Jadual Waktu Berbuka....Ramadhan 1432H

Jadual Waktu Berbuka dan Waktu Imsak 2011.....



Firman Allah :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)



Pengertian Puasa Dari segi bahasa bererti menahan diri daripada sesuatu. Dari segi syarak, menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Syarat-syarat Puasa


Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib 
2) Syarat-syarat sah

Syarat Wajib


a) Islam - puasa tidak wajib bagi yang bukan islam
b) baligh – tidak wajib bagi yang tidak cukup umur.Namun digalakkan latihan untuk kanak2.
c) berakal – orang gila tidak wajib puasa
d) berupaya(sihat) – orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berpuasa atau terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa,tetapi diwajibkan fidyah.
e) bermukim – musafir tidak diwajib berpuasa,tetapi wajib qada puasa selepas bulan ramadhan.
f) Suci – suci daripada haid dan nifas bagi wanita.


Syarat Sah


a) Islam
b) Berakal dan mumayyiz,(tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak.
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat – apabila nyata masuk bulan ramadhan.


Rukun Puasa


a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya. c) Orang yang berpuasa.


Masa Puasa


Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari


Faedah Puasa


a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia


Sunat-sunat puasa


a) Makan Sahur serta melambatkannya, kerana ada padanya berkat.
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan


Perkara makruh ketika berpuasa


a) Berbekam
b) Bersuntik(Mengeluarkan darah)
c) Berkumur-kumur
d) Merasa makanan dihujung lidah
e) Memasukkan air ke dalam rongga secara berlebihan. f ) Bersugi selepas gelincir matahari
g) Mencium wangian


Perkara yang membatalkan puasa


a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit(jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa.
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad (keluar daripada islam) i) Bersetubuh(melakukan hubungan kelamin pada siang hari di bulan ramadhan


Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa


a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua


Keistimewaan Bulan Ramadhan


a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.


Menghormati Bulan Ramadhan


a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.


Niat Puasa dan  Puasa Ramadhan

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA