Ketupat Yang Diidamkan....

Aku teringin sangat nak makan ketupat pulut daun palas yang mak buat....takder sorang pun yang boleh buat ketupat pulut sesedap yang mak buat...lemak berkrim macam mak buat....huhuhu....setiap anak mesti masakan mak yang paling sedap kan...kan...

Dan aku jua tak pernah berjaya membungkus ketupat daun palas seperti yang mak buat...huhuhu....tapi aku takkan berputus asa untuk aku mencuba sehingga berjaya...insyaallah...bukan senang woo...kalau setakat ketupat jantan macam gambar kat bawah tu boleh la...tapi yang mak buat tu ketupat betina macam gambar kat atas tu (Ada lak jantan betina....)...kena pusing2 sikit....betoi ke ni...ke aku tersilap betina dan jantan....Nanti kita belajar buat ketupat lak yer....


Raya tahun ni lah pertama kali mak tak sempat nak buat ketupat pulut daun palas untuk kami semua....raya tahun ni kami semua memang sibuk dan penat sesangat...dengan persiapan dan majlis kenduri adik lelakiku....
Tapi alhamdulillah...Majlis nikah 4 hari sebelum raya dan majlis menyambut menantu 4 hari selepas raya aidilfitri berjalan dengan lancar walaupun kami semua sedikit kepenatan....
Psttttttt................
Ketupat kat bawah ni hanya cantik di mata kan.....ngeeeeeee


**** Semua gambar ketupat diambik kat Pakcik Google....Kepada tuan empunya gambar ketupat...terima kasih bebanyak....

Ulasan

Azian Elias berkata…
akak suka sangat pulut palas.. tak pandai buat.beli je.

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA