Kenangan itu

Assalamualaikum…

Cepatnya masa berlalu..hampir 2 tahun aku tinggalkan blog kesayangku ini…Teratak Impian Ibu
 
Dalam 2 tahun ini,banyak suka duka dan pahit manis aku lalui…Alhamdulillah…segalanya telah berlalu…

Aku  ingin tinggalkan secebis kenangan yang telah aku lalui dalam tempoh 2 tahun ini di blog kesayanganku ini.Untuk aku jadikan kenangan kepada ku di masa akan datang…Cerita yang tertinggal…hehehehe…Jiwang la pulop!!!!

 **2011**

Disember 2011
- Berpindah opis ke putrajaya (setelah hampir 8 bulan aku mengharungi suka duka berulang alik menaiki komuter dari Bangi ke KL – Pindah rumah bulan 5 /2011)

Banyak kenangan berulang alik dengan komuter ni..Kenangan dan kesabaran yang tinggi...Alhamdulillah...ia telah berlalu.Di antara kenangan itu ada di SINI

Kenangan pernah terkandas...Tren rosak...
**2012**
Januari
- Anak kesayangku Iman Balqis memulakan sesi persekolahan tahun pertama.Darjah 1 -3 sesi persekolahan petang.

Hari pertama persekolahan
- Pagi sekolah kat sekolah agama swasta berhampiran dengan sek keb (sebelah pagar sekolah keb jer pun)
- Aku pilih sek swasta sebab senang - transit terus kat situ – belajar mandi , makan – tengahari diorang ramai2 jalan kaki ke sek keb – ditemani ustazah sek agama - Tak perlu risau dah.
-Hantar pukul 7.00 pagi – amik balik kol 6.30 petang….Begitulah rutin harian anak aku dan anak orang lain jugak zaman sekarang. Ingat zaman aku dulu (gaya macam tua sangat kan..) takder sek petang ni. Sek keb pagi sampai tengahari (aku pun lupa sampai kol berapa kol 12.45 kot – takpun dalan kol 1 lebih gitu) – Lepas balik sekolah,gi ngaji kat surau (aku panggil balasoh). Ngaji dengan arwah nenek…Garang…Rotan panjang…sampaikan ada budak lelaki tu, masa tengah ngaji , banyak kali arwah nenek betulkan bacaan pun dia tak betul2,arwah pukul rotan tu kat tepi dia (surau papan),memang best la bunyi rotan tu..apalagi,terkencing la kawan tu..memang kami semua takut kat arwah..takut aku kat dia sampaikan kalau hari aku ponteng,arwah datang cari kat rumah…tempat aku sembunyi bawah rumah.aku lari ikut dapur,duk bawah rumah sehinggalah aku nampak dia turun dari tangga rumah aku,baru aku naik atas rumah...huhuhu


Inilah rumah aku yang kini terbiar menunggu runtuh..Rumah ayah tapi bina atas tanah pak saudara,kami tinggalkan jer kenangan itu.Rumah aku dulu rumah kampung…kayu…
Tapi Alhamdulillah..dengan ketegasan arwah nenek…kakak,abang,aku,adik2 aku dan budak2 kampung dulu pandai mengaji semuanya…
     
April
-Dengan rasa takut dan gerun,setelah dipikirkan banyak kebaikannya… dengan itu aku memasrahkan diri aku untuk mendapatkan sekeping sijil..Ehhh bukan sijil tapi sekeping lesen P.

 
- Hidup dah tenang kat rumah baru,takder terhegeh nak berkejar naik kom..perasaan kesian yang  mendalam pada sang suami yang terpaksa berulang alik (7.00 pagi hantar anak kat sekolah agama dan terus hantar aku kat putrajaya lepas tu u-turn balik Bangi – opis dia 5 minit jer dari rumah kami – dan petang,habis keje kol 5 dia berkejar amik aku lak kat putrajaya dan u-turn balik ke bangi,lps tu terus tunggu depan sek amik Balqis lak.Banyak sangat dah dia berpenat lelah untuk aku dan anakku.

Jadi aku pun perlu buat sesuatu untuk meringankan penat lelah suami kesayangku ini.Dan penyelesaiannya,aku perlu dapatkan lesen kereta dan bawak sendiri ke opis
- Seikhlasnya aku kongsi perasaan ku…jika aku tidak pikirkan kebaikan adanya lesen kereta ni,tobat aku tak belajar kereta. Bayangkan sehingga umur lebih 30 tahun aku,aku tak pernah pegang stereng kerete (tipu kot kalau tak pernah pegang- terpegang ada la kot)…masih ingat lagi ketika aku balik berpantang kat kg masa lahirkan Balqis dulu…suami hantar aku balik dan tinggalkan kereta kat kampung…dan pesannya 2/3 hari panaskan la enjin kereta tu..sampai ke sudah aku tak berani nak cucuk kunci kete kat stereng tu…memang kalau nak kata aku lah wanita paling takut nak start enjin kereta/ apa2 sahaja berkenaan menghidupkan kereta.Dalam fikiran aku,kalau aku start,kereta tu akan gerak ke depan la,melompat la,terundur ke belakang la dan apa2 sahaja la la yang menghantui fikiran negatif aku.takder positifnya aku pikir kalau berkenaan kereta ni.yang aku tau,aku menumpang jer…orang lain yang jadi pemandu…(MEM bosar katanya,ekekeke)

Hari pertama belajar,sampai jer kat Institut memandu,cikgu suh aku bawak.Ya Allah,Tuhan jer tau perasaan aku ketika dan saat itu,dalam hati aku “Zalim giler cikgu ni”Maafkan saya cikgu ye..saya dah mintak maap hari last dulu…hehehehe..anak murid degil…Tapi aku keraskan hati jugak..aku nekad..aku kena pandai bawak kereta..apa nak jadi,jadilah…itu kemudian cite.Ok lagi la kat institut memandu,senang la ikut trek dia jerk kan..semua yang ada kat situ pun terhegeh2 mcm aku gak bawak kereta.bawak sikit jer,mati…mati…kuikui...


Masa mula belajar dengan cikgu hari pertama dia dah suh aku bawak kereta balik ikut jalan raya.Terketar2 kepala lutut nak bawak ikut jalanraya…dah la nak keluar dari institut memandu tu mendaki bukit(enjin keta mati dah kat situ)lepas tu kena lak ke kanan,lepas tu kat depan ada simpang 3…banyak betul dugaan..setiap kali ada simpang,setiap kali tu lah enjin kereta mati..huwaaa….nak balik….sib baik cikgu baik...tapi macam nak tergugat jugak kesabaran dia...hehehe...bila aku buat salah jer,aku ckp,cikgu....seumur hidup saya saya tak pernah bawak keta,start enjin kereta pun tak pernah,harap cikgu sabar bebanyak dengan saya ye...hehehhee...

Hujung minggu lak suami tersayang ajar bawak kereta kat taman perumahan…pusing2…yang pastinya malam..selesa sikit dan mudah fhm bila suami sendiri ajarkan.Terima kasih sayang....


 -Penghujung april aku belajar kereta dan penghujung mei aku ada test.Test komputer aku lulus sekali hadap jer (bangga gak ar) dan awal Jun dengan rendah hati aku menyatakan di sini aku GAGAL ujian JPJ.Gagal mendaki bukit dan gagal di jalan raya…nevesss….lagi takut bila tengok muka En JPJ tu..semacam jer…(maap yer en jpj,saya tak suka saat itu).Daki bukit gagal sebab berenti tak sampai garisan.Dan kat jalanraya korang tau aku gagal kenapa?Mula2 kita masuk kereta kan,Jpj ada kat sebelah..aku bagi salam tu-sambil buat muka kesian.betulkan mana yang patut.lepas tu dia bagi arah mana kena pergi.Ok..aku start enjin.Bismillahirrahmanirrahim…Baru beberapa depa gerak,ada satu garisan kuning kena berhenti sebab kena belok ke kanan…aku berdebar..sangat2 berdebar sebab tengok muka en jpj yang serius tu,aku terlajak sikit dari garisan tu.terus jer jpj tu pandang aku dan tanya aku nak pergi mana?aku ckp la kena berhenti sebab ada simpang.Dia ckp awak dah lepas garisan,salah…salah…berenti kat depan…aku masa tu rasa mcm nak meraung jer…aku tau kalau dia suh berenti kat depan tu…apa kesudahannya…berenti dan tukar pemandu.dia bawak dan pusing balik kat tempat aku mula2 naik tadi.tak sempat keluar dari institut memandu tu pun!!!hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku ketika itu.Tapi disebabkan sebelum aku test tu,aku perhatikan ramai yang tukar pemandu,maknanya ramai yang gagal.Zalim!!!Kesian kan kat aku dan yang GAGAL…

Gagal sekali tak mematahkan semangat aku…sebab aku memang dah nekad..aku bayar lagi sekali.Suami tak jemu2 ngajar aku hujung minggu.Dan akhirnya penghujung Julai (beberapa hari nak puasa) aku BERJAYA akhirnya.Tapi kalau ikutkan skema JPJ,mungkin aku tak lulus lagi kot.Hehehehe..Ujian mendaki pun aku tak berapa nak lepas garisan tu,tapi En JPJ tu buat tak nampak jer (terima kasih sebab En bertimbang rasa) dan ujian jalan raya pun dapat En JPJ yang sporting.Dia ikut aku jer mana jalan aku nak pilih.lepas tu dia cakap kat aku.Saya malas nak skema sangat,saya tahu awak semua bukan tak boleh bawak,tapi berdebar jer.yang lulus betul2 pun belum tentu tak lakukan kesalahan.aku memang berterima kasih sangat2 kat En JPJ tu…Orang Kelantan…Alhamdulillah baik orangnya…Sapa yang test dengan dia semua lulus!!!Semoga Allah merahmati hidupnya dunia dan akhirat. ….itulah cerita demi sekeping lesen kereta.
 
Ogos  

-Beberapa hari nak raya,hari terakhir kerja sebelum balik kg,Suami mendapat surat lantikan kenaikan pangkat di Sarawak. Dah lama suami menunggu saat itu.tetapi bila difikirkan banyak keburukan dari kebaikan untuk kami sekeluarga,dia terpaksa menolak.- menurut pengalaman kawan2 di tempat kerjanya,ada yang pernah dapat dan menolak dan mereka terpaksa menunggu 2-3 tahun selepas itu untuk mendapat tawaran lagi.Redha dah pasrah.Setelah melakukan solat ikhtikarah…dia yakin dengan keputusannya. Dan kami berpegang…rezeki ada di mana2…Kalau kami terpaksa mengorbankan perasaan kami sekeluarga untuk mendapat wang yang lebih, bukan itu pilihan kami. Cukup dengan rezeki yang Allah berikan ini. Jauh beb!!!! Sarawak tu..naik belon…(takpelah kalau korang kata Sarawak tu tak jauh,tapi bagi aku,jauh jugak…kalau anak demam,aku sakit,senang ke dia nak balik..) dah la kena pergi berapa hari lepas raya ntah…dengan aku baru dapat lesen kereta…fuiii…dasyat!!!!

- Dan kami sama2 memberi semangat,jika diberi peluang lagi dan dapat penempatan di semenanjung,kami pasrah.Aku dengan rela hati lepaskan dia pergi.Kalau di semenanjung,dekat jer la…takder la seberang laut.Redha.

 Oktober

- Kali pertama aku bawak kereta sorang2 ke opis..Semangat yang berani untuk tidak menyusahkan suami tersayang.Aku nekad.Seminggu sebelum tu,abang hantar dan tapi dia duk sebelah macam En JPJ.Dia biarkan aku bawak kereta sendiri.Dia ckp kena berani (dalam hati dia tak sayang aku ke?kang jadi apa2 kang…).. bila dah terror tu,dalam hati “senang sebenarnya bawak kereta ni,takder la susah sangat.Senang tak senang dalam sebulan 2 tu,banyak kali gak arr kena hon sebab enjin kereta mati kat trafik light.Kereta aku manual jer… Tapi Alhamdulillah selepas tu aku menjadi seorang wanita yang kental jiwanya…hahahaha…kental bawak kereta la..

 - Dapat lagi surat tawaran kenaikan pangkat.Cepatnya dapat…ingatkan bila tolak kena tunggu turn lambat la lagi…penempatan kali ni kat Pahang…dalam 2 jam dari rumah kami…Pasrah…kami redha…terima untuk masa depan kerjayanya…Alhamdulillah…mungkin rezeki suamiku.kena lapor diri pertengahan November.

  November

 - Masih ingat lagi ,masa tu kami balik kg,dan otw balik ke KL aku terus singgah di Pahang sebab suami dah kena start kerja kat tempat baru.Dia duk kuaters dengan kawannya (bujang dan satu negeri lak tu).Malam tu aku bermalam di sana.Pagi2 lepas sarapan kami ke Deer Land berhampiran opis barunya –
 
 
 
 
 
- Tengahari  aku balik dengan Balqis dan 2 adik perempuan ku jer. Pertama kali bawak kereta kat karak…huhuhu…sampai kl jem pulak kat Ampang….memang mencabar dan mencalar jiwa ragaku…sampai satu tahap nak muntah rasanya…

 ***********Dan selepas itu,bermula episod kehidupan jarak jauh kami (tak jauh mana pun) …Setiap petang Jumaat dia balik naik bas…sampai pekeliling lepas tu naik lrt dan akhirnya naik kom..sampai Bangi dalam kol 9 malam…begitulah rutin hidup kami sehinggalah terjadi satu peristiwa hitam yang ……….

Nanti aku sambung lagi…panjang sangat dah la…k..

 

 

 

Tenang....

Banyak citer yang tertinggal....

Tapi yang pasti...Hari ni nak kongsi laman sederhana di Teratak kecil kami...


Dulu....sebelum pindah rumah sendiri memang mengimpikan dapat bercucuk tanam...berpeluh tanam pokok di halaman rumah.....Alhamdulillah...akhirnya impian tu terlaksana...perlahan-lahan....


 
Suka sangat dengan pokok bunga ros jepun ni...Paling senang nak jaga..cantik lak tu....




Dulu pernah citer aku marah kat pokok bunga kertas ni sbb banyak daun jer...bunganya takde...sekarang ni,berlumba2 lak berbunga...I lebiu lah.....balik keje...tenang jer...
 
 

Aku Kembali...Insyaallah

Bismillahirrahmanirrahim.....Jumaaat - 8 November 2013

Alhamdulillah...Syukur pada Yang Maha Esa kerana memberi peluang kepada ku untuk mengecap hidup di bumi Nya yang indah ini.

Aku???

Naper?

Hahhahhaha....tahu....Lama sangat aku menghilang kan....hampir 2 tahun...(makin tua aku kan...kan..)

Banyak sangat penyebab dan penghalang untuk aku aktif macam dulu....tapi...insyaallah...(tak janji sbb tak pasti)...aku akan perlahan2 utk kembali seperti dulu...kembali utk mencoretkan sesuatu di blog kesayangku ini (sayang tau)...

Penyebab utama adalah kekangan masa - kerja la tu...takdan nak coret2 ni...
dan kekangan utama ke 2 adalah aku lupa kata laluan aku....huwaaaaa.....macamna leh terbelit2 lak kata laluan aku...hehehhehe...bila dah ada masa free...aku nak login takleh....jadinya aku terus blah jer....TUTUP..

Sekarang ni segala kekangan dah ok sikit dan kata laluan pun dah boleh tembus dah....jadi aku (insyaallah) akan kembali mewarnai dan mencoretkan blog TERATAK IMPIAN IBU ini...

Opsss....terima kasih (ucapan) kepada semua teman2 maya kesayangan semua yang masih sudi singgah walau blogku dah bersawang....Tapi ketahuilah...walaupun aku tidak berblog lama,aku tetap singgah di teratak korang semua....best sangat!!!!


- Cukup lah pembuka bicara setelah sekian lama menghilang....nanti kita kongsi cerita2 ku yang lepas ye...pasal keluarga...pasal rumah....pasal anak....pasal kehidupan di bumi Allah ini...Insyaallah

***Macam kekok jer ...macam tak caya jer aku tengah menaip balik....hehehehehe...

Berehat Lama....

Lamanya tak berblog...rindu sesangat....sangat...sangat.....
Tapi sekarang masa masih tak mengizinkan untuk aku melepaskan rindu ini....Wuhaaaaaa.....
Hampir 3 bulan meninggalkan blog kesayangan ku ini....

Inilah hasilnya....

Alhamdulillah...Berbudi pada tanah...akhirnya....


Sebelum ni pernah buat citer pasal memula berkebun di laman ceciput di belakang rumahku kat Sini..... tapi tak sempat nak buat entry lepas tu sebab busy cikit....last2 dah besar panjang dah pokok2 kacangku inew.....ngeeeee....alhamdulillah.....dapat gak merasa hasilnya walau tak banyak....fist sekali  hubby orang pertama yang dapat merasa keenakan kacang panjang hasil titik peluh sendiri.....original punya...tanpa racun perosak...tanpa bahan kimia yang membahayakan....katakan yesssssss!!!!!Lepas tu aku lak....dan kebetulan mak ayah dari kampung datang....masa makan tengahari kami semua dapat merasa la hasilnya walau sikit sorang...buat ulam cicah budu....percayah......best sesangat....

Petik bang...petik...

Panjang....berbaloi - baloi.....

Hah tu....ada lagi...kat luar pagar pun ada gak....berlumba2 dia mengeluarkan hasil pada tuannya...alhamdulillah....

Nota Tinggalan : Hubby tersayang dah naik semangat nak bercucuk tanam lagi bila tengook hasil yang kami dapat ni....ngeeeee....sukeeee......