Berfikirlah Sejenak

Tidak cukup dengan itu,ketidakstabilan ini juga jelas terpancar di wajah kerana anda akan kelihatan murung,tidak gembira dan pastinya lebih mudah marah....
Ini menjadikan minda kita tidak mampu bekerja dengan baik sekaligus menjejaskan kesihatan..
Minda mampu berfungsi dengan baik apabila badan kita berada dalam keadaan yang tenang serta fikiran yang jernih....
Oleh itu,ambillah waktu rehat sejenak apabila anda merasakan keadaan terlalu tertekan.
Keluar berjalan-jalan,usah tinggalkan perkara wajib iaitu solat,dan menghela nafas yang panjang bagi menambahkan kandungan oksigen yang akan dibekalkan ke otak.
Anda tidak mampu melakukan banyak perkara di dalam satu masa.
Jadi,belajarlah menangani stres sebaik mungkin kerana keseimbangan ini mampu mencipta kesempurnaan rohani dan jasmani di dalam diri anda.....

Ulasan
Yezza...Betol tu...solat adalah ubat paling mujarab....