Pahala Terakhir Seorang Isteri



( Selamat Membaca..:).

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang.........

Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

 Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, dikalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.


Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. 
Berkat tolong - menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. 
Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan

Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.
Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. 

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang

berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. 

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak

melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang

suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak
oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu,
hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan  bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya .semoga Allah perkenankannya. ****


Nota:

Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohon la

kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan
dengan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih
boleh bangun or.. macam dalam kesah ni.. :)...


Sumber dari Email....

Ulasan

Notami berkata…
mohon utk dikongsikan ye..
Iman berkata…
Notami:

Silakan....boleh...ni pun kiter ambil kat email...nak kongsikan dengan kengkawan....meleleh air mata....huwaaa....
Lagenda berkata…
Kisah iktibar utk mak juga!
syairahmohdanuar berkata…
sedihnye cerita nie.meleleh air mata :'(
Iman berkata…
Lagenda:

Huhuhu....untuk saya....untuk mak... dan untuk semua....
Iman berkata…
syairahmohdanuar:

Banyak kan terjadi macam ni....harap kita semua dapat iktibar dari kisah ni...insyaallah...
Makbed berkata…
makbed pun jadikan ni iktibar.
Abd Karim MJ berkata…
Assalam...

nice article to be shared !

Segalanya kuasa ALLAH..
RerameUngu berkata…
kisah yg bagus utk dijadikan pengajaran bt kt yang masih ada.

smoga ini menjadi panduan bt sy kelak..
.. berkata…
teladan yang baek untuk dkongsikan
.. berkata…
teladan yang baek untuk dkongsikan
MaDiHaA a.k.a Ratna berkata…
walaupun dah pernah baca kisah ni.. tp tetap meleleh air mata ni... touching betul...
mykhalis berkata…
terkesan dengan cerita nie.. sbg suami, khalis akan redha dengan isteri sebelum tido..terima kasih sebab kongsi

hottest entry di blog khalis :
orang yang tak mempunyai tangan,tetapi hebat

paku dan budu mat saleh cakap melayu
crvmin berkata…
Walaupon da pernah baca email nii berulang kali tapi tetap juga tersentuh!!!!!
Unknown berkata…
sedihnya..saya selalu pesan pd diri sndri, 'sentiasa hargai suami'. sbb kita tak tahu bilakah detiknya kita terpaksa berpisah dgnnya..
::nuRuLaDHar:: berkata…
hmmm..sangat tacing!! =(
mamayung berkata…
sedihnyaaa kisah ni.semuga ianya menjadi iktibar pd sy dan juga orang lain.Malang mmg tak berbau cuma kita yang harus beringat selalu.
Norgadis berkata…
Terharu membacanya..

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA