Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China



Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.
Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.
01 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China02 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:
telur1 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin
telur2 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur
3: Acuan untuk
4: Acuan untuk kuning telur
Step 1
telur3 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.
Step 2
telur4 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.
Step 3
telur5 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.
telur6 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.
telur7 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
telur8 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.
So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.
Entry diambil dari SINI....


**Cuma perkongsian.....tidak dapat dipastikan kesahihannya....

Ulasan

Jieda berkata…
Hmm..telur pun boleh dicipta
amimarz berkata…
payah hidup zaman sekarang, kalu makanan pun ada tiruan jugak!!! Yg buat tu tak pikir kesihatan & keselamatan diri & org ramai ke???
siti berkata…
ntah la..dunia sekarag macam2....benda mustahil berlaku tak mustahil akan berlaku..takut sgt rasa.
eMMe berkata…
mcm2! telur pun ade yg tiruan ekk...
ape yg tak leh ditiru, sume boleh, kene hati2 nih....
Tanpa Nama berkata…
kalau eramkan telur tiruan tu leh jd ayam ke?? huhu~~
Unknown berkata…
bahaya ni..china ni mcm2 lah...semua nak senang
deqlis berkata…
good info...

ishh risau pulak telur pun ada tiruan erkk?? dah laa kita masak mcm2 guna telur nie...
Norgadis berkata…
Dasyatnya, telur pun dah ada tiruan...
Solihin Zubir berkata…
bela ayam sindri la senang.. dijamin selamat.. heheh..

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA