Jangan Anggap Kita Lebih...
Untuk ingatan aku dan sesiapa yang sudi membacanya...Tiada niat untuk ditujukan kepada sesiapa....sekadar berkongsi....
Beberapa panduan Imam al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh...
Beberapa panduan Imam al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh...
- Jika berjumpa kanak-kanak,anggaplah kanak2 itu lebih mulia daripada kita....kerana kanak2 ini belum banyak melakukan dosa daripada kita
- Apabila bertemu dengan orang tua...anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat
- Jika berjumpa dengan orang alim...anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui
- Apabila melihat orang jahil...anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keaadaan mengetahui
- Jika melihat orang jahat...jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannnya
- Apabila bertemu dengan orang kafir...katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akn memeluk Islam...maka segala dosanya akan diampuni oleh Allah...
Ulasan
insyallah akan dipraktikkan dalam kehidupan...
kadang2x manusia nie alpa
insyaallah..
Sama2...Moga kita semua beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat....
Amin
Insyaallah....
Moga kita sentiasa dilindungi oleh Nya...
Terima kasih...Kita kongsi bersama....
Insyaallah kak...Moga kita semua beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat....
sama2...Insyaallah...