Aku Tengah Gelak Hokeyyyyyyyyyyyyy.....Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena



Hahahaha....takder aper yang nak aku cakapkan......cuma rasanya bangunan goyang sebab aku dan kengkawan duk gelak sakan giler bilamasa kami terbaca satu surat dekat blog cikgeligeli....
Memang terbaik la Kak Nowa....Izinkan aku share kat blog aku lak yer....


Tapi aku tahu ahkak tu cuma bergurau jer...sajer2 buat entry lawak kat blog sendiri....tapi tak sangka lak sambutan memang di luar jangkaan lansung....Setakat aku buat entry ni sebanyak 33 , 784 telah like entry tu dan share link surat ni kat FB...


Dan yang pastinya jangan la dikutuk ahkak tu....fahami betol2 isi surat tu....Luahan dia jer....takder la menyakitkan hati sesaper pun....dan dia pun tak terniat betol2 pun nak hantar surat tu kat TV3....tapi rasanya surat dia sekarang dah jadi femes dan berani aku katakan...surat dia yang sajer2 tu mungkin dah dibaca oleh Datuk Farid....
********************************************************************************

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

****************************************************************************************************************************

Psssttt....penat baca komen2 kat bawah surat tu....Ngehngeh.....Apapun tahniah Kak Nowa....


dAN....


Terbaru semalam dia dah dipanggil ke Sri Pentas untuk menerima hadiah.....ngeeeeee....Tahniah.....

Nilai 3 Lagik....



Misi mencari langsir diteruskan lagi....hari tu cuma tempah langsir untuk ruang tamu jewwww.....bajet tak cukup....


Terus terjah kedai langsir yang aku beli langsir untuk mak kat kampung tempohari......Berbeza bebenor dengan kedai yang lain....walau meterial sama....huhuhu....tu yang tak pi kedai lain dah....terus ke situ....
Langsir yang aku tempah kat atas tu kat kedai lain...tapi mahal lol....cukup la untuk ruang tamu jer...


Misi diteruskan untuk mendapatkan langsir bilik tidurku....bilik tidur balqis dan bilik2 yang lain....Tak nak buat kepala langsir lagi....buat untuk badan tingkap jer....simple jer la dulu....rasanya kalau bilik Balqis takyah ada kepala langsir kot....biar macam tu jer....Bilik tidur aku pun biar ler simple jer dulu....buat kepala langsir tu lain kali ler...bajet pun cukup2 jer...ngeeeeee....Tapi yang best nyer....kedai tu tengah buat sale lagik....lagi murah dari hari tu....



Langsir pink tu untuk bilik Balqis.....Dia sendiri yang pilih....

Jom cuci mata......dan duit....






Nora Elena....



Penangan cerita Nora Elena......mula2 tengok macam tak best jew...2 kali tengok terus melekat kat tv......
Cerita ni memang berhantu la....Diapdatasi dari novel Kasih Yang Suci....Sampaikan semua orang nak gi cari novel tu...hahahaha....dengar kata sampai dah sold out...Ngehngeh......tak tahu la kebenarannya....Best kerna jalan cerita atau pelakonnya.....
Tapi bagi aku best ooooo.....














babak2 sedih.....hukhukhuk.....
















Barisan pelakon Nora Elena....


Semua gambar2 dari sini....FB Nora Elena (slot Akasia TV3)



Cerita sungguh romantik...Anak2 gadis memasang angan2 untuk mendapat suami seperti Seth Tan dalam cerita ni...Tiba2 korang semua memasang angan2 nak cepat kawen kan...hehehhehe....
Realitinya itu hanyalah cerita rekaan semata2...
Realitinya tak seperti yang kita impikan....tak semua akan mendapat apa yang diimpikan...
Dan....
dan......
Aku bersyukur mendapat seorang suami yang bernama Lokman Ibrahim....
Seorang lelaki yang amat hensem di mataku....Korang tengok pun nampak hensem jugakkan...ngeeeeeee....
Seorang lelaki yang romantik....boleh tahan la....walau tak seperti Seth Tan itu.....
Seorang suami yang beriman.....penyayang....bertanggungjawab....
Dan segala2nya sempurna di mataku....
Alhamdulillah.....

Apa Yang Kami Cari Di Giant....

Ada misi kami ke giant sebenarnya....ngehngeh....
Sebelum pindah hari tu lagi Hubby ada wawarkan nak dapatkan benda tu......katanya kalau takder alah tu macamna nak tolong aku decokan rumah....nak tebuk sana...nak tebuk sini....takkan nak guna tukul kot....Semua hiasan tak gantung satu pun lagi....huhuhu

Mulanya aku tak berapa nak setuju...tapi bila pikir balik....takkan nak pakai tukul untuk tebuk kat dinding tu dan merasakan banyak lagi agenda selepas ni...(kepentingan untuk aku  ler)....aku setuju jer ler.....takper la....cari la yang murah2 jer....takyah la cari jenama aper tu yang mahal tu...boosch kot...ntah ler...aku pun tak berapa nak kenal benda2 ni...tau sikit jer...

Jumaat lepas terpandang kat paper ada iklan benda ni...terus cakap dengan hubby....Dan hari sabtu kami terus menjalankan misi penting itu....alhamdulillah......Dapat jua.......




Nota : Lepas ni boleh la gantung apa yang patut.....

Balqis....Jalan2...



Jalan2 di Gaint Nilai....
Hujung minggu sekarang ni....asyik berjalan jewww......ader jer benda nak dicarik.....Aper ke benda nyer nanti kita khabor yer.....
Aksi2 Balqis yang riang gembira dapat naik benda alah ni tanpa kena bayaran sesen pun.....main sampai penat!!!!Mainan ni sepatutnya akan bergerak bilamana kita masukkan duit kat dalam tu...tapi yang kat Giant Nilai ni.....tak reti2 nak berhenti....mungkin dah rosak kot....Asyik bergerak jew...Bukan main gembira la Balqis....


Aksi kanak2 riang2 dapat main permainan tanpa dikenakan bayaran.....Ngehngeh....

Sarapan Pagi....



Donald Yang Sungguh Sedap....
Susah nak cari yang segera tapi sedap....Alhamdulillah....Dapat gak donald segera yang lembut dan sedap....
sebelum ni susah gak nak beli yangs egera sebab takut tak beshhhhh....tapi bila kawan yang pernah beli cakap memang sedap....aku pun berani la nak try...
Kejadian ni berlaku pada hari sabtu lepas.....
dan....sungguh....memang sedap dan lembut.....
Aku?kenapa tak buat sendiri?Tak yah la cakap erk....nanti korang cakap aku banyak alasan lak...huhuhu


Baru masak....panas2 lagikk....belum letak gula...

                                                                                      Tara................Salji dah jatuh la...
Bekpes kami di pagi Sabtu....sambil hirup teh panas....

Pink Gitew....


Bilik tidur Balqis......
Warna atas permintaan si anak...Tapi aku pun sukakan warna pink ni....ala2 muda remaja gitu...hahahha....Tapi disebabkan sudah bukan muda remaja lagi...warna pink dah bertukar ke warna merah...hehehe...tu yang warna bilikku dicat warna merah....Ngehhhh...takder la...memang nak cat warna merah la...satu pembaharuan.....

Balqis yang tak sabar nak tengok si Ibu mendeco biliknya

Merah Menyala......



Merah...............Merah.......
Itu bilik tidurku....
Siap jua bilik tidur kami kerjakan hujung minggu lepas....Pindah hari tu kami tak sempat cat lagi....dan kami pun tak tidur lagi dalam bilik ni....letak barang2 jew.....Lepas cat ni.....Agenda mencari set bilik tidur lak ler....set bilik tidur aku dan set bilik tidur Balqis.......
Yang lama?Yang lama kasi turun kat bilik bawah....bilik tetamu......Insyaallah...kalau ada bajet lebih.....




Merah membawa seribu warna....
Nak try gak warna yang tak pernah ku cuba....Buat satu pembaharuan....




Nota : Puas hati sesangat walau tak sesempurna upah orang cat.....seribu kenangan.....

Kena Terjun Dari Tren....Gempaqqqqq!!!!Ngeri!!!!!



Aku sekarang kan pengguna wajib komuter....Aku pernah cakap sesiapa yang menggunakan pengangkutan awam memang kena terima kelebihan dan kekurangan yang ada....
Dan pastinya ujian besar pertama telah ku terima untuk pengangkutan awam ni...Tren yang ku naiki rosak di tengah2 laluan antara stesyen Salak Selatan dan stesyen Bandar Tasik Selatan...
Aku respek giler kat kakak 2 orang ni....memang aku tabik.....bersedia menolong tak kira bangsa....


Tren tetiba berhenti dan econ  pun tiada....bayangkan kami yang bersesak2 penuh macam sardin kat dalam tu tanpa econ selama setengah jam dengan pintu tertutup tanpa ada apa2 pengumuman dari pemandu tren....
Peluh keringat jantan betina semua keluar....nasib baik duk gerabak wanita.....




Disebabkan ketidaktahanan dan kelemasan kami yang hampir pitam tu...ada yang call polis untuk bantuan kecemasan...dan beramai2 berpadu tenaga menarik pembuka pintu....dengan kudrat yang tak seberapa dan mengambil masa agak lama untuk membuka pintu tu...akhirnya kami berjaya....Alhamdulillah....Dapat gak hirup udara....Dan....15 minit selepas tu barulah pemandu tren tu mengarahkan kami turun dari tren....Polis dan pasukan perubatan akhirnya tiba....dan yang pastinya ada 2/3 orang yang pengsan....














Kami2 yang terkandas.....huwaaaa...

Cantik Di Mataku....


Dah lama dah idea nak buat pokok jadi macamni...nampak comel sangat di mataku....dan akhirnya....akhirnya.....dapat jua aku realisasikannya....
Sebulan dua ni begitu tekun aku mengumpul kulit telur untuk kerja tangan ni.....asyik nak masak pakai telur jeww...hahaha....penangan nak kulit telur tu....muahahaaa...Dan ku cat itu kulit dengan cat merah saki baki selepas mengecat bilik tidurku....



Pokok ni begitu berharga buatku kerna banyak cerita di sebaliknya....Masa memula gi nursery kat Sepang tempoh hari...Soklan kedua selepas tanya pokok mangga kelapa adalah pokok ni la.......Tapi HAMPA.....takder...huhuhuhu....banyak la lagi tempat ku intai tapi takder....
Frust la jugak.....kulit telur dah ku simpan tapi pokok yang ku idammmm tak ku jumpa.....

Dan akhirnya....
Ku jumpa pokok ni kat opisku....ku bodek makcik tukang kebun kat opis...hehehehe....dan yang best nyer dia cakap memang pokok tu sebelum ni nak dibuang tapi dia sayang lagi....so dia simpan la...bila aku nak....dia on jew la....Muahahahhaa...hati aku berbunga salji......nah makcik....belanja makan tengahari...hehehhe...
Dari opis susah lak aku nak bawak balik....kang aku balik dengan komuter....macamna nak bawak naik komuter...tercucuk orang2 semua...huwaaaa....Last2 takder jalan lain mintak tolong abang satu opis yang duk satu taman denganku bawak balik...huhuhu....dengan tak malu....

Dan kesudahan yang mengembirakan.....pokok tu sekarang ada kat atas tiang pagar di hadapan rumahku...berbunga merah lagikkk.....dengan pasu yang cantik dari Sungai Buluh....sukerrrrrrrrrr.....riang...............gembira....

Boleh Ke?

Gambar Google
Berangan nak tanam sayur kat belakang rumah ....biar hasilnya macam gambar kat atas tu.....
Takder la mengharap membuahkan hasil sampai macam tu tapi apa salahnya mencuba kan.....tak banyak....sikit pun jadi la....
Insyaallah akan ku usahakan....

Berbudi Pada Tanah.....Insyaallah

Agenda hujung minggu ........4/6/2011
Mula2 pi cari pasu2 bunga kat Sungai Buluh....Jauh?Jauh ke tak jauh ke...aku memang nak pi satu nursery tu....pasu dia cantik2...berkenan....sebab beli pasu ni bukan macam tukar baju...jadi aku pujuk ler hubby pi sana....
Cari pasu besar untuk tanam pokok2 bunga kertas yang beli kat nursery kat sepang minggu lepas....
Dan pasu sedang untuk tanam pokok2 kegunaan dapur dan herba...


Pokok Limau Kasturi....Berbuah banyak2 la yer...Nanti dapat la jiran2 merasa.....Yang best nyer pokok  yang aku beli tu dah ada  buah.....


Yang ni Hubby Cayang yang tanam......
Pokok Limau Purut tu aku tanam....adil tak?hehehhe.....Muafakat membawa berkat...Pokok limau purut tu beli kat Sepang....limau kasturi beli kat Sungai Buluh....jauh ia merantau....


Nota....Tanam pokok2 kecik dulu.....pokok2 untk kegunaan harian....

Hasil Rembatan....

Penuh satu kereta...Kalau boleh sumbat...aku nak sumbat lagi....tapi muatan terlebih sudahhhh....dengan tanah lagi....dengan baja lagi......dengan pokok mangga yang besar itewww....huhuhu...


Uhwaaaaa....nak nangis....nak nangis...takyah la nangis....hehehehe....
Gambar2 yang diambil dengan menggunakan hp cabukku untuk dibuat kenangan masa nak tanam pokok mangga dan pokok2 hiasan yang dirembat kat nursery makcik kat Sepang tempoh hari hilang....takleh nak bukak....dah banyak kali dah jadi macamni....huhuhuhu....Sajer jer nak nyakat aku nak suh beli hp baru....adesssss......


Ni ajooo yang tinggal...takper la...nak gak buat kenangan....


 Spesis Loropetalum
Pokok Limau Purut...