Tiada Lagi Suara dan Wajahnya....Kita sudah Kehilangan.....



Kenal tak dengan empunya diri kat atas?Semua orang kenal kan?Saban tahun semua menantikan suara dan kelibatnya di tv.....


Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.
Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. 

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.



Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu....Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Tinggalan Sejarah : Kita akan merindui wajah dan suaranya.....

Ulasan

TimMie berkata…
Innalillahi wainna ilaihiraji'un...
Zaidah berkata…
bagilah pak engku tu berehat....dah lama dia menyandang jawatan tersebut....
Sofea berkata…
selamat bersara Engku Tan sri Ibrahim..jasa mu di kenang!
kak long berkata…
dari kecik kaklong dengar suara dia...
nanti bila da tukar org lain mesti da tak seronok kan?
MaDiHaA a.k.a Ratna berkata…
tonasi suaranya sama je tiap2 tahun bila kuar tv kan?
lepas ni pasti rindu nak dengar suara beliau tiap kali pengumuman puasa/raya..
CT berkata…
Yelah...kita semua akan rindu...debaran nak tunggu muka dia dpn tv dah takde lagi kan...:)
Mat Sabu berkata…
Heee..tahun neh raye bulan ogos heee
azman JINKAMEN berkata…
Salam
thanx join 1st GA Jinkamen.moga leh jadi member siber/blog. selalu datang blog saya dan saya akan balas. boleh share cerita dan berita.

thanx support me
ala mesti rindu suara dia bbg thrill tggu pengumuman tu..harap2 yg baru ni s best gak
Hezesuze berkata…
bagilah dia berehat heheeh
memang kenal dengan arwah dari kecik lagi..kenal dalam tv je la..semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..
Muhamad Zaki Zafir berkata…
sejak kecil lg tgk beliau ni kat tv.eksaited je tiap2 kali tgk beliau.nk raya kan. :D

hehe, tak sedap tinggal link kt atas ni kosong2 je.jom kak, join contest kat blog saya. ;)

-->'CONTEST RECOMMEND LAGU TERBAIK :D'
So Shy Lady (SSL) berkata…
ahaks...pengumuman dia sangat suspen hingga kadang2 geram jugak dbuatnya

tp juga sgt nostalgia....
Iman berkata…
TiMmiE:

Tan Sri Engku Ibrahim tak meninggal....dia bersara....Kita kehilangan suara dan wajahnya di kaca tv jer....
Iman berkata…
Zaidah:

Yupp..biarlah dia bersara....tapi dalam hati macam nak lihat dia lagi jer dalam tv tahun ni...hehehe
Iman berkata…
Sofea:

Yezza...jasamu dikenang...setiap tahun andalah yang memberi berita gembira kepada kami....Tq
Iman berkata…
kak long:

Hehehe..kak long,nanti kita dengar nada suara lain lak mengumumkan hari raya...huhuhu...tapi raya tetap raya...
Iman berkata…
MaDiHaA a.k.a Ratna:

Yupp..sama jer suara dia tiap2 tahun...dari kecik sampai la ni...tunggu wajahnya muncul di kaca tv untuk mengumumkan berita gembira tu...
Iman berkata…
CT:

huhuhu...betol tu..
Iman berkata…
Firdaus Alim:

Betolll...bulan ogos...hahaha...dah ada orang buat pengumuman awal2 nih.boleh ganti la...hehe
Iman berkata…
azman JINKAMEN :

Hehehe..tarak masalah punyer...nanti kita datang lagik yer...^_^
Iman berkata…
Hidayah:

Yupp...harap yang baru sama dengan yang lama...hehehe....
Iman berkata…
Hezesuze:

Aaaa...rehat lah Tan Sri....Tapi kak...penatkeduk kat atas kerusi empuk tu sekali setahun selama 5 minit jer...huwaaa...korang jangan marah kiter yer...gurau jerk...bagilah dia bersara...
Iman berkata…
Rafina Mimi Zairul Murni:

Huhuhu...dah salah faham dah ni...Tan Sri Engku Ibrahim belum meninggal...dia cuma bersara jer...Huwaaa....
Iman berkata…
Muhamad Zaki Zafir:

Insyaallah...nanti akak join erk..
Eddy Ahmad berkata…
umar nk take over boley hehehee...
Lirik Lagu Malaysia berkata…
dari kecik sampai la saya besar.. beliau lah yang paling kacak apabila menjelangnya raya. . hehe

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA