Oh I-City - Aku sudah tidak teruja


Malam tadi adalah kali ke 2 aku dan family ku jejak tapak kaki ke I-City...kali pertama pergi sebelum puasa hari tu...Dalam bulan julai..Masa tu kena bayar parking Rm1 ke Rm2,aku pun lupa....Memang teruja gilos....terasa jakun jer masa sampai kat sana...
Cerita keterujaan aku tu kat sini  bersantai di I-City

 lebih kurang macam ni la dialog masa mula2 sampai dulu...
"Waaaauuu....cantiknya....ngeeeeeeeeee.....mengasyikkan la...."
"Kalau setakat bayar 2 hengget untuk parking,tiap2 malam rasa nak lepak sini"
"Baguslah diorang ni...bayar murah giler nak masuk sini...tak padan dengan kos yang diorang keluarkan untuk bayar karen yang diorang gunakan..."
"Uhhhh...ramainya pengunjung ...nak jalan pun susah...ramai sangat orang"
********************************
Tapi dialog malam tadi berubah terus....
"Eh.........kena bayar 10 hengget lak nak masuk parking kat sini..mahalnya"
Eh....naper tak ramai macam dulu erk?Tapi still ramai lagi la...
"Ehhhh...Naper banyak lampu yang dah padam"
Dan banyak gak yang sebelum ni ada dah takder sekarang ni...naper buang erk?Rama2 dah takder..

**********************************
Dan rasanya untuk yang ke 3 kali kami ke sana...kami akan berpikir banyak kali dahulu untuk ke sana....Suasana dan pemandangan tak seperti dulu lagi....melainkan jika ada sebab munasabab seperti malam tadi...

Menikmati pizza di I-City

Pemergiaan ke I-City yang tidak dirancang....
Anak buah hubby sampai dari kampung untuk menonton final Piala Malaysia  petang  semalam dan dapat call ajak pi jengjalan....
Terus terpikir bawak gi I-City....Otw ke I-City dalam kol 10.00 malam, singgah beli pizza kat Shah Alam...
Dapat gak la makan pizza malam tadi...huhuhu
Nyummmm...nyummmmm....Best gak bersila kat depan screen tv yang besar sambil makan pizza.....
Pak Su dan anak buah tengah berborak sambil mengadap pizza....belanja makan pizza jer la yer anak saudaraku sempena sambut besday malam tadi...tahun ni ko sambut kat luar kawasan besday ko yer...Selamat Hari Lahir Cik Su ucapkan...Semoga dirimu dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan yang berkekalan....
Dah habis satu kotak...satu kotak lagi saper nak makan....perut dah kenyang....huhuhu...Yang pasti pizza 2 kotak tu habis kami kerjakan...

**sampai rumah kol 1.30 pagi...penat woo**

Rumah Idaman

 
Kredit Link Tuan Mokhzani Marzuki
Huwaaaaaaa.....Khayalanku kembali lagi...Rumah Idaman!!!
Dah nama nya rumah idaman...Khayalan mau lebih....betol tak..hehehe....
Tapi aku tak mau khayal lebih2...sebab daku dah ada rumah..cuma tak pindah jer lagi...Rumahku!!!ko tunggu kedatangan kami nanti...Hari minggu nak pi rumah baru kami...rasa2nya hampir 3 bulan kami tak jejak kaki ke sana....Hujung minggu ada jer program2 yang tak dirancang...
Mungkin rumah ni tak sama dengan rumahku...tapi boleh berangan lagi kan...mana lah tau kot2!!!Dapat satu lagi...hehehe
Tapi yang penting bagiku,biar tak mewah....asalkan kita bahagia di dalamnya....

Layannnzzz jer la perasaan yang tengah membuai ini..hehehe
Sejuk mata memandang....









Meh Nok Kabor pasal cuti bersalin 90 hari...Bajet 2011

    Gambar Google

Meh nok kabor pasal cuti bersalin 90 hari...Bajet 2011

Disebabkan masih kedengaran persoalan2 dan kekeliruan dari kengkawan wanita tentang cuti bersalin yang diberikan oleh kerajaan dalam bajet 2011 yang dibentangkan beberapa minggu lepas....Meh sini aku terangkan sikit ye...

Ramai ibu2 muda seronok sesangat dengan cuti bersalin 90 hari yang diberikan tu...termasuk la aku (masa pembentangan bajet)...lepas tu aku baru faham tentang cuti bersalin tu...

Mula2 tu melompat la jugak bila mendengar cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke 90 hari....Hehehe...nak cuti lama tu....
Meh aku terangkan setakat yang aku faham...

Sebenarnya tidak....Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari,maknanya kakitangan awam boleh
tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 dengan maksima
300 hari sepanjang perkhidmatan...

Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan,cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari....

Tiada tambahan sebenarnya....Maknanya boleh beranak setakat 3 orang sahaja.Lepas tu tak ada dah cuti....
Kalau siapa nak beranak 5 tetap kena ambil cuti bersalin 60 hari sebab 60 x 5 = 300 hari



Kalau macam aku la...hari tu bersalin ambik 60 hari...baki cuti bersalin dalam perkhidmatan aku tinggal lagi 240 hari.....kalau aku ambik cuti bersalin 60 hari lepas ni ada lagi koata 4 orang anak...

Kalau aku ambik 90 hari cuti bersalin selepas ni,aku boleh ambik untuk 2 orang anak jer...lepas tu baki ada 60 hari...so,anak yang ke 4 aku kena ambik 60 hari je la....
Dan anak yang ke 5 dah takder cuti bersalin dah...
Kalau macam aku ni,nak beranak ramai.....maknanya anak yang ke 5...kena cuti tanpa gaji la...
Huhuhuhu...Kena ambik 60 hari gak  gamaknya...

Dan untuk ibu2 muda yang baru masuk dalam perkhidmatan awam...kalau anda ambik cuti bersalin 90 hari,anda boleh bersalin 3 orang anak je...lepas tu pandai2 lah sendiri...kalau rasa nak anak 3 jer boleh la kot ambil 90 hari tu...

Nota Kaki Tangan : Jangan cepat rasa seronok....kena kira betol-betol...Maap kalau tersalah info....Kalau salah tolong betolkan ye...... 

Baucer RM10 KFC / Pizza free!!

 
Giveaway nie dari  hatiberbunga  kita...
Tarikh Tutup Penyertaan: 28 October 2010 pada pukul 11.59 pm

Syarat2nya mudah saje kawan2!!
keterangan lanjut bolehlah klik kat bawah....

Ahakkkk!!!Nak join gak ah...Tak kira...semalam baru aku cakap nak makan pizza..hari ni ada Ga voucer free Rm10.00 Kfc / Pizza Hut / Ayamas / Rasamas


Nota Kaki : Selalunya aku tersangat la malas nak join Ga 2 ni...Tapi mood aku dah bertukar hari ni...Perubahan hormon kot...kikikik...tak senonoh betol...Betol...

Memang banyak kengkawan blogger yang buat giveaway,tapi tak semua aku join...malas nak tempek2 banner bagai dan buat entry....tapi kalau syarat2 senang camgini ok la kan....
Lagipun boleh mengerat dan merapatkan silaturrahim sesama kengkawan di alam maya ni...
Dan bukan hadiah yang menjadi keutamaan...

Mimpi Dapat Baby....

Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images


Pepagi buat entry ni...malam tadi mimpi dapat baby lagi...sampai menangis2 daku...Harap apa aku mimpikan akan menjadi kenyataan...harap2 dalam masa terdekat ni...insyaallah...Aku tidak akan berputus asa...Belum ada rezeki lagi Tuhan nak bagi...Tidak mengapa..Aku akan tetap bersabar dan berusaha sehingga dapat....Insyaallah....

Comel kan baby2 ni...




Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Kepada kengkawanku yang ramai tengah peknen tu,tahniah...jagalah kesihatan anda...amalkanlah amalan2 yang sepatutnya dibuat semasa mengandung...Tapi untuk kengkawan yang sukar untuk peknen,bersabarlah...
Semoga impian kita mahukan zuriat segera termakbul...Aku akan sentiasa mendoakan untuk kalian jua...Insyaallah...
Semoga kita terus sabar menanti, yakin dan terus berusaha..




Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

bakal ibu2 yang masih mencuba..jangan putus asa dan putus harap.. Ada hikmah atas segala yang berlaku..kita tak tahu..tapi kita boleh berdoa dan bermohon kan..

rezeki kita lain2..
Ada yang allah bagi kekayaan harta..
ada yang allah bagi kekayaan kasih sayang..
ada yang allah bagi kekayaan kesihatan..




Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Aku masih mahukan anak2 kecil mengelilingi aku...aku tetap mahu insan kecil yang akan membesar depan mata ku.. menunjukkan segala kebijaksanaannya dan kepetahan di hadapan aku dan Encik Hubby....



Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images





Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images





Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images


P/S:Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan  angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.

Promosi Pizza Hut

Huwaaaaaaaaaaaaaaa...Terliur ni weiii....bila terpandang je iklan pizza hut di blog kengkawan...aku pun klik la...memang dah rasa lain macam jer...rasa nak makan jer...huhhhhh....Korang tak terliur ke?Ari keje tak best la makan...insyaallah kalau panjang umur,hujung minggu ni dapat makan..tak kira..walau tak ngidam..aku nak makan gak........oooooooooooooo....Pizza tunggu aku....Sambil telan air liur..

Jommm layanzzzzzzzzz....  
Adussssssssssss....perutku tiba2 lapar penangan pizza ni...

Wanita Dan Atm

Gambar Google
Cerita ni masa aku balik kerja petang semalam....Tau kan semalam kan...kan...kan...25 hb....gaji beb...Menjelang tengahari 3 mesin atm berhampiran opisku semua 'out of service'.....
Ada sale ke sampaikan semua atm kosong ni...Huwaa....aku tak heran la...(ayat penyejuk hati sebab aku sekarang kena cut bajet...demi rumahku syurga duniaku...huhuhuhu)
Jadi balik kerja baru ku menyinggah kat mesin atm berhampiran opis untuk operasi menyucuk duit...
Dalam duk beratur tu...beratur gak la walau petang dah.....seorang wanita tengah mengeluarkan duit...lepas keluarkan duit,dia terus blah....jap tu terus nampak dia berlari mendapatkan balik mesin atm tu...hehehe...kad atm tu masih melekat kat mesin tu....huhhhhh...boleh dia dapat duit dan terus blah jer...huhuhu...
setahu aku sebelum duit tu keluar,kad tu keluar dulu kan...Boleh pikir tak macamna kita boleh biarkan kad tu kat situ dan ambil duit dulu...
Mungkin dia terlupa...tak mengapalah...tapi yang pasti kad dan duit dia masih selamat...Alhamdulillah...
Dan aku masih teringat kes kakak aku dulu....dia pun boleh tertinggal kad kat mesin atm masa hari gaji lak tu...keesokan harinya baru dia perasan kad atm dia takder kat beg duitnya....kelam kabut la kakak ku ke bank yang dia ambil duit kat atm tu...nak cut apa yang patut la...chek2...kad atm dia dah ditelan oleh mesin tu...tak tahu lah macamna...mungkin takder orang dah selepas dia gunakan kot...kalau tak...
Alhamdulillah selamat....
Tu kes yang kita boleh pikir balik dan banyak2 kali...tu belum masuk kes pukau,tepuk bahu dan sebagainya...
mintak dijauhkan semua tu...
Banyak gak kes terbaru dengan cara menaburkan wang di lantai untuk mengalihkan perhatian kita sebelum menukarkan kad ATM di mesin. 
Kalau ada orang cakap duit awak jatuh masa awak nak keluarkan duit tu....buat tak tahu jer...tapi kalau betol lak macamna?
hehehe...Apapun....berhati2 lah dalam semua perkara...Ingat orang yang tersayang...

Petua Untuk Mengandung

Hari ini aku telah membaca satu petua yang sangat bagus untuk aku dan anda semua.......Informasinya amat menarik untuk aku dan semua...
Banyak artikel yang bermanfaat untuk kita semua.....
Selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak termasuk lah aku...... Insyaallah....Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.
************************************************************************************
Sumber : http://pakarhowto.com
Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini......
Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. 
Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. 

Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.


Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan.

Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. 
Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. 
Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. 

Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak.

Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. 

Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.....

Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”.....

Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. 
Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar......
Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Selamat Hari Lahir Sayang....


Tiada puisi atau lagu,
Yang dapat ku ilham seindahmu,
Nyata kau satu dalam berjuta,
Duhai Suamiku, kau istimewa..
Selamat hari lahir Suamiku...

Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki..

Diberi ketabahan menghadapi dugaan hidup yang berliku...

Diberi kekuatan menempuhi halangan dan ranjau...

Selamat Hari Lahir.....

Ikhlas dari hati seorang Isteri

Terima kasih atas setiap kebaikan

Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan

Moga Allah memberi ganjaran

Syukurku pada Tuhan atas pertemuan

Moga kebahagiaan ini akan berkekalan

Maafkan diri ini yang serba kekurangan


Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Selamat Hari Lahir suamiku

Selamat hari lahir permata hatiku

berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi

di dunia dan di akhirat yang abadi......


myspace codes
Tiada hadiah yang paling mahal dapat ibu berikan kecuali kasih sayang dan cinta ibu pada ayah......Selamanya

Kereta Penuh - Versi Terengganu

Gambar Google

Cerita petang hilangkan boring....Tapi tak tahu kalau kengkawan faham ke tak loghat Terengganu ni...hehehe

Kereta penuh........

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lame kang dok sapa kampong..

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh..

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi.. baru jadik 'LAPANG'...!!!

Jagalah hati pasangan anda

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”. Maksud lain ialah jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.
Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.
Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.
Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.
Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.
Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.
Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.
Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.
Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.
Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.
Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.
Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.
Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Labu Gergasi


Labu gergasi ini yang kelihatan seperti Fiat 500 tetapi lebih berat lagi .....Aduh......kalau kita tanam kat rumah kita macam ni kan best....satu kampung boleh merasa...hehehehe
Dan semua jenis masakan kita boleh buat dengan sebiji labu ni....
Tengah berpikir ni macamna nak buat biar labu yang ayah nak tanam kat kebunnya nanti biar jadi macam gambar kat atas tu....Boleh pikir sekali tak?Huhuhu....Nak gi tanya orang yang tanam labu ni la....

Berdoalah Kepada Ibubapa

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

* Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
* Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
* Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
* Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
* Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).

Sumber : Perkongsian dari email

Berbudi Pada Tanah...Akhirnya...


Betol la kan...berbudi pada tanah...ini lah hasilnya...takder la boleh jual...tapi cukuplah untuk aku...takyah la beli...Betol orang kata...hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih...walau tinggal di rumah tinggi,bukan alasan kalau kita nak bertcucuk tanam...walau dalam pasu dan ruang yang kecik sahaja...

 Aku cukup berbangga bila pagi2 dapat menyaksikan buah2 cili ku berbuah lebat walau tak sesubur pokok cili mak di kampung...aku bangga....
Hari tu nyaris pokok cili ni mati kering penangan tuan rumah balik kampung bercuti raya 2 minggu...huhuhu...Nasib baik umur ko panjang lagi pokok cili...dapat la ko berbakti padaku...Terima kasih...

Anak Buah Baru


Petang semalam pi menjenguk anak buah baru....Anak kakakku yang sulung.Baru berusia 3 hari...
Selamat menjadi tetamu Allah di dunia ini wahai anak....Nur Amani Najihah...Semoga dirimu menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat....Amin..
Ya Allah....Comelnya si kecil ini...Kurniakan lagi zuriat kepada ku  Ya Allah..Zuriat yang soleh dan solehah..

Tak puas rasanya bersama si kecil ini...sempat juga memandikan,membedakkan,menyapu ubat dan memakaikan baju...Ahhhh!Seronoknya jika ada baby lagi....dan Nur Amani Najihah terus tidur lena selepas aku membedongnya...hehehe...

Pasar....Lauk...Masak....Rehat...

Pagi2 tadi ke pasar borong Selayang....cari lauk sikit...lepas raya hari tu ni baru pertama kali pergi...Boring gak asyik beli lauk dan sayur kat pasaraya dan pasar malam...
Mak oiiii....semalam baru perbentangan bajet,ari ni sayur mahal macam rimau...tapi tak tahu lah lepas raya memang sayur naik harga..Sebelum ni sayur kangkung,bayam dan sawi Rm1.00-Rm2.00 jer sekilo kat situ...Ari ni mak oiii naik sampai Rm4.oo sekilo... Aduhhhh...Tapi beli gak la...Tapi tak beli banyak sayur sebab kat dalam peti ada lagi bunga kubis,karot dan beberapa sayur lagi...
Ari ni beli ikan semua...takder ayam,takder daging,takder udang,takder sotong dan takder tulang....Kami mahu  lebihkan makan ikan...tapi dalam peti ais tu ada lagi ayam.meatball dan hati lembu...Cukup lah tu...
Tak caya semua ikan?Hehehe...
                                                             Selepas selesai....

Ikan Merah...


Ikan Selar....
Ikan Tongkol
Ikan Sardin

Dan beberapa jenis ikan lagi...
Ok lah...Nanti sambung lagi..nak gi jengjalan rumah kakak kat puchong...nak tengok anak buah baru...hehehehe...Dah siap masak dah la...dah makan pun...

Cuti Bersalin 90 hari....

                                                   Gambar Ehsan dari http://sumijelly.com

Yahuuuuu.....cuti bersalin dah dipanjangkan kepada 90 hari daripada 60 hari...Mesti kaum wanita gembira dengan berita ini kan...Alhamdulillah...Cukup la untuk si ibu berehat dan menjaga bayi yang kecil sepenuhnya sehingga berumur 3 bulan sebelum bekerja kembali...

P/S : Tahniah kepada Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat...
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.....

Siaran Lansung Bajet 2011


Tengah melayan bajet 2011 yang tengah dibentangkan oleh PM...Jom sama2 pasang telinga sikit...mana tau ada2 habuan untuk kita semua...hehehe...Tapi rasanya lambat lagi la kot nak sampai bab2 yang kita nak dengar tu....

Tadi ingatkan tak dapat dengar dah bajet 2011...tapi bila menerjah blog  ultraman88...dia ada bagi link untuk siaran lansung pembentangan bajet pada hari ini....sebab online tv3 takleh nak bukak la...huhuhu....

Jom bukak link ni...



Bersamalah kita tunggu keputusan penuh bajet 2011.....

Harga Getah Mahal Woo....


Gambar dari  Entry Terdahulu 
{Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram   pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000  sebulan. 
"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas.
"Kenaikan harga getah dan pendapatan yang diperoleh pekebun kecil pada masa ini boleh menarik minat mereka daripada bekerja di pejabat," katanya selepas merasmikan Kelab Keusahawanan RISDA Pahang, di sini semalam.
Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.}

                                                      Gambar dari  Entry Terdahulu

Terkejut dan tersentap aku bila terbaca berita pasal harga getah di Berita Harian Online pagi ni...Jeleskah aku?Jeles la jugak....Naper aku jeles?Sebab aku pun pernah menoreh getah ni masa aku tunggu keputusan PMR (cuti sekolah) dan masa lepas SPM dulu...Tak caya?Naper tak cayer...aku memang anak penoreh....mesti terror kan....kikikik...
Tapi yang buat aku jelesssssssssssss sangat sebab masa aku jadi "penoreh sambilan " dulu......rege getah cuma dalam Rm2.00 jer kalau tak silap aku sebab dalam sepikul /100 kg dapat dalam RM200 atau RM250 gitu jer...
Tapiiiiiiiiii harga hari ni RM11.90 sekilo...kalau dalam 100 kg dapat berapa?Meh aku conggak....dapat la dalam Rm1000 lebih...Tu mungkin harga pasaran la...kalau harga kat kampung dapat dalam RM700-RM800...
Menoreh dalam 10 hari kat kebun ayah tu dapat la kot dalam 200-300kg...Berapa woo kalau satu bulan...Nak balik kampung menoreh untuk sebulan dua jer boleh tak?Duit dapat banyak dan sambil2 dapat menguruskan badan...
Tapi Alhamdulillah....Syukur....Rezeki pada sang penoreh getah...
Tapi sekarang ni ayah tak dapat la banyak seperti yang aku conggak tu sebab ayah dah upah pekerja Thailand untuk menoreh di kebun getahnya...Jadi kena bahagi dua....huhuhu...takper la...sekarang masa untuk ayah berehat.....

P/S: Zalim tak aku kalau suruh ayah bagi cuti kat pekerja Thailand tu dan aku ambik cuti balik menoreh kat kampung untuk sebulan...hehehe

Artis Terlampau

Hahaha....gelak sorang2 tengok gambar2 ni...zalim tak?Sekadar hiburan....
Baik punya monyet....duk diam jer...

Aduhh.....Ayu sungguh....Sopan santun gitu....

Nah ko.....Dah jadi artis pujaan ramai....Artis Terlampau...


Sumber : Email

Tahniah Pemain Badminton Negara

Tahniah pada pemain badminton negara....Walaupun aku tidak dapat menyaksikan detik2 kegemilangan itu...tapi aku cukup berbangga....Huwaaaaaaa.....sebenarnya aku nak tengok...tapi tak dapat...tinggal beregu lelaki dan pemain perseorangan wanita WMC jer lagi belum habis.....harap diorang pun dapat Emas gak sepertimana berege campuran dan juga Datuk Lee Chong Wei...
Chaiiyyokkkk!!!

**Pemain beregu lelaki dapat pinggat Emas jugak..

Promosi Air Asia


Tengahari semalam terbaca entry di blog  Mama Gee  pasal Airasia buat promosi RM1.
Start booking bermula 13/10/2010-17/10/2010.....Tapi promosi ni untuk tahun depan la...
Bila terbaca entry Mama Gee pasal promosi tu,terus la terjah laman web airasia....bertambah semangat lagi bila Mama Gee berjaya booked flight tu...Nak jugakkkk...Huhuhu...
Bukak punya bukak....godek punya godek.....berjam2 mencuba untuk membooking,tapi hampehhhhhh!!!!


Berjaya dapat tarikh dan harganya......Nak buat pembayaran lak satu hal.......adoiiii....tak boleh bukak lansung Maybank2u.....memang jem terus..Dah la nak booked tarikh tu satu hal.....
Akhirnya sampai ke sudah aku tak berjaya.....


Try lak pagi ni....tak dapat gak...dah takder dah rege yang aku nak tu....takper la...takder rezeki aku...tapi sekurang2nya aku mencuba....hukhukhuk...(Tapi frust gak sebenarnya....boleh hiburkan hatiku tak??)

Zuriat


Nak baby lagi....huhuhu

Entry untuk beberapa hari ni dalam mood nak baby lagi...jadi dalam blog kepunyaan tuan rumah akan ada entry berkaitan anak.....gambar2 baby dan seangkatan dengannya...Insyaallah aku akan tetap bersabar menunggu anugerah yang tak ternilai dari Ilahi untuk yang ke 2...
Kepada kengkawanku yang ramai tengah peknen tu,tahniah...jagalah kesihatan anda...amalkanlah amalan2 yang sepatutnya dibuat semasa mengandung...Tapi untuk kengkawan yang sukar untuk peknen,bersabarlah...
Semoga impian kita mahukan zuriat segera termakbul...Aku akan sentiasa mendoakan untuk kalian jua...Insyaallah...
Semoga kita terus sabar menanti, yakin dan terus berusaha..

Walaupun aku dah ada seorang permata hati pengarang jantung yang kini berusia 5 tahun...aku pun agak tertekan bila ada yang menanya bila lagi Balqis nak dapat adik?Dah besar sangat dah tu..Apa perasaan korang bila ada yang menanya soklan begitu?
Dalam hati aku..."boleh tak ko tanya soklan lain"
Tapi kat luar aku jawab dengan sopan la...takder rezeki lagi...belum rezeki lagi...
tapi kadang2 pertanyaan2 dan kata2 dari sedara mara,kawan2...boleh buat kita serba salah kan?nak jawab balik...kadang2 takut menyinggung mereka...tak jawab...kita yg tersinggung.....
masalah nya kalau sekali dua tanya tak mengapalah... 

 Tapi aku amat bersyukur kerana aku telah diberikan rezeki yang tak ternilai itu...Cuma untuk yang ke2,masih dalam penantian...
 aku akan sentiasa berpikiran positif...Insyaallah...
Aku akan tetap berusaha...
percayalah.. ujian kehidupan nie pelbagai kan...kita tak tahu kita kene ujian yang mana satu..
Ya allah.. ujian yang diturunkan adalah semampu yang kita terima..


so.. bakal ibu2 yang masih mencuba..
jangan putus asa dan putus harap..

Ada hikmah kan atas segala yang berlaku..
kita tak tahu..
tapi kita boleh berdoa dan bermohon kan..

rezeki kita lain2..
Ada yang allah bagi kekayaan harta..
ada yang allah bagi kekayaan kasih sayang..
ada yang allah bagi kekayaan kesihatan..
Ya Allah ya tuhanku,
kau kurniakanlah aku dan suamiku zuriat yg sempurna zahir dan batin,
Yang cemerlang akal dan sifatnya,
Mengikut ketentuanMu yang terbaik)
sebab hanya Dia yang tahu bilakah masa yg terbaik utk kita menimang cahayamata.

Allah hanya menguji hambanya yang diingati,
Allah sayangkan kita, dia uji kita supaya kita lebih dekat pada dia....
P/s:Insya-Allah usaha sambil berdoa,dan jangan menyalahkan taqdir andainya lambat dimakbulkan.Setiap org akan dikabulkan permintaannya cuma bezanya lambat/cepat...
Aku masih mahukan anak2 kecil mengelilingi aku...aku tetap mahu insan kecil yang akan membesar depan mata ku.. menunjukkan segala kebijaksanaannya dan kepetahan di hadapan aku dan Encik Hubby....
Buat Siti Mariam,Mar,Kak Oja,Kak Syahriyah, Zetty,Ann,Azlina dan beberapa teman opis lagi....semoga impian kita mahukan zuriat segera termakbul...Aku akan sentiasa mendoakan untuk kalian jua...Insyaallah...
Semoga kita terus sabar menanti, yakin dan terus berusaha..

Anak Ibu....Iman Balqis....Semoga dirimu menjadi anak yang berjaya,cemerlang,solehah di dunia dan di akhirat.....Amin...