RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA

Pes sambal serbaguna

Nak buat masak merah boleh..nak buat apa2 masakan bersambal boleh..nak buat nasi goreng..mee goreng..bihun goreng pun boleh..
Sambalnya dah siap masak...nak masak menu2 tersebut..tambah aje sos cili + tiram + kicap dan sewaktu dengannya..

➺ Boleh buat sambal ikan+ ayam + daging + udang + sotong
➺mee goreng
➺bihun goreng
➺nasi goreng
➺dan pelbagai menu lagi 

** simpan pes di dalam bekas untuk sekali masak



 bila dah siap gini...bahagianya hidup...senang sesangat kerja memasak nanti..

Pes sambal yang betul2 masak...pecah minyak..nak makan dengan nasi mcm tu jer pun bolee


bawang merah + bawang putih + bawang holand (kalau nak letak-taknak letak pun takper) - sukatan takder..terpulang nak letak banyak mana - agak2

 potong kecik2 - pastu blend - nak cepat terus letak minyak

masukkan dalam kuali - kalau blend ngan air..bagi kering air baru letak minyak - kalau memang blend dengan minyak masak sehingga bawang masak sedikit baru letak cili blend - kalau nak letak sekali ngan bawang tadi pun ok...terpulang..banyak cara masak

 masak dengan api slow - kalau api kuat nanti habis terpercik

 masak sehingga pecah minyak - kalau kuantiti banyak dalam satu kuali ambil masa dlam 2 jam baru betul2 masak
 pes dah siap 

 susun bekas untuk diisikan pes - bekas tak perlu besar - agak2 untuk sekali masak - bekas ni beli kat mr diy rm2 3pcs


 tengok pes ni..mengamcam tau dak...

 tutup bekas - simpan kat bhg beku


Ulasan

PATEK berkata…
owhhh... sonang jo

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)