Imaginasi kanak2 dlm 1 karangan

Silap haribulan cikgu pun boleh mati terkejut baca..... haha

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. 

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.


Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. 
Kami berjalan sejauh 120 kilometerkerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar loritersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. 

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuahferi. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Tidak lama kemudian kereta polis punsampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernahsaya lihat sebelum saya mati.. 

Note : Copy Dari Facebook.....

3 ulasan:

mOoN berkata...

hahahaha...
banyak kali baca karangan ni...memang lawak...

Solihin Zubir berkata...

ahahhahaa.. tak boleh blah btl!
dashat giler karangan..
suma mati! kejam! hehehe...
lawak!

Aboy93 berkata...

terpengaruh ngan superman nie... haha