + daun kari.... tumbuk kasar sahaja.. manja2 giteww

Goreng ayam sehingga masak... (guna api kuat) 
Angkat... ketepikan.. 


bahan yang ditumbuk tadi


Masukkan dalam kuali


kacau hingga garing

Masukkan sos tiram

Masukkan kicap

Kacau sebati

Masukkan Ayam




Kacau sebati ayam... siap utk dihidangkan... 






Bahan2 untuk sambal gesek

Bahan2
1- 10 biji Cili padi merah
2 - 10 biji cili padi hijau
3 - 1 biji bawang holand
4 - 3 ulas bawang putih 
5 - 2 inci belacan

* garam + gula

Tumbuk bahan2 di atas... tumbuk kasar sahaja

Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali..
masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi
 
Kacaudalam 5 minit.. 

Selepas 5 minit.. masukkan gula dan garam.. kacau sekejap... siap... nak lagi sedap... picit limau nipis... umphhhh... 









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA