Lambang Salib di.....


Ceritanya begini...
Pepagi budak lelaki kat opis aku datang kat aku dan pelawa clorets kepada ku dan kawan2 ku....Aku memang tolak la....ntah aper2 nak makan benda macam tu.....tak pernah masuk mulut la....tetiba kawan aku cakap kat budak tu try bukak kotak clorets tu....bukak satu2....(rupanya kawan aku dah tau sebelum ni pasal tuttttt...ada kat emel)...dan budak tu pun bukak.....dan inilah yang kami jumpa kat bahagian paling bawah dalam kotak clorets tu....

Astagfirullahhalazim.....
Dalam diam mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup mencari pelbagai jalan dan helah untuk memesongkan akidah umat Islam.....Nauzubillah.....

Nota : Berhati2 dengan apa yang kita beli dan makan setiap hari....Tapi clorets  memang takder tanda halal yer....

Akok.....Uhhhhh.....sedapnyer...


Inilah kuih tradisional yang paling aku suka....

Motip : Tengah berangan nak cari akok yang sedap di Kl.....

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita



*****Peringatan untuk diriku dan jua untuk orang2 yang menyayangi dirinya dan jua keluarganya....insyaallah...****


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



Nota Peringatan : Yang ramai masuk neraka pun orang perempuan....kaum hawa senang masuk syurga dan senang jua masuk neraka....

Macam Kerang Busuk!!!!!


Betol ke pepatah macam kerang busuk!!!!!
Ntoh ler...tapi aku suka betol dengan kerang rebus ni....sedap woo...cicah dengan sos cili gitew2 pun jadik....mebelesssssss......malas satu jer makan kerang rebus ni...malas nak bukak...ngeeeee....
Kan best kalau ada orang tolong bukakkan dan kita tunggu makan ajerrr...Glurphhhh....

Berasap lagi kerang tu...baru angkat dari dapur.....fuhhhhhh.....panas.....

Semalam Yang Simple...


Sampai rumah awal sikit semalam dalam kol 6.40....(awal sikit...huhuhuhu)....terus sinsing lengan baju dan masak nasi.....lepas tu bermulalah aktiviti persilatan ku....mensasarkan impian semoga sempat aku masak untuk berbuka   
semalam bersama hubby ku sayang...Tapi maghrib awalkan sekarang ni....takper la....itu bukan isu nya....hendak seribu daya...sempat ke tak sempat....aku memang nak masak gak...nak makan yang aku masak gak...kalau dah hati kata gitew....penat ke aper ke...semua ke tepi....
*******
Keluarkan sotong....ada 3 ekor jew...tapi besar2 gak la...hari tu beli 7 ekor jew dekat sekilo....huhuhuhu....sempat lagi pikir....nak buat aper yer...sambil pikir sambil pansakan air....bukak pintu dapur....bawak pisau....dan.....dan....serai2 yang ku tanam telah menjadi mangsa kerakusan ku....huhuhuhu....
********

dan jeng...jeng....
2 jenis lauk jer sempat ku masak....dan 6 minit selepas azan maghrib berkumandang...maka nasiku pun masak...dan maka selamat lah daku  dan hubby berbuka seadanya....bersama pujian hubby.....tutttttt....

****Menu 1*****

Menu 2

Menu 3

Jom makan...simple jer....nak cepat...senang kan...1/2 jam jer...hehehehehe...

Bismillahirrahmanirrahim.......3 beranak bersedia untuk berbuka puasa....walau si anak tak pose....tapi bila bab nak bukak pose...dia pun mulalah puasa....hhahhahaa....

Nota tinggalan....Hubby dah abis puasa enam semalam....aku ada lagi satu hari pose ganti....ari ni tak pose sebab bahagian aku ada open house....esok khamis sambung lagi satu hari...insyaallah...dan maka dengan itu habislah hutang puasa aku sebanyak 9 hari pada tahun ini....alhamdulillah...hutang telah dibayar....insyaallah...

Ganti puasa awal2 tau....kita tak tahu bila kita akan dijemput Nya...entah esok...entah lusa...nauzubillah...

Alahai Anakku Balqis....


Dalam duk best nak cuti 3 hari...tetiba hari jumaat tanggal 16/09/2011 ada cerita yang membuatkan ketenangan ku kacau bilau......
Ceritanya bermula....
Macam biasa aku benarkan Balqis keluar bermain2 dengan kawan2 sebaya di taman depan rumah pabila hari cuti.....dan apabila balik dari bermain....dan selepas mandi dan duk sama2 depan tv...aku rasakan kelainan pada Balqis...bila dia tengok tv,aku perhatikan dia sepetkan mata dan kelip2 kan mata dia....kita sebagai ibu mesti rasa kelainan pada anak kita kan...
Terus aku tanyakan pada Balqis mengapa dia kelip2 kan mata dia...dia kata takder aper2...cuma pedih dan nampak putih jer tv sebelah mata satu lagi tu....aduiiii...terus aku asak dengan soklan yang sama...dan aku cakap Balqis jangan tipu Ibu...barulah dia cakap mata dia kena kayu....Dia tak nak cakap takut aku marah....aduiiiiiii....garang sangat ke aku?Astagfirullahalazim....dengar jer terus aku terpaku...takleh nak pikir aper2 dah masa tu....terus dapatkan dia dan perhatikan mata dia...takder la merah...lepas tu ternampak kat mata hitam sebelah kiri tercalar...memang nampak 2 jalur kat situ....Adushhhhh....tak tentu arah dibuatnya.....terus siap2 ke klinik...
****
Jumpa doktor....Doktor Nazri @ Klinik Ammar...
Doktor chek dan doktor tu pun macam buat muka berdebar jew...lepas dia chek...dia tunjukkan gambar mata hitam dan kesannya kalau tercalar kat situ....kalau betul2 calar kat tengah mata hitam tu....bila sembuh pun akan tinggal parut...dan paling tak best didengar...kalau dah ada parut...lama2 nanti cahaya takleh masuk dan akan jadi rabun....Ya Allah...lindungi anakku dari segala bala bahaya dan kemudaratan Ya Allah....dan doa itu jua sentiasa meniti di bibirku setiap selepas solat...
Masa untuk bertenang....tenang lah wahai hati....dan doktor chek lagi...dan keputusannya.....2 garis lekuk (calar) tu tak kena dekat tengah mata hitam tu...kena sikit jer kat bawah bahagian mata hitam tu....

Doktor titik ubat kat mata dan tutup sebelah mata dia....dan dibekalkan 4 jenis ubat...pesan doktor...harap2 cepat sembuh dan tiada apa2...kalau tak elok jugak hari isnin kena datang klinik lagi...
Ya Allah...semoga tiada apa2 yang berlaku pada mata Balqis....Kau lindungilah dia Ya Allah...sembuhkan mata nya....
***********

Sehari selepas tu....tanya Balqis mata dia ada rasa pedih lagi tak?Dia cakap dah ok...tengok tv pun dah ok dah...takder nampak senget2 gambar dalam tv tu....Ya Allah...syukur sesangat pada Yang Esa....dan aku belek2 matanya pun dah takder calar tu...hilang terus kesan tu....Alhamdulillah....
Allah memakbulkan doa seorang Ibu....

Cara buat dan bungkus ketupat palas

Di copy dari blog Chetam
Nak belajar cara bungkus ketupat? Tengok gambar-gambar di bawah. Membalut ketupat daun palas versi negeri lain  tak sama dengan versi Kelantan ni. . Resepinya di bawah sekali yer.














Ketupat Daun Palas Versi Kelantan

2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut sahaja. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan. Kacau rata. Santan telah dimasukkan dengan gula dan garam terlebih dahulu.

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.



Versi kelantan ni ada gula . ketupatnya direbus......terima kasih Chetam kerana berkongsi ilmu ini....


Pssstttt.....Selamat menjamu selera....banyak kan undangan rumah terbuka....tapi ingat yer...kemudaratan akibat makan yang berlebihan....

Ketupat Yang Diidamkan....

Aku teringin sangat nak makan ketupat pulut daun palas yang mak buat....takder sorang pun yang boleh buat ketupat pulut sesedap yang mak buat...lemak berkrim macam mak buat....huhuhu....setiap anak mesti masakan mak yang paling sedap kan...kan...

Dan aku jua tak pernah berjaya membungkus ketupat daun palas seperti yang mak buat...huhuhu....tapi aku takkan berputus asa untuk aku mencuba sehingga berjaya...insyaallah...bukan senang woo...kalau setakat ketupat jantan macam gambar kat bawah tu boleh la...tapi yang mak buat tu ketupat betina macam gambar kat atas tu (Ada lak jantan betina....)...kena pusing2 sikit....betoi ke ni...ke aku tersilap betina dan jantan....Nanti kita belajar buat ketupat lak yer....


Raya tahun ni lah pertama kali mak tak sempat nak buat ketupat pulut daun palas untuk kami semua....raya tahun ni kami semua memang sibuk dan penat sesangat...dengan persiapan dan majlis kenduri adik lelakiku....
Tapi alhamdulillah...Majlis nikah 4 hari sebelum raya dan majlis menyambut menantu 4 hari selepas raya aidilfitri berjalan dengan lancar walaupun kami semua sedikit kepenatan....
Psttttttt................
Ketupat kat bawah ni hanya cantik di mata kan.....ngeeeeeee


**** Semua gambar ketupat diambik kat Pakcik Google....Kepada tuan empunya gambar ketupat...terima kasih bebanyak....

Rindu sama dia....dia...dan dia....


Selepas 2 minggu kembali ke KL dan meninggalkan kampung halaman...rindu ku pada Ayah...Mak..adik beradikku semacam menarik2 aku utuk kembali semula ke kampung...huwaaaa.....aku rindu pada kamu semua....rindu pada semua kenangan itu....

"ha'ah rindu...rindu serindu..rinduuunyaaa..."


Blog Sedang Dibaiki....



Hehehehe......blog ai tengah dalam proses pengubahsuaian.....maap la yer...bukak sekali lain...bukak sekali lain lak...hehehehe....mood untuk mengubah blog.....

Rindu semua.......

Banyak cerita.......banyak sesangat....