Pengunjung Luar



Ishhhhh!!!Ishhhhh!!!!Betol ke ni....terkejut daku tadi tengok kat revolvermaps blog ku...Blog yang ntah aper2 dan ceciput ni ada gak pengunjung dari luar negara.4 tempat lak tu dalam satu masa....Bukan bangga diri tapi terharu....

Terharu...hukhukhuk...Biasa la kan...Blogger kecik macam aku ni bila ada pengunjung sudi datang menjengah.....terharu beb!!!

Dan entry ni ditujukan kepada semua pengunjung blogku tak kira dari dalam atau nun jauh di sana...jutaan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Teratak Impian Ibu ini....

Dan aku ingin menyatakan aku TERHARU.....dan aku SAYANG kengkawan semua....

Nuffnang......Nak BE gak.....


Wahai pihak nuffnang yang baik hati....meh la sini....bagi kat aku  BE...

Ingat tak aku beria2 buat entry pasal BE sebelum ni....sukernya hati aku masa tu....tetiba dapat 2 BE sekaligus....

Kengkawan lain seronok bercerita pasal BE...aku pun seronok gak berkongsi cerita dapat BE...
Last2 bertahan tak sampai seminggu dah bertukar jadi Metered Earning....Huwaaaaaa.....

Dan earning untuk 2 BE tu tak sampai pun RM1...huhuhu...

Macammana nak dapat macam kak ina kl.....satu BE lebih dari RM100.00...
Huhhh..perasaan aku!!!



Dalam tempoh tak sampai seminggu tu,aku tak pernah nampak iklan tu keluar kat blog ku...naper orang lain keluar jer iklan BE diorang siang malam erk?Adesss....

Ada satu blog tu,jumlah pengunjung sikit jer(owner blog yang ckp) tapi dapat BE 3-4 sekaligus....satu hari dalam 100 lebih jer....ada tu tak sampai..tapi BE asyik dapat jer...macamna tu?
Ngajuk dalam hati la macam ni....Huhuhu....

Nota kakitangan : Nuffnang bagilah can kat aku...hukhukhuk....

Aku Kaya!!!!!!!

Hari minggu yang membahagiakan....nak tahu kenapa?Hahhahaha!!!!!!Gelak cara orang kaya....Kaya beb!!!!!kaya!!!!!

Saper tak bahagia bila tiba2 dapat durian runtuh!!!!!Uhhhh....setakat durian tu buat apa kan...ni bukan durian yang runtuh,tapi barang kemas!!!Emas menimbun di rumahku sekarang.... Nak jugak?Boleh...boleh....sila smskan nama anda sekarang jugak....saper cepat dia dapat....

Poyo jer kan...bukan aku tipu yer...cuma loyar buruk jer...hehehe...Si Balqis yang start dulu....Hari tu kan lepas buat hantaran adik aku tu ada la lebih manik yang besar2 macam barang kemas tu....
Tiba2 sekejap tadi terdengar Balqis dengan kecohnya mengatakan dia kaya!!!!.. kaya!!!! kaya!!!!
Adessss!!!!Budak kecik pun tahu nak kaya....buat aku tersenyum sampai ke telinga....huhuhu

Aksi Balqis dengan kekayaan yang dimilikinya.....


Ibu!!!!!!!!Balqis Kaya......

Kalau kita kaya ....ibu dengan ayah dah tak payah kerja kan....Adesssss!!!
Kalau Balqis nak kaya macam tu....Balqis kena la belajar rajin2.....pandai2....




Aduhhhh
Dengan kekayaan yang dimilikinya.....



Nota Kaki Tanganku : Mood tengah berangan.......kalaulah benda yang Balqis pegang tu adalah Emas.....ermmmmmmm

Kaum Hawa..Kene Bc..Check dulu TUALA WANITA yang anda/isteri pakai

Maaf Jika Isu Ini Sensitif


Peringatan yang teramat penting untuk kaum hawa semua...cerita ini dishare oleh seorang sahabat di Fb....
Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini...

Kesahihan cerita tak dapat di pastikan namun mungkin boleh di jadikan iktibar dan panduan kepada kita kaum hawa ni.....

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa Cina so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....
Hati-hati bila pakai Tuala wanita..check dulu expired date...Kualiti...
dan paling penting kebersihannya...
takut2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual tuala wanita...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila tuala wanita tu.....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah mengandung....
maka hairanlah si anak..

Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 ekor anak tikus yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KE DALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINNN.....
Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....

kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu....
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

P/S : Walau tidak sahih sekalipun....kaum hawa perlu berhati2 dalam soal ini...dan paling penting jagalah kebersihan....

 Gambar anak2 tikus selepas pembedahan dilakukan....







Al-Fatihah buat blogger Kak Aishah


Al-Fatihah buat blogger Kak Aishah aishah-kenangan terindah (Mama kembar 3) yang telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kita semua....
Walau tidak mengenali dengan lebih rapat,bila terbaca berita pemergiaannya dari blog Kak Ellen,aku betol2 terkejut dan tergaman...
Tiada kata yang dapat diluahkan dan menggambarkan perasaan ku tika dan saat ini...sedih sesangat....
Bertambah sedih bila teringatkan si kembar 3 yang masih kecil itu....
Tapi itu semua sudah ketentuan Tuhan...Ajal maut sudah ditentukan....walau sesaat kita tidak dapat lari dari ketentuan Nya...

Aku baru teringat komen arwah terakhir di entrynya yang terakhir....
aishah said... 
kpd semua..salam kenal..thanks sudi singgah..jgn berkecil hati ya klu saya x follow lg ya..bkn apa internet slowla..nk klik ke satu blog ke blog lain bkn main slownya... so jgn kecik hati ya..bkn sombong...tp mmg internet slow sgt..bla dh ok saya singgah ya..tq

P/S : Marilah kita semua kengkawan blogger di alam maya ini mendoakan kesejahteraan arwah di sana...Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk arwah Kak Aishah...

Gubahan Di Hari Pertunangan

Alhamdulillah....Akhirnya tiba jua hari yang ditunggu2.....
Hanya ini sahaja gubahan hantaran yang mampu aku siapkan untuk adik lelakiku....
Simple jer kan....Idea tarak sebab last minit....

Gubahan hantaran pertunangan dari bakul besi.....
Kek Pertunangan


Gubahan Coklat
Buah-buahan

Gubahan Sireh Junjung Dan Cincin

Wajik

Gubahan Sireh Junjung

Persalinan Nikah

Kain Pasang

Gubahan Tuala ( Sepatutnya tiada bungaan yang berceracak di atasnya tetapi telah ditanam oleh ibuku....Adessss.....Penambahbaikan yang terpaksa diterima )

Bekas Hantaran Pertunangan Dah Siap (Part 2)

Bekas Hantaran Pertunangan adik lelaki kesayanganku siap juadigodek olehku...
Syukur alhamdulillah....Siap jua akhirnya....Simple jer...Nasib baik tuan empunya badan berkenan...huhuhu




















Hantaran Pertunangan Adik (Part 1)







Ulangtahun Kelahiran



Syukur pada Ilahi kerana masih mengizinkan diriku bersama dengan orang-orang yang tersayang.....Alhamdulillah...

Semoga diriku dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki..

Diberi ketabahan menghadapi dugaan hidup yang berliku...

Diberi kekuatan menempuhi halangan dan ranjau...

Aidiladha

Ucapan ini ditujukan kepada semua kenkawan yang sudi bertandang ke Teratak Impian Ibu...

Walau langkah tak bertemu.....
tangan tak berjabat.......
ucap tak terdengar........
mata tak bertentang..........


Mohon maaf segala kesilapan...............
Kerana adakalanya...
MATA silap memandang...
TELINGA salah mendengar....
LIDAH terlanjur berkata-kata....
dan HATI salah menduga....

"Salam Aidiladha"

Rindu kat orang tersayang

Kami teramat rindukan Ayahhhhhhhhhhh......

dari Ibu dan Balqis........................

Penyakit Kencing Manis




Penyakit kencing manis

Ataupun DM (Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :
  • Diabetes jenis pertama (I)

DM-I juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 
'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. 
Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. 
Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II)

DM-II boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. 
Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, 
boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, 
dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).




Tips kesihatan untuk menghadapi masalah Kencing Manis :


Membuat kawalan paras glukos di dalam badan yang berterusan dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui :

1. Senaman yang dilakukan secara rutin terutamanya dilakukan di kawasan yang bebas daripada pencemaran alam sekitar ;




2. Pengambilan makanan yang seimbang seperti mengurangkan makanan berlemak (seperti kulit ayam, makanan bergoreng dan seumpamanya) serta bergula (termasuklah nasi lemak, ais skrim dan seumpamanya). Dicadangkan untuk membanyakkan makan sayur-sayuran segar, buah-buahan segar dan serat (kekacang, bijirin).

Turut disarankan pemakanan beras putih diganti dengan beras perang, gula putih diganti dengan gula perang, santan pula diganti dengan susu ;




3. Mendapatkan rehat yang mencukupi dengan tidur secara berkualiti.




Ketiga-tiganya amat berkait rapat dengan memastikan BMI (Body Mass Index) berada di paras Berat Badan Ideal.

rujukan lanjutan :

Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis :


1. Sentiasa dahaga ;
2. Kerap buang air kecil, terutamanya pada waktu malam ;
3. Letih tidak menentu, penat dan sakit kaki ;
4. Rasa gatal pada tangan dan kaki ;
5. Terasa menyucuk-nyucuk pada jari-jari kaki atau tangan ;
6. Luka yang lambat sembuh.




Selain daripada mengamalkan tips kesihatan di atas atau mencuba kaedah perubatan alopati, boleh juga dirawat secara tradisional menggunakan bahan-bahan seperti daun tin, daun betik, akar inai, akar terung masam, daun hempedu bumi dan pokok misai kucing. Sila dapatkan ilmu dan petua penggunaannya daripada mereka yang telah berpengalaman.

Beberapa kombinasi doa yang sesuai diamalkan untuk merawat penyakit ini ialah :


1. Al Fatihah




2. Doa rawatan kencing manis :




3. Doa 'Ilaj Ilahi




Wallahu ta'ala a'lam.

Sumber : FB Darussyifa

Kuih Tradisional

Dah namanya balik kampung.....seharusnya sesi penayangan kuih tradisional yang semakin dilupakan....Balik kampung ni.....boleh la merasa keenakan kuih tradisional buatan air tangan bonda tercinta...2-3 jenis cukup la.....Slurrrppppppp!!!!Best wooo....
Jom Menjamu selera dengan penayangan kuih2 tradisional ni....
Kuih Bakar Kemboja

Kuih Bingka Ubi
Kuih Melaka
Kuih Cara Berlauk
Kuih Karipap
Kuih Koci Pulut Hitam
Kuih Kole Kacang
Kuih Lapis
Kuih Lompang
Kuih Lopez
Kuih Pulut panggang
Kuih Seri Muka
kuih Talam Ubi Kayu
Kuih Talam Keladi
Nota kaki tangan ku : Gambar Kredit untuk sarima-corner.....sesiapa yang nak order...boleh ke blog akak ni....saya tolong promote bisnes akak yer...hehehe