My lovely hubby kena chiken pox...



Malam Isnin abang ngadu rasa macam nak demam.....lepas tu ternampak ada 2,3 bijik bintik2 kat badan dia...Petang Isnin makin bertambah bijik tu....Suh pi klinik dia cakap biar dulu la....boleh tahan lagik...
Pagi semalam dia dah tak tahan...pi klinik....dan comfirm dia kena chiken pox...Sah dia jangkit dengan Balqis.....
2 minggu lepas Balqis kena chiken pox...(tak sempat buat entry)...Sekarang dah ok...tinggal parut jer....
Tapi masa bawak Balqis gi klinik hari tu,doktor tanya aku....awak dah pernah kena?Aku cakap la tak pernah kena lagi rasanya....terus doktor tu cakap aku kena bersedia sebab benda ni akan berjangkit dengan orang2 yang terdekat...huhuhu....Tapi Balqis hari tu jangkit kat sekolah....


Semalam pi ambik daun mambu kat rumah abang.....lepas tu beli air kelapa....balik rumah malam tadi kesian hubby....Moga cepat sembuh yer...


Maklumat berkenaan dengan chiken pox / cacar air yang sempat aku search dan boleh dikongsi bersama....

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi.
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab biasanya kita akan menganggap kita terkena selsema atau demam biasa. 
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi 
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandi  dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam orang yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. 
Ni la rupa daun mambu ...


8 ulasan:

Ilhamny.com berkata...

org kata chiken pox skali sumur hidup..
tp linda dah 3 kali kena dah..

apapon, semoga cepat sembuh

Ellen berkata...

Mak Ellen kata kalo tak nak chicken fox tu ada parut jangan makan kicap dan kalo nak mandi , mandi ngan ketumbar...hehe

Ila berkata...

skrg ni mmg musim org kena chicken pox lah

AngahSayang2314 berkata...

oo macam tue yer.... kalau tak tahuu punnn

LyNn HaMzAh berkata...

alahai...kesiannya...moga cepat sembuh la yer...

S..U..D..@..I..S berkata...

kadang2 jangkit seisi rumah....

Bazilah berkata...

tryla pakai produk himalaya kalau parut tak hilang lagi :)

Jom Kaji Sifat Mengikut Tarikh Lahir

Nor ' Atikah bt NorBaki berkata...

eeeee takut nye kalo kena demam yang mcm ni... susah nk baik.... =(