Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Oh I-City - Aku sudah tidak teruja

Imej
Malam tadi adalah kali ke 2 aku dan family ku jejak tapak kaki ke I-City...kali pertama pergi sebelum puasa hari tu...Dalam bulan julai..Masa tu kena bayar parking Rm1 ke Rm2,aku pun lupa....Memang teruja gilos....terasa jakun jer masa sampai kat sana... Cerita keterujaan aku tu kat sini  bersantai di I-City  lebih kurang macam ni la dialog masa mula2 sampai dulu... "Waaaauuu....cantiknya....ngeeeeeeeeee.....mengasyikkan la...." "Kalau setakat bayar 2 hengget untuk parking,tiap2 malam rasa nak lepak sini" "Baguslah diorang ni...bayar murah giler nak masuk sini...tak padan dengan kos yang diorang keluarkan untuk bayar karen yang diorang gunakan..." "Uhhhh...ramainya pengunjung ...nak jalan pun susah...ramai sangat orang" ******************************** Tapi dialog malam tadi berubah terus.... "Eh.........kena bayar 10 hengget lak nak masuk parking kat sini..mahalnya" Eh....naper tak ramai macam dulu erk?Tapi still ramai lag

Menikmati pizza di I-City

Imej
Pemergiaan ke I-City yang tidak dirancang.... Anak buah hubby sampai dari kampung untuk menonton final Piala Malaysia  petang  semalam dan dapat call ajak pi jengjalan.... Terus terpikir bawak gi I-City....Otw ke I-City dalam kol 10.00 malam, singgah beli pizza kat Shah Alam... Dapat gak la makan pizza malam tadi...huhuhu Nyummmm...nyummmmm....Best gak bersila kat depan screen tv yang besar sambil makan pizza..... Pak Su dan anak buah tengah berborak sambil mengadap pizza....belanja makan pizza jer la yer anak saudaraku sempena sambut besday malam tadi...tahun ni ko sambut kat luar kawasan besday ko yer...Selamat Hari Lahir Cik Su ucapkan...Semoga dirimu dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan yang berkekalan.... Dah habis satu kotak...satu kotak lagi saper nak makan....perut dah kenyang....huhuhu...Yang pasti pizza 2 kotak tu habis kami kerjakan... **sampai rumah kol 1.30 pagi...penat woo**

Rumah Idaman

Imej
  Kredit Link Tuan Mokhzani Marzuki Huwaaaaaaa.....Khayalanku kembali lagi...Rumah Idaman!!! Dah nama nya rumah idaman...Khayalan mau lebih....betol tak..hehehe.... Tapi aku tak mau khayal lebih2...sebab daku dah ada rumah..cuma tak pindah jer lagi...Rumahku!!!ko tunggu kedatangan kami nanti...Hari minggu nak pi rumah baru kami...rasa2nya hampir 3 bulan kami tak jejak kaki ke sana....Hujung minggu ada jer program2 yang tak dirancang... Mungkin rumah ni tak sama dengan rumahku...tapi boleh berangan lagi kan...mana lah tau kot2!!!Dapat satu lagi...hehehe Tapi yang penting bagiku,biar tak mewah....asalkan kita bahagia di dalamnya.... Layannnzzz jer la perasaan yang tengah membuai ini..hehehe Sejuk mata memandang....

Meh Nok Kabor pasal cuti bersalin 90 hari...Bajet 2011

Imej
    Gambar Google Meh nok kabor pasal cuti bersalin 90 hari...Bajet 2011 Disebabkan masih kedengaran persoalan2 dan kekeliruan dari kengkawan wanita tentang cuti bersalin yang diberikan oleh kerajaan dalam bajet 2011 yang dibentangkan beberapa minggu lepas....Meh sini aku terangkan sikit ye... Ramai ibu2 muda seronok sesangat dengan cuti bersalin 90 hari yang diberikan tu...termasuk la aku (masa pembentangan bajet)...lepas tu aku baru faham tentang cuti bersalin tu... Mula2 tu melompat la jugak bila mendengar cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke 90 hari....Hehehe...nak cuti lama tu.... Meh aku terangkan setakat yang aku faham... Sebenarnya tidak....Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari,maknanya kakitangan awam boleh tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 dengan maksima 300 hari sepanjang perkhidmatan... Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan,cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari.... Tiada tambahan sebenarnya....Maknan

Baucer RM10 KFC / Pizza free!!

Imej
  Giveaway nie dari  hatiberbunga   kita... Tarikh Tutup Penyertaan: 28 October 2010 pada pukul 11.59 pm Syarat2nya mudah saje kawan2!! keterangan lanjut bolehlah klik kat bawah.... http://hatiberbunga.blogspot.com Ahakkkk!!!Nak join gak ah...Tak kira...semalam baru aku cakap nak makan pizza..hari ni ada Ga voucer free Rm10.00 Kfc / Pizza Hut / Ayamas / Rasamas Nota Kaki : Selalunya aku tersangat la malas nak join Ga 2 ni...Tapi mood aku dah bertukar hari ni...Perubahan hormon kot...kikikik...tak senonoh betol...Betol... Memang banyak kengkawan blogger yang buat giveaway,tapi tak semua aku join...malas nak tempek2 banner bagai dan buat entry....tapi kalau syarat2 senang camgini ok la kan.... Lagipun boleh mengerat dan merapatkan silaturrahim sesama kengkawan di alam maya ni... Dan bukan hadiah yang menjadi keutamaan...

Mimpi Dapat Baby....

Imej
Pepagi buat entry ni...malam tadi mimpi dapat baby lagi...sampai menangis2 daku...Harap apa aku mimpikan akan menjadi kenyataan...harap2 dalam masa terdekat ni...insyaallah...Aku tidak akan berputus asa...Belum ada rezeki lagi Tuhan nak bagi...Tidak mengapa..Aku akan tetap bersabar dan berusaha sehingga dapat....Insyaallah.... Comel kan baby2 ni... Kepada kengkawanku yang ramai tengah peknen tu,tahniah...jagalah kesihatan anda...amalkanlah amalan2 yang sepatutnya dibuat semasa mengandung...Tapi untuk kengkawan yang sukar untuk peknen,bersabarlah... Semoga impian kita mahukan zuriat segera termakbul...Aku akan sentiasa mendoakan untuk kalian jua...Insyaallah... Semoga kita terus sabar menanti, yakin dan terus berusaha.. bakal ibu2 yang masih mencuba..jangan putus asa dan putus harap.. Ada hikmah atas segala yang berlaku..kita tak tahu..tapi kita boleh berdoa dan bermohon kan.. rezeki kita lain2.. Ada yang allah bagi kekayaan harta.. ada yang allah bagi kekaya

Promosi Pizza Hut

Imej
Huwaaaaaaaaaaaaaaa...Terliur ni weiii....bila terpandang je iklan pizza hut di blog kengkawan...aku pun klik la...memang dah rasa lain macam jer...rasa nak makan jer...huhhhhh....Korang tak terliur ke?Ari keje tak best la makan...insyaallah kalau panjang umur,hujung minggu ni dapat makan..tak kira..walau tak ngidam..aku nak makan gak........oooooooooooooo....Pizza tunggu aku....Sambil telan air liur.. Jommm layanzzzzzzzzz....   Adussssssssssss....perutku tiba2 lapar penangan pizza ni...

Wanita Dan Atm

Imej
Gambar Google Cerita ni masa aku balik kerja petang semalam....Tau kan semalam kan...kan...kan...25 hb....gaji beb...Menjelang tengahari 3 mesin atm berhampiran opisku semua 'out of service'..... Ada sale ke sampaikan semua atm kosong ni...Huwaa....aku tak heran la...(ayat penyejuk hati sebab aku sekarang kena cut bajet...demi rumahku syurga duniaku...huhuhuhu) Jadi balik kerja baru ku menyinggah kat mesin atm berhampiran opis untuk operasi menyucuk duit... Dalam duk beratur tu...beratur gak la walau petang dah.....seorang wanita tengah mengeluarkan duit...lepas keluarkan duit,dia terus blah....jap tu terus nampak dia berlari mendapatkan balik mesin atm tu...hehehe...kad atm tu masih melekat kat mesin tu....huhhhhh...boleh dia dapat duit dan terus blah jer...huhuhu... setahu aku sebelum duit tu keluar,kad tu keluar dulu kan...Boleh pikir tak macamna kita boleh biarkan kad tu kat situ dan ambil duit dulu... Mungkin dia terlupa...tak mengapalah...tapi yang pasti kad dan duit

Petua Untuk Mengandung

Hari ini aku telah membaca satu petua yang sangat bagus untuk aku dan anda semua.......Informasinya amat menarik untuk aku dan semua... Banyak artikel yang bermanfaat untuk kita semua..... Selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak termasuk lah aku...... Insyaallah....Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah. ************************************************************************************ Sumber : http://pakarhowto.com Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini...... Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak.  Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan. Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman

Selamat Hari Lahir Sayang....

Imej
Tiada puisi atau lagu, Yang dapat ku ilham seindahmu, Nyata kau satu dalam berjuta, Duhai Suamiku, kau istimewa.. Selamat hari lahir Suamiku... Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.. Diberi ketabahan menghadapi dugaan hidup yang berliku... Diberi kekuatan menempuhi halangan dan ranjau... Selamat Hari Lahir..... Ikhlas dari hati seorang Isteri Terima kasih atas setiap kebaikan Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan Moga Allah memberi ganjaran Syukurku pada Tuhan atas pertemuan Moga kebahagiaan ini akan berkekalan Maafkan diri ini yang serba kekurangan Yang tak sunyi melakukan kesilapan Selamat Hari Lahir suamiku Selamat hari lahir permata hatiku berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi di dunia dan di akhirat yang abadi...... Tiada hadiah yang paling mahal dapat ibu berikan kecuali kasih sayang dan cinta ibu pada ayah......Selamanya

Kereta Penuh - Versi Terengganu

Imej
Gambar Google Cerita petang hilangkan boring....Tapi tak tahu kalau kengkawan faham ke tak loghat Terengganu ni...hehehe Kereta penuh........ Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata, Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey! Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lame kang dok sapa kampong.. Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.. Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata... Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi.. baru jadik 'LAPANG'...!!!

Jagalah hati pasangan anda

Imej
PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi. Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi. Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain. Berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahul

Labu Gergasi

Imej
Labu gergasi ini yang kelihatan seperti Fiat 500 tetapi lebih berat lagi .....Aduh......kalau kita tanam kat rumah kita macam ni kan best....satu kampung boleh merasa...hehehehe Dan semua jenis masakan kita boleh buat dengan sebiji labu ni.... Tengah berpikir ni macamna nak buat biar labu yang ayah nak tanam kat kebunnya nanti biar jadi macam gambar kat atas tu....Boleh pikir sekali tak?Huhuhu....Nak gi tanya orang yang tanam labu ni la....

Berdoalah Kepada Ibubapa

Imej
“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Berdasarkan Hadith Nabi: “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” Huraian hadith: * Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). * Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). * Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. * Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita. * Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah. Kesimpulannya: Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan

Berbudi Pada Tanah...Akhirnya...

Imej
Betol la kan...berbudi pada tanah...ini lah hasilnya...takder la boleh jual...tapi cukuplah untuk aku...takyah la beli...Betol orang kata...hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih...walau tinggal di rumah tinggi,bukan alasan kalau kita nak bertcucuk tanam...walau dalam pasu dan ruang yang kecik sahaja...  Aku cukup berbangga bila pagi2 dapat menyaksikan buah2 cili ku berbuah lebat walau tak sesubur pokok cili mak di kampung...aku bangga.... Hari tu nyaris pokok cili ni mati kering penangan tuan rumah balik kampung bercuti raya 2 minggu...huhuhu...Nasib baik umur ko panjang lagi pokok cili...dapat la ko berbakti padaku...Terima kasih...

Anak Buah Baru

Imej
Petang semalam pi menjenguk anak buah baru....Anak kakakku yang sulung.Baru berusia 3 hari... Selamat menjadi tetamu Allah di dunia ini wahai anak.... Nur Amani Najihah ...S emoga dirimu menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat....Amin.. Ya Allah....Comelnya si kecil ini...Kurniakan lagi zuriat kepada ku  Ya Allah..Zuriat yang soleh dan solehah.. Tak puas rasanya bersama si kecil ini...sempat juga memandikan,membedakkan,menyapu ubat dan memakaikan baju...Ahhhh!Seronoknya jika ada baby lagi....dan Nur Amani Najihah terus tidur lena selepas aku membedongnya...hehehe...

Pasar....Lauk...Masak....Rehat...

Imej
Pagi2 tadi ke pasar borong Selayang....cari lauk sikit...lepas raya hari tu ni baru pertama kali pergi...Boring gak asyik beli lauk dan sayur kat pasaraya dan pasar malam... Mak oiiii....semalam baru perbentangan bajet,ari ni sayur mahal macam rimau...tapi tak tahu lah lepas raya memang sayur naik harga..Sebelum ni sayur kangkung,bayam dan sawi Rm1.00-Rm2.00 jer sekilo kat situ...Ari ni mak oiii naik sampai Rm4.oo sekilo... Aduhhhh...Tapi beli gak la...Tapi tak beli banyak sayur sebab kat dalam peti ada lagi bunga kubis,karot dan beberapa sayur lagi... Ari ni beli ikan semua...takder ayam,takder daging,takder udang,takder sotong dan takder tulang....Kami mahu  lebihkan makan ikan...tapi dalam peti ais tu ada lagi ayam.meatball dan hati lembu...Cukup lah tu... Tak caya semua ikan?Hehehe...                                                              Selepas selesai.... Ikan Merah... Ikan Selar.... Ikan Tongkol Ikan Sardin Dan beberapa jenis ikan lagi... Ok lah...Nanti

Cuti Bersalin 90 hari....

Imej
                                                   Gambar Ehsan dari http://sumijelly.com Yahuuuuu.....cuti bersalin dah dipanjangkan kepada 90 hari daripada 60 hari...Mesti kaum wanita gembira dengan berita ini kan...Alhamdulillah...Cukup la untuk si ibu berehat dan menjaga bayi yang kecil sepenuhnya sehingga berumur 3 bulan sebelum bekerja kembali... P/S : Tahniah kepada Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat... Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.....

Siaran Lansung Bajet 2011

Imej
Tengah melayan bajet 2011 yang tengah dibentangkan oleh PM...Jom sama2 pasang telinga sikit...mana tau ada2 habuan untuk kita semua...hehehe...Tapi rasanya lambat lagi la kot nak sampai bab2 yang kita nak dengar tu.... Tadi ingatkan tak dapat dengar dah bajet 2011...tapi bila menerjah blog  ultraman88 ...dia ada bagi link untuk siaran lansung pembentangan bajet pada hari ini....sebab online tv3 takleh nak bukak la...huhuhu.... Jom bukak link ni... http://www.treasury.gov.my/streaming_tv1.htm http://www.treasury.gov.my/streaming_tv2.htm Bersamalah kita tunggu keputusan penuh bajet 2011.....

Harga Getah Mahal Woo....

Imej
Gambar dari  Entry Terdahulu  { Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram   pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000  sebulan.  "Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas. "Kenaikan harga getah dan pendapatan yang diperoleh pekebun kecil pada masa ini boleh menarik minat mereka daripada bekerja di pejabat," katanya selepas merasmikan Kelab Keusahawanan RISDA Pahang, di sini semalam. Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah indus

Artis Terlampau

Imej
Hahaha....gelak sorang2 tengok gambar2 ni...zalim tak?Sekadar hiburan.... Baik punya monyet....duk diam jer... Aduhh.....Ayu sungguh....Sopan santun gitu.... Nah ko.....Dah jadi artis pujaan ramai....Artis Terlampau... Sumber : Email

Tahniah Pemain Badminton Negara

Imej
Tahniah pada pemain badminton negara....Walaupun aku tidak dapat menyaksikan detik2 kegemilangan itu...tapi aku cukup berbangga....Huwaaaaaaa.....sebenarnya aku nak tengok...tapi tak dapat...tinggal beregu lelaki dan pemain perseorangan wanita WMC jer lagi belum habis.....harap diorang pun dapat Emas gak sepertimana berege campuran dan juga Datuk Lee Chong Wei... Chaiiyyokkkk!!! **Pemain beregu lelaki dapat pinggat Emas jugak..

Promosi Air Asia

Imej
Tengahari semalam terbaca entry di blog  Mama Gee   pasal Airasia buat promosi RM1 . Start booking bermula 13/10/2010-17/10/2010.....Tapi promosi ni untuk tahun depan la... Bila terbaca entry Mama Gee pasal promosi tu,terus la terjah laman web airasia....bertambah semangat lagi bila Mama Gee berjaya booked flight tu...Nak jugakkkk...Huhuhu... Bukak punya bukak....godek punya godek.....berjam2 mencuba untuk membooking,tapi hampehhhhhh!!!! Berjaya dapat tarikh dan harganya......Nak buat pembayaran lak satu hal.......adoiiii....tak boleh bukak lansung Maybank2u.....memang jem terus..Dah la nak booked tarikh tu satu hal..... Akhirnya sampai ke sudah aku tak berjaya..... Try lak pagi ni....tak dapat gak...dah takder dah rege yang aku nak tu....takper la...takder rezeki aku...tapi sekurang2nya aku mencuba....hukhukhuk...(Tapi frust gak sebenarnya....boleh hiburkan hatiku tak??)

Zuriat

Imej
Nak baby lagi....huhuhu Entry untuk beberapa hari ni dalam mood nak baby lagi...jadi dalam blog kepunyaan tuan rumah akan ada entry berkaitan anak.....gambar2 baby dan seangkatan dengannya...Insyaallah aku akan tetap bersabar menunggu anugerah yang tak ternilai dari Ilahi untuk yang ke 2... Kepada kengkawanku yang ramai tengah peknen tu,tahniah...jagalah kesihatan anda...amalkanlah amalan2 yang sepatutnya dibuat semasa mengandung...Tapi untuk kengkawan yang sukar untuk peknen,bersabarlah... Semoga impian kita mahukan zuriat segera termakbul...Aku akan sentiasa mendoakan untuk kalian jua...Insyaallah... Semoga kita terus sabar menanti, yakin dan terus berusaha.. Walaupun aku dah ada seorang permata hati pengarang jantung yang kini berusia 5 tahun...aku pun agak tertekan bila ada yang menanya bila lagi Balqis nak dapat adik?Dah besar sangat dah tu..Apa perasaan korang bila ada yang menanya soklan begitu? Dalam hati aku..."boleh tak ko tanya soklan lain" Tapi kat luar a