Merdeka!!!!!!!!!!!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 53

Kepada Semua Rakyat Malaysia...Selamat Menyambut Hari kemerdekaan yang Ke 53...Semoga kita semua akan sentiasa hidup dalam masyarakat yang harmoni dan aman damai...Bersama-samalah kita menjaga negara kita yang tercinta ini dari anasir-anasir luar....Insyaallah...

Decal Lagikkk!!!

Hujung minggu yang agak sibuk...hehehe...menyiapkan tempahan jahit manik dari kakak ipar...lepas tu siapkan decal yang tergendala hari tu...huhuhu...lamanya nak ambik masa kerajinan tu....Apapun,projek decal di balang tu dah siap sepenuhnya....

Baju Raya ke?

Aksi Balqis setelah disuruh mencuba baju yang dibeli hari tu...
"Ni baju raya Balqis ke Ibu?"
Tak la...Ni baju pakai hari2 jer.Buat basahan....Baju raya Balqis kat kampung....
Bila dicuba,alhamdulillah...semua yang dibeli tu ok jer kat badan dia...tak ketat,takder la longgar sangat..huhuhu...Nasib baik..."pandai gak aku agak2...hehehe"(perasaan!!!!),masa beli hari tu...aku terkejar2 masa takut lambat sampai opis...hehehe....Tapi memang puas hati dapat harga yang berbaloi2...
 
 

Sila Ambil Ikhtibar Atas Apa Yang Berlaku!!!!!!!!!



Sibuk Bershopping?Nak keluar membeli-belah untuk persiapan raya ke?Tolong curi masa anda seminit dua untuk membaca entry ini...
Ingin aku kongsikan dari email yang aku dapat...Mungkin kejadian ini sudah lama berlaku..tapi sekurang2nya bila baca entry ini...dapat membuatkan anda semua lebih mengingati anak2 anda sewaktu bershopping sakan...


Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

 P/s:Sumber Email

Jom Shopping

Ke mana aku pi tengahari tadi...Meh sini nak khabor....Tak gi Sogo yer....Kawan den ajak gi kat gudang yang buat penghabisan stok kat Taman Shamelin,dekat2 Pandan Indah tu...Kalau kengkawan tak shopping lagi baju raya anak2,jom pi sana (kalau dekat la)..aku jamin korang semua puas hati..Semua jenama ada...kiki lala..kiko...nicole...dan banyak lagi..penat la nak sebut...

Pastinya pemergianku ke sana tadi dengan Lrt...kalau naik teksi,rasanya tak bergerak2 lagi dari kawasan Sogo tu....huhuhu...turun kat Lrt Maluri dan naik teksi dari situ...

Aku dapat rege rm6.00 jer
Seluar budak tu murah sesangat...jenama kiko...kiki lala...
Hahaha...aku berjaya jugak mendapatkan baju untuk Balqis dengan harga yang amat murah...Yahoo...sukanya aku dapat jimatkan bajet aku...kalau aku pi Sogo tadi...mau sekali/2 kali ganda duit aku melayang berbanding kat sini...

Sogo Hari Ini

Hehehe....Memang jadi aku tak ke Sogo hari ni...memang penuh sesak masa aku lalu kat situ tadi...Dek kerana kesesakan yang terlampau kat jalan menghala ke kawasan Sogo dan sekitarnya (Jalan Tar) En.Polis trafik terus menutup jalan menghala ke situ dari Jalan Kuching (depan Bank Negara)...Kesian saper yang lalu ikut situ kerana diorang kena pusing kat Masjid Negara.Huhuhu...Selamat sudah saper yang bershopping tadi...

Jom Shopping Di Sogo

 

Kenal ke dengan bangunan ni?Bangunan bersejarah ke?Bukan?Habis tu...aper?

Selamat bercuti untuk kengkawan yang sedang bercuti...Sambil bercuti sambil menghayati pengertian Nuzul Al-Quran...Insyaallah...
Aku di kl tidak bercuti....huhuhu...takper...besok cuti gak....Dan aku mengandaikan hari ini,jalan kat Kl  menghala ke Sogo terutamanya  akan jem seteruknya...Naper??Pertama dah gaji,kedua Selangor dan sekitarnya bercuti....akan berpusu-pusulah orang ramai untuk membeli-belah bagi persiapan raya...
 
Aku yang duk 10 langkah dari Sogo ni pun pikir banyak kali nak pi ke tak...Nak gak shopping baju anak,tapi bab memilih baju kat Sogo ok lagi walaupun bersesak2,tapi bab nak membayar....tak sanggup den...Korang yang pernah merasainya tahu la kan macamna perasannya kan...bukan 3 rasa ada,bermacam2 rasa keluar...huhuhu
Mungkin untuk hari ini dan tengahari ini...Tidak!!!
 
P/S:Nanti saper yang pi tu ceritalah sikit yer... perasaan dan pengalaman sesak di sana...aku mungkin tidak akan  memasuki bangunan itu untuk hari ini...nak ke mana?Nanti aku cerita...hehehe...
 

Nuzul Al-Quran



Hari Nuzul Al-Quran di hari Jumaat yang mulia....Aku bersyukur ke hadratMu Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan tahun ini...Insyaallah


Marilah kita sama2 hayati pengertian Nuzul Al-Quran....


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.


Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.


Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.


Firman Allah:


"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.


Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘Alaq:1-5)

Kisahnya tentu panjang dan memberi kesan kepada umat Islam hari ini. Seharusnya juga riwayat Nuzul Quran di uar-uarkan kepada masyarakat agar martabat Al-Quran sentiasa terletak di tahap yang tinggi dalam jiwa dan kehidupan seharian.

Dan bukan hanya menjadikan Al-Quran sebagai saksi untuk bersumpah segala bagai.
Isi kandungannya, setiap baris, setiap patah ayat, harus difahami dan seterusnya diaplikasikan dalam setiap perlakuan umat Islam.

Semoga segala kebaikan yang terkandung di dalamnya dalam dihayati dan tersebar sehingga bila-bila. Amin.

Selamat Menyambut Nuzul Quran kepada umat Islam di seluruh dunia.
  

Paderi Melayu


PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI 
Subject: FW: PADERI MELAYU
PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 
1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.
MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. 
BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' 
TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..
 
Dan Aku ingin menjadi orang yang menyampaikan apa yang disampaikan...Samaada baru atau lama,berhati-hatilah....

P/s:Sumber Fb (Maklumat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya...cuma untuk ingatan semua)

Bonus Hari Raya Untuk Kakitangan Kerajaan Dan Pesara


Akhirnya...Alhamdulillah....

'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

 Lagi Berita B.Harian Online

Pengemis Rm16,000



 RM16,000 sebulan. Itulah pendapatan lumayan pengemis berikutan sikap terlalu pemurah masyarakat negara ini yang mudah terpedaya dengan ‘lakonan’ golongan itu.

Mereka mampu mengaut keuntungan RM800 hingga RM1,000 sehari bagi seorang pengemis dengan mencari kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Petaling dan Pasar Seni di Ibu Kota...

Mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sikap masyarakat kita yang terlalu pemurah memberi wang kepada mereka. Sikap masyarakat yang mudah tersentuh dengan kesusahan pengemis menyebabkan mereka berani mengemis walaupun pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa,

Keadaan itu juga mengakibatkan wujudnya pengemis warga asing yang menggunakan pelbagai taktik mengemis seperti berlagak orang cacat dan menjual barangan seperti tisu atau kalendar padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit.
Sumber    Mymetro

Selamat Hari Wanita

Selamat menyambut Hari Wanita....
Tidak Dinafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada di muka bumi ini.
Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya di bawah tapak kaki ibu kita.

Tidak lupa khususnya kepada ibuku Mek Eshah Seman yang begitu tinggi keyakinan kepadaku dan selalu mendoakan untukku...Bagi aku wanita yang paling aku hormati secara peribadi dalam hidup ini adalah ibuku...Ibu yang melahir dan bersusah payah membesarkan aku tidak berbayar olehku jasa dan pengorbanannya....Ibu sudah tentu berjaya membesarkan aku sehingga seadanya aku hari ini...Walaupun tidak berapa cemerlang,gemilang dan terbilang....huhuhu

To all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita peringkat kebangsaan.. Happy Women's Day..

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan akan diadakan di Ukm Bangi pada hari ini ....Siap bukak puasa sekali tau...hehehe


Kelebihan Wanita

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

wallahu alam~

Akmal Haris Pergi setelah 5 Tahun Menderita

Aku terbaca berita di paper semalam pasal adik Akmal Haris....Air mata aku terus bergenang....Laju jer mengalir di pipi...Naluri seorang Ibu....Masih ingatkah kalian dengan cerita baby yang jatuh dari buaian kat nursery pada 7 September 2005 iaitu adik akmal haris..

***********************
Di sini berita 5 tahun lepas...

****25hb Oktober 2005****
KUALA LUMPUR: Aidilfitri bakal menjelang, namun seorang ibu dirundung kesedihan apabila anak bongsunya, Akmal Haris, 3, masih koma selepas lebih sebulan kemalangan di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.

Seorang ibu terpaksa menanggung kesedihan menjelang Aidilfitri minggu depan apabila anak bongsunya yang berusia tiga tahun koma akibat kemalangan yang didakwa berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.

Ibu bayi itu, Rozarina Bukhari, 34, yang ditemui di Unit Rawatan Rapi, Pusat Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkata anaknya, Akmal Haris, dipercayai tercampak keluar daripada buaian yang kemudian menimpa kepalanya menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Katanya, kejadian itu berlaku kerana tali buaian berkenaan terputus.
Berikutan itu, suaminya, Shamsul Anuar Saidin, 34, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Rozarina hanya mampu menitis air mata ketika menceritakan kisah sedih menimpa bayinya itu.
Menurutnya, pada jam 5 petang hari kejadian, dia mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja wanita di pusat asuhan berkenaan di Semenyih.
Pekerja itu dalam nada cemas memintanya datang segera tanpa memberitahu keadaan Akmal.
Dia cuba berdolak-dalik ketika diminta berterus terang dan enggan menceritakan hal sebenar. Saya segera ke pusat jagaan terbabit kerana bimbang sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap Akmal.
Sebaik tiba di situ, saya terkejut mendapati Akmal tidak lagi bergerak dan longlai dalam dakapan penjaga yang berusia awal 20-an,katanya.

Rozarina mendakwa penjaga terbabi seolah-olah enggan menyerahkan Akmal kepadanya dengan mundar-mandir tanpa arah.

Akibat hilang sabar, saya terpaksa menjerit meminta Akmal diserahkan. Sebaik menyentuh Akmal, saya dapati tubuh anak saya itu longlai dan biji mata hitamnya sudah tidak lagi kelihatan.

Dalam keadaan menggigil, saya berkali-kali memanggil nama Akmal, namun dia langsung tidak memberi reaksi, katanya guru sejarah di Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang itu.

Akmal kemudian dibawa ke sebuah klinik di Bandar Teknologi Kajang sebelum dinasihatkan menghantarnya ke Hospital Kajang.

Selepas itu mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi, HKL pada jam 8 malam berikutan kekurangan kelengkapan dan doktor pakar.

Hasil pemeriksaan doktor selepas menjalani X-Ray, terdapat darah beku di beberapa bahagian kepala kiri dan kanan Akmal selain retak pada tempurung otak,katanya.

Berikutan itu, doktor pakar HKL terpaksa mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan untuk membuang darah beku terbabit sehari selepas kejadian.

Bagaimanapun selepas menjalani pembedahan, doktor mengesan saluran darah pada leher Akmal juga tersumbat.

Akibatnya otak bahagian kanan Akmal membengkak akibat tekanan kuat dalam kepala,kata yang tinggal di Taman Desa Mewah, Semenyih.

Susulan itu, doktor tidak ada pilihan dan terpaksa melakukan satu lagi pembedahan untuk membuang tempurung kepala mangsa di kanan selepas mendapati oksigen sukar memasuki ke bahagian itu.

Dia berkata, seminggu selepas pembedahan itu, Akmal seolah-olah beransur pulih dan mampu membuka matanya semula.

Ketika itu, harapan Rozarina untuk melihat bayinya itu pulih menampakkan sinar, bagaimanapun bekas luka jahitan di kepalanya sering keluar cecair.

Menurutnya, Akmal sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan apabila bahagian otak kirinya pula membengkak akibat dipenuhi cecair.

Kesan pembedahan terb a b i t, kepala Akmal menjadi lekuk , namun dia sudah mula boleh menangis dan menggerakkan tangan, katanya yang kemudian menerima perkhabaran gembira apabila doktor mengatakan Akmal boleh dibawa pulang berikutan keadaan semakin stabil.

Namun Tuhan lebih berkuasa apabila Akmal yang disangka pulih tiba-tiba hilang upaya dan koma. Matanya terus tertutup dan tiada sebarang tindak balas.

Akmal terpaksa dimasukkan semula ke ICU dengan alat bantuan pernafasan sepanjang masa hingga kini, katanya.

Menurutnya, keadaan Akmal kian serius apabila kakinya turut menggelembung kehitaman dan menggelupas hingga menampakkan daging.

Doktor memberitahu harapan Akmal untuk hidup kini tipis. Sebagai ibu hati saya tergores dan amat tertekan, apatah lagi dalam kemeriahan umat Islam menyambut Ramadan,katanya yang mempunyai tiga lagi anak, Intan Farhana, 7, Adam Illman, 5 dan Aizat Haqimy, 2.

Kesakitan bertarung nyawa selama 12 jam sebelum melahirkan Akmal pada 30 Mei lalu masih dirasai dan kini dia terpaksa menerima hakikat bahawa bayinya itu akan pergi satu hari nanti.

******************************
Berita semalam...
25 Ogos 2010
Selepas menderita menjalani pembedahan sebanyak 15 kali termasuk kaki kanan dipotong dan kedua-dua kornea mata terpaksa dibuang akibat kejadian tercampak dari buaian, kanak-kanak malang, Akmal Haris Shamsul Anuar, 5, akhirnya meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi semalam.
Kematian kanak-kanak yang terpaksa menempuh tragedi hitam seawal usia tiga bulan itu disedari ayahnya, Shamsul Anuar Saidin, 39, kira-kira jam 5 pagi ketika bangun bersahur bersama isteri, Rozalina Bukhari, 39, dan tiga anaknya.

Rozalina berkata, beliau yang terjaga seawal jam 4 pagi untuk menyediakan makanan bersahur sempat melihat keadaan anak bongsunya yang berada di sebelahnya, tetapi menyangka Akmal Haris berada dalam keadaan baik.Ketika berada di dapur, suami yang ketika itu terjaga melihat keadaan Akmal menerpa sebelum memeluk saya mengatakan anak kesayangan kami sudah meninggal dunia.

Saya terkejut tidak percaya sebelum melihat sendiri nadi Akmal untuk mendapatkan kesahihan dan akhirnya akur penderitaan anak saya sudah berakhir, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Taman Desa Mewah, di sini, semalam.

*********************
P/s:Takziah buat keluarga Adik Akmal Haris...Sesungguhnya Arwah seorang kanak2 yang amat kuat....Mampu bertahan sehingga 5 tahun,satu jangka masa yang lama...

Air mata ini menitis lagi...Al-Fatihah...semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin

Budak Perempuan 12 tahun Buat Maksiat!!!

Gambar Google

Cabaran Membesarkan Anak Masa Kini..

**********************************
Ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sekolah rendah berusia 12 tahun bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Berita dari Mymetro...

Cuma di sini bukan mencari salah siapa atau menuding jari pada satu pihak sahaja...Tapi mengambil iktibar bahawa betapa mencabarnya dalam membesarkan anak2 pada masa sekarang...Nauzubillah....Semoga anak2 kita semua dijauhkan dari segala kemaksiatan dan
menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan di akhirat...

Tiada apa yang nak diulaskan...Cuma banyak pengajaran daripada kes ini...Dan kita patut merenung apakah punca terjadinya semua ini...
Dan akan semakin menularlah kes pembuangan bayi dewasa ini...

Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ni bertanggal 23 hb Ogos 2010...genaplah usia perkahwinanku yang ke 6 tahun...
Terasa baru jer aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku amat cintai...Masih kedengaran dengan jelas lagi suasana riuh rendah sanak saudara bergotong royong di hari bahagiaku....
Dan masih terngiang-ngiang lagi di saat sang suami melafazkan akad untuk memperisterikanku...Masih baru rasanya air mata ini mengalir kesyukuran selepas kami selamat diijabkabulkan....Kerna aku seperti tidak percaya aku sudah menjadi isteri kepada lelaki yang amat aku cintai...Alhamdulillah....
Kepada suamiku....
Insyaallah....aku akan menyayangi,menyintai,mentaatimu dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mempertahankan rumahtangga yang kita bina ini...Tidak akan sesekali aku menggoyahkan kepercayaanmu sayang...
Aku amat bertuah kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang cukup lengkap bagiku...Kasih sayangmu akan sentiasa menyeri hidupku...Insyaallah..
Dan Ibu masih ingat lagi kata-kata Ayah........"Tanpa Keberanian Mimpi Tak Bermakna"
Semoga Kebahagiaan rumahtangga kami berkekalan sehingga ke hujung nyawa....Dilindungi Allah dan diberkati hingga ke akhir hayat kami...
Semoga perkahwinan ini kekal sampai menutup mata...

Hasil perkongsian hidup.....
Hari ini, aku ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah teladan seorang isteri solehah. Kali pertama aku membaca kisah ini, membuatkan hati aku menjadi begitu hiba sehingga mengalirlah si air mata :cry:

Mudah-mudahan kisah ini dapat memberikan kita motivasi dan semangat baru untuk meningkatkan ketaatan kita terhadap suami (terutamanya kepada diriku sendiri).

**************************
Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.aha mengunjungi Rasulullah saw. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis. Rasulullah saw bertanya,”Apa yang menimpamu wahai puteriku?” Fatimah r.aha menjawab, “Semalam aku dan suamiku (Ali r.a) bergurau senda sehingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih.

Aku berkata: “Wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu. Hal ini telah ku lakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali. Hingga akhirnya, dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku.”

Nabi saw bersabda,

Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suami mu memaafkanmu, maka aku tidak akan menyembahayangkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah.

Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imram, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidakak an menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya.

********************

Moral of the story:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw, telah menunjukkan bahawa menyakiti hati suami atau tidak mentaati suami merupakan satu dosa yang sangat besar.

Walaupun si suami tidak melayan isterinya dengan layanan yang baik, jika isterinya terus menunjukkan ketaatan kepada suaminya, pamerkan lebih banyak kasih sayang kepada si dia, banyakkan berdoa dan terus bersabar, insyaAllah, hati suami yang pada mulanya keras, bisa terlentur dek kelembutan isterinya.

Apatah lagi, jika kita yang bertuah ini kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang penyayang, berganda-ganda lagi lah ketaatan yang harus kita berikan kepada suami kita.

***********************
Semoga kami berdua berbahagia hingga akhir nyawa....

Allah Maha Mengetahui

Untuk Santapan Hati Dan Jiwa

Walau jatuh dan luka berdarah..bangkitlah~~..biarpun langkah tidak lagi bermaya..walau kita tersungkur dalam setiap langkah..teruskan melangkah........

Marilah Kita Amalkan

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

6. Sabda Nabi , Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

P/s: Berkongsilah Ilmu dengan sesiapa sahaja....

Yang Tidak Bisa Diucapkan Oleh Ayah..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Aku mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika aku berkongsinya kepada sahabat-sahabat ku yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papi kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi di sebalik hatinya.

wallahu a'alam.


P/S : Perkongsian Di Fb

Tak Faham Bahasa!!!!

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki.


Tak faham bahasa! Itulah ungkapan paling sesuai untuk lelaki yang masih memasuki koc khas wanita walaupun sudah berkali-kali dimaklumkan perkara berkenaan sejak koc itu dilancarkan empat bulan lalu.
Penumpang wanita hanya boleh memandang sinis telatah golongan lelaki yang kebanyakannya warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Afrika yang selamba masuk ke koc khusus untuk wanita itu.
Tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris menjadi alasan apabila ditanya mengapa mereka masuk ke koc berkenaan sedangkan jelas tertera maklumat pada poster dan pelekat berwarna merah jambu yang diletakkan di bahagian luar dan dalam koc.

Malah, maklumat mengenai koc untuk wanita itu turut diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu Mandarin, Tamil dan Arab berserta imej wanita. Pengumuman mengenai perkara itu juga dibuat setiap kali tren tiba di setiap stesen.

Sumber B.Harian

******Tak Faham Jugak?????Korang Nak Suruh Pakai Bahasa Isyarat Ke?????******

-----------------------------------------------------------------------------------------------
P/S : Walaupun beberapa kali jer naik komuter....aku pernah mengalami pengalaman ngeri ...aku sendiri pernah kena gesel (gesel dengan sengaja) dengan warga asing dalam train...bengang giler!!!aku rasa macam nak tenyeh jer muka lelaki tu!!!!!

