Kesetiaan Cinta Wook
Kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu, Mek Wook Kondor, 107, teruji lagi apabila suaminya, Mohd Nor Musa, 38, ditahan polis sekali lagi kerana didakwa positif dadah jenis heroin.
Lebih memilukan, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret....
Sebelum ini, pada 7 Julai tahun lalu Mohd Nor ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan 1998) serta dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut, 31 Disember tahun lalu.
Dia kemudian dibebaskan pada 15 Julai lalu......
Sumber dari Mymetro
Menurut Wook,dia sangat terkilan dengan perangai Mohd Nor yang mengambil dadah semula sehingga merasakan ingin membunuh diri dan terjun sungai kerana tidak dapat menerima hakikat itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka suaminya sanggup mengulangi balik perangai buruknya mengambil dadah kerana lelaki berkenaan baru saja keluar dari Puspen dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan itu.
“Saya harap hari raya tahun ini akan memberi sinar baru kepada kami suami isteri selepas terpaksa berpisah tahun lalu, namun tidak sangka pula jadi begini.
“Saya sudah banyak berhabis duit untuknya ingatkan dia betul-betul hendak berubah tetapi lain pula jadinya. Begitupun saya harap dia dapat kembali semula ke pangkal jalan,” katanya.
********************************************
Andakah Cinta anda seperti Cinta Wook?
Aku????
Kalau aku mungkin tidak....aku tidak sesetia Wook...Aku benci Dadah!!!!Insyaallah...Mintak kita semua dijauhkan dari bala bencana ini....
Korang???

Ulasan
kena potong r bantuan bulan2 ni
huhuhuhuhu
duit yang diberi digunakan pada mende2 yang tak de faedah
Hahaha...tu la pasal...mungkin saya tak sesetia Wook...:)
Pandangan iman la kan....pandangan yer..rasa tak berbaloi Wook menikahi lelaki itu...rasa lebih tenang wook keseorangan...Ini bukan kes boleh menumpang kasih...ini dah kes menyusahkan hidup di penghujung usia...Kesian dekat Wook tu...
Betol kak cik...saya rasa mcm Wook tu dipergunakan....Tapi Cinta Itu Buta...Tak tahu lah perasaan dia mcmna...
Yupp!!!Katakan tidak pada Dadah!!!!
Takyah la pi jamin kan...biar dia duk dalam tu...tapi masalahnya dah masuk sekali buat lagi...kesian kat Wook...
Hehehe...mungkin itu yang sebenarnya...
Betol2!!!Cinta telah membutakan hati orang...tapi adakah berbaloi cinta sebegitu...
Tu la...masa berita dia nak mengahwini Wook dulu pun...dah terpikir,betul ke lelaki tu cintakan Wook dan sanggup sehidup semati...Rupa2 nya....
Yupp!!!tak perlu setia pada orang yang macam tu....membebankan ada la...
gelak saya baca komen hezesuze ..
Wook memang dipergunakan
jantan tak sedar dek untung !
lelaki ni mentang2 la nek wook byk harta pusaka...
kalau sekali tu boleh laa dimaapkan lagik...
ini da masuk 2 kali...
ngadew taik kuda tol lelaki ni! eishh nek wook bkn pe laa nk setia ngn lelaki cenggitu...huhu sian dier..:(
Yupp!!!Katakan benci pada dadah!!!:)
Hehehehe....saya pun tergelak....
Tu la...ingat cukup dah kena kali pertama...lelaki tu akan insaf...rupa2nya...tidak..kesian kat Nek Wook..
Betol tu...ingatkan dah kena sekali dia akan insaf...rupa2nya tidak....untuk lelaki tu...kesiankanlah kat ieteri anda....
Sokong pendapat Che Mid tu....Memang patut isteri berkorban untuk suami...tapi bila dah bagi banyak peluang...dia mensia2 siakan jugak....macam apa yang che mid katakan gak...bubarkanlah perkahwinan tu...