Pembanci Oh Pembanci
Malam tadi dengar dalam berita masih ada lagi runggutan dari sebilangan Pembanci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang belum menerima gaji untuk kerja yang mereka lakukan...
Tarikh banci dah lama berlalu iaitu 6 Julai - 22 Ogos...Kesian saper yang tak dapat gaji tu lagi...Kebanyakan yang jadi pembanci ni adalah penganggur dan juga pelajar lepasan sekolah dan pelajar2 U yang mencari duit lebih untuk kegunaan mereka..
Aku pernah merasa pengalaman menjadi seorang pembanci ni....masa tu aku baru lepas habis SPM...Kalau ikutkan aku malu sesangat masa tu nak jumpa orang ramai dan aku tahu mesti banyak karenah orang2 yang akan aku jumpa nanti...Tapi demi untuk pegang duit dari hasil titik peluh aku sendiri,Pembanci Sambilan adalah pekerjaan pertama yang aku buat....
Gambar Google |
Tidak dinafikan tugas pembanci nampak mudah. Apa susahnya hendak bertanya nama, pekerjaan, pendapatan, ada Astro ke tidak, berapa buah kereta serta soalan-soalan mudah lain.
Tapi nasib aku baik...aku ditugaskan untuk membanci di kampung ku sendiri...di kampung yang tercinta...senang kan?Walau di kampungku sendiri ada gak karenah orang2 kampung yang tidak menyenangkan hati dan perasaan ku...Korang ingat senang ke nak jadi pembanci ni?
Walau di kampungku sendiri,aku pernah dikata penjual la...nak berpolitik la...(tu baru tercegat kat depan tangga rumah)...dan bla2...Tapi aku tak kisah,sekurang2nya aku takder la dihalau macam pendatang tanpa izin...
Tapi banyak risiko sebenarnya menjadi pembanci ni...kalau kat bandar yang padat dengan penduduk ni,tahu sendiri lah risikonya...Dah la berbilang bangsa,ada lak pendatang asing dan yang paling takut kerana manusia sekarang yang semakin tak berperikemanusiaan.
Aku tabik la saper-saper yang jadi pembanci kat bandar2 besar terumanya kat bandar2 metropolitan ni...Kalau aku...tak berani beb...
Tapi yang jadi isunya...mereka dah buat kerja mereka...dijanjikan gaji tapi tak ditepati...kenapa yer?Gaji mereka tu tersekat kat mana?
Khabarnya banci kali ini melibatkan kos RM200 juta dan tenaga kerja pula seramai 29,000 orang.
Kenapa sebilangan pembanci masih tidak mendapat gaji mereka....Kesian mereka....
Walau aku tidak mengalami nasib seperti mereka dahulu....
Ulasan
kepada gomen, bayarla gaji depa ni, walaupun ada yg kontrak je, depa dah buat kerja susah2, jadi sila jangan nyusahkan depa.
klu diorg banyak duit takde mahunya buat keje partime nih...
saya tak penah jadik pembanci tp penah jadik petugas SPR...mmg "bercinta" jugak menunggu bayarannya...masa tu student lagik...rm100+ pun besar nilainya ...
Yupp...betol tu...akak dah merasai pengalaman tu...kesian tau...huhuhu..
Sokong sesangat pendapat tu...i like...hehehe
tu la...mcmna leh tersekat lak gaji diorang ni...kesian...kalau orang yang dah banyak duit takkan buat keje tu...tapi tak tahu la kalau orang tu buat semata2 minat...
nasib baik masa iman jadi pembanci takder lak jadi mcm ni...kesian dia orang...