Cara Simpan Bahan Mentah Dalam Peti Ais

Sebenarnya jangan dilayan malas yang datang tu.. halau jauh2 semoga yang rajin aje datang kat kita... Hakak pun tika malas... pejam celik pejam celik je tengok apa2... beli apa2 sumbat je dalam peti ais..dalam kabinet dapur...  tp kita sendiri jugak yang sakit mata duk hadap...nak masak payah.. nak buat makan2 payah.. last2 asyik malas je la memanjang...😞😞

Januari 2021 belum berlalu lagi... jadi hakak nak mula jugak dengan rajin... biar berpanjangan la hendaknya yang positif2 ni...💪💪

📌 Topup Bahan mentah + barang dapur  untuk 3 minggu (selepas gaji) ✅
📌 Cuci peti ais - clearkan apa yang
sepatutnya diclearkan ✅
📌 Cuci bahan mentah + sayur2 ✅
📌Kemas bahan mentah (letak dalam bekas untuk sekali masak)  + sayur dalam
peti ais ✅
📌 Topup bahan2 masak ke dalam bekas - Garam + gula + bawang dan seangkatan
+  serbuk kunyit + belacan ✅
📌 Kemas kabinet barang dapur - Masukkan barang2 makanan ke dalam bekas / botol ✅
📌 Buat cili blend - Penting.... dah free nanti nak buat pes sambal ✅
📌 Tambah stok ikan bilis sekilo - Penting ada sbb ikan bilis boleh buat pelbagai jenis lauk ✅
📌 Rebus ikan sardin...buat stok... penat2 bolah goreng cicah kicap + nasi ✅

* Memasaklah dengan gembira 😍😍

🏡🏡🏡🏡🏡

~ Simpan lauk cara hakak ~

Selesai stok lauk dan bahan mentah untuk 3 minggu. Betul penat awalnya tapi insya-Allah senang kemudiannya. Bila dah ada semua balik lambat macam mana pun insya-Allah akan rajin masuk dapur walau masak biasa jer. Sebab tu hakak rilek jer walau keluar gelap balik gelap.
.
Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sekali masak. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan kat tempat beku. Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td. Untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air simpan lama terpulang. Kita raikan pendapat.
.
Lauk yang hakak letak air – Udang + sotong + ikan + ayam (dulu letak air..utk bulan ni beli lebih sikit ayam.. jadi asingkan letak dalam plastik je utk sekali masak sbb peti penuh…semua bersihkan siap-siap. Simpan lauk yang dah bersih
.
Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air. Bila nak masak keluarkan alirkan bawah air paip. Kalau udang + sotong sekejap jer cair. Ayam amik masa sikit. Takder masalah nak cairkan ais tu, uolss kalau nak masak pagi esok malam tu boleh letak kat chiller ramai orang buat mcm tu kan.

~ Cara simpan sayur ~

– Halia + lengkuas + serai + kunyit letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.
– Cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli, letak tisu kering kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut.
.
Sayur akan tahan lama. InsyaAllah. Cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi, selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab tu lah sayur berdaun hakak tak beli banyak sekaligus cukup untuk seminggu dua je.. tp ok la.. sekurangnya zaman2 virus ni dapat kurangkan hakak dan suami keluar ke kedai...

#StokbahanmentahdandapurJanuari2021
#Rumahkusyurgaku
#Memasaklahdengangembira

















Bila dah kemas2... bahan2 dan tersedia..... jom lah memasak dengan hati yang gembira

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

Peti Sejuk Terbaik

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA