Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Lambang Salib di.....

Imej
Ceritanya begini... Pepagi budak lelaki kat opis aku datang kat aku dan pelawa clorets kepada ku dan kawan2 ku....Aku memang tolak la....ntah aper2 nak makan benda macam tu.....tak pernah masuk mulut la....tetiba kawan aku cakap kat budak tu try bukak kotak clorets tu....bukak satu2....(rupanya kawan aku dah tau sebelum ni pasal tuttttt...ada kat emel)...dan budak tu pun bukak.....dan inilah yang kami jumpa kat bahagian paling bawah dalam kotak clorets tu.... Astagfirullahhalazim..... Dalam diam mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup mencari pelbagai jalan dan helah untuk memesongkan akidah umat Islam.....Nauzubillah..... Nota : Berhati2 dengan apa yang kita beli dan makan setiap hari....Tapi clorets  memang takder tanda halal yer....

Akok.....Uhhhhh.....sedapnyer...

Imej
Inilah kuih tradisional yang paling aku suka.... Motip : Tengah berangan nak cari akok yang sedap di Kl.....

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

Imej
*****Peringatan untuk diriku dan jua untuk orang2 yang menyayangi dirinya dan jua keluarganya....insyaallah. ..**** Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wani ta. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) 2. Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk ister

Macam Kerang Busuk!!!!!

Imej
Betol ke pepatah macam kerang busuk!!!!! Ntoh ler...tapi aku suka betol dengan kerang rebus ni....sedap woo...cicah dengan sos cili gitew2 pun jadik....mebelesssssss......malas satu jer makan kerang rebus ni...malas nak bukak...ngeeeee.... Kan best kalau ada orang tolong bukakkan dan kita tunggu makan ajerrr...Glurphhhh.... Berasap lagi kerang tu...baru angkat dari dapur.....fuhhhhhh.....panas.....

Semalam Yang Simple...

Imej
Sampai rumah awal sikit semalam dalam kol 6.40....(awal sikit...huhuhuhu)....terus sinsing lengan baju dan masak nasi.....lepas tu bermulalah aktiviti persilatan ku....mensasarkan impian semoga sempat aku masak untuk berbuka    semalam bersama hubby ku sayang...Tapi maghrib awalkan sekarang ni....takper la....itu bukan isu nya....hendak seribu daya...sempat ke tak sempat....aku memang nak masak gak...nak makan yang aku masak gak...kalau dah hati kata gitew....penat ke aper ke...semua ke tepi.... ******* Keluarkan sotong....ada 3 ekor jew...tapi besar2 gak la...hari tu beli 7 ekor jew dekat sekilo....huhuhuhu....sempat lagi pikir....nak buat aper yer...sambil pikir sambil pansakan air....bukak pintu dapur....bawak pisau....dan.....dan....serai2 yang ku tanam telah menjadi mangsa kerakusan ku....huhuhuhu.... ******** dan jeng...jeng.... 2 jenis lauk jer sempat ku masak....dan 6 minit selepas azan maghrib berkumandang...maka nasiku pun masak...dan maka selamat lah daku  dan hubby berbuk

Alahai Anakku Balqis....

Imej
Dalam duk best nak cuti 3 hari...tetiba hari jumaat tanggal 16/09/2011 ada cerita yang membuatkan ketenangan ku kacau bilau...... Ceritanya bermula.... Macam biasa aku benarkan Balqis keluar bermain2 dengan kawan2 sebaya di taman depan rumah pabila hari cuti.....dan apabila balik dari bermain....dan selepas mandi dan duk sama2 depan tv...aku rasakan kelainan pada Balqis...bila dia tengok tv,aku perhatikan dia sepetkan mata dan kelip2 kan mata dia....kita sebagai ibu mesti rasa kelainan pada anak kita kan... Terus aku tanyakan pada Balqis mengapa dia kelip2 kan mata dia...dia kata takder aper2...cuma pedih dan nampak putih jer tv sebelah mata satu lagi tu....aduiiii...terus aku asak dengan soklan yang sama...dan aku cakap Balqis jangan tipu Ibu...barulah dia cakap mata dia kena kayu....Dia tak nak cakap takut aku marah....aduiiiiiii....garang sangat ke aku?Astagfirullahalazim....dengar jer terus aku terpaku...takleh nak pikir aper2 dah masa tu....terus dapatkan dia dan perhatikan ma

Cara buat dan bungkus ketupat palas

Imej
Di copy dari blog   Chetam Nak belajar cara bungkus ketupat? Tengok gambar-gambar di bawah. Membalut ketupat daun palas versi negeri lain  tak sama dengan versi Kelantan ni. . Resepinya di bawah sekali yer. Ketupat Daun Palas Versi Kelantan 2 kilo pulut 3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera Garam dan gula secukup rasa. Cara Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut sahaja. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan. Kacau rata. Santan telah dimasukkan dengan gula dan garam terlebih dahulu. Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang. Versi kelantan ni ada gula

Ketupat Yang Diidamkan....

Imej
Aku teringin sangat nak makan ketupat pulut daun palas yang mak buat....takder sorang pun yang boleh buat ketupat pulut sesedap yang mak buat...lemak berkrim macam mak buat....huhuhu....setiap anak mesti masakan mak yang paling sedap kan...kan... Dan aku jua tak pernah berjaya membungkus ketupat daun palas seperti yang mak buat...huhuhu....tapi aku takkan berputus asa untuk aku mencuba sehingga berjaya...insyaallah...bukan senang woo...kalau setakat ketupat jantan macam gambar kat bawah tu boleh la...tapi yang mak buat tu ketupat betina macam gambar kat atas tu (Ada lak jantan betina....)...kena pusing2 sikit....betoi ke ni...ke aku tersilap betina dan jantan....Nanti kita belajar buat ketupat lak yer.... Raya tahun ni lah pertama kali mak tak sempat nak buat ketupat pulut daun palas untuk kami semua....raya tahun ni kami semua memang sibuk dan penat sesangat...dengan persiapan dan majlis kenduri adik lelakiku.... Tapi alhamdulillah...Majlis nikah 4 hari sebelum raya dan majlis men

Rindu sama dia....dia...dan dia....

Imej
Selepas 2 minggu kembali ke KL dan meninggalkan kampung halaman...rindu ku pada Ayah...Mak..adik beradikku semacam menarik2 aku utuk kembali semula ke kampung...huwaaaa.....aku rindu pada kamu semua....rindu pada semua kenangan itu.... "ha'ah rindu...rindu serindu..rinduuunyaaa..."

Blog Sedang Dibaiki....

Imej
Hehehehe......blog ai tengah dalam proses pengubahsuaian.....maap la yer...bukak sekali lain...bukak sekali lain lak...hehehehe....mood untuk mengubah blog..... Rindu semua....... Banyak cerita.......banyak sesangat....