Tips Kejutkan Orang Bersahur


Dah mula umat Islam berpuasa , tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

TIPS 1
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

TIPS 3
tapi kalau masih tak berkesan gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

TIPS 4
tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya

Sumber : Email Yahoo Group

Kanak2 Hilang Lagi

Bukak Fb tadi ada orang tag kat fb .....Diorang semua baru sebarkan hari ni....
Mudah mudahan WAN NUR FADHILAH ANUM ditemui dgn selamat....amin..


Dear Friend,

Please help ~!

NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN
AGE : 7 YEARS OLD
LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN
TIME : 5 PM
MISSING DATE : 13/08/2010
CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG
REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR

Regards,
Daniel Leyong
Personal Assistant
Lima Bintang Logistics Sdn Bhd
PTD 41365, Jalan Idaman 3/2,
Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman,
81400 Senai Johor, Malaysia

Tel:+607-5987687 Ext:124
Fax:+607-5990570
H/P:+6012-7813117

Hukuman Mati Kes Buang Bayi

Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi .....
Bagaikan bermusim...Itulah yang boleh diungkapkan kini...
Di manakah perikemanusiaan umat dan masyarakat kita pada masa & hari ini...sehingga sanggup sebegitu kejam & sewenang lenang mengorbankan nyawa di mana ia adalah dari darah daging sendiri...sesungguhnya balasan tetap akan diterima walau ke mana saja pesalah pergi..Allah Maha Mengetahui...Maha Melihat.....Tidak di dunia....di akhirat...pasti ada balasannya...
Dan terkini.....
Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun.....Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi....Aku sokong sesangat...
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Tidak ada berita yang lebih menggembirakan selain tindakan tegas kerajaan untuk membenteras jenayah2 berkaitan pembuangan bayi...

Terlanjur bukan alasan untuk membuang atau membunuh bayi yang telah dilahirkan. Hukuman setimpal menanti mereka yang tidak berperikemanusiaan.

********************************
Penemuan kes terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh mereka yang tidak berhati perut semalam dalam keadaan berbogel tanpa sebarang pakaian ditinggalkan di atas rumput depan pintu pagar sebuah rumah. Jika terlambat diselamatkan kemungkinan meninggal dunia disebabkan kesejukan.

********************************






Semestinya, bayi yang tidak berdosa ini tidak sempat pun merasai susu ibunya apatah lagi azan dan iqamah sebagaimana lazimnya, belaian, kasih dan sayang

Korang sendiri boleh menilai gambar ni....Alangkah bertuahnya anak2 kucing ni....

Kesetiaan Cinta Wook

Kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu, Mek Wook Kondor, 107, teruji lagi apabila suaminya, Mohd Nor Musa, 38, ditahan polis sekali lagi kerana didakwa positif dadah jenis heroin.
Lebih memilukan, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret....

Sebelum ini, pada 7 Julai tahun lalu Mohd Nor ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan 1998) serta dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut, 31 Disember tahun lalu.
Dia kemudian dibebaskan pada 15 Julai lalu......

Sumber dari Mymetro
Menurut Wook,dia sangat terkilan dengan perangai Mohd Nor yang mengambil dadah semula sehingga merasakan ingin membunuh diri dan terjun sungai kerana tidak dapat menerima hakikat itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka suaminya sanggup mengulangi balik perangai buruknya mengambil dadah kerana lelaki berkenaan baru saja keluar dari Puspen dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan itu.
“Saya harap hari raya tahun ini akan memberi sinar baru kepada kami suami isteri selepas terpaksa berpisah tahun lalu, namun tidak sangka pula jadi begini.
“Saya sudah banyak berhabis duit untuknya ingatkan dia betul-betul hendak berubah tetapi lain pula jadinya. Begitupun saya harap dia dapat kembali semula ke pangkal jalan,” katanya.

********************************************
Andakah Cinta anda seperti Cinta Wook?
Aku????
Kalau aku mungkin tidak....aku tidak sesetia Wook...Aku benci Dadah!!!!Insyaallah...Mintak kita semua dijauhkan dari bala bencana ini....
Korang???

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan.....
Tetapi pada kekuatan perasaan.....

Perempuan Yang Gagah......
  • Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  • Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keingginan
Kegagahan perempuanberdiri di atas teguh iman....
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang Ehsan....
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal,tetapi pada murni rohani...

Lelaki Yang Cantik
.......
  • Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  • Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  • Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
  • Adalah lelaki yang baik sangka
  • Adalah lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati......
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang Ummiy
...
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...........

Nak Masak Aper Ahhh?

Tak tahu nak masak aper petang ni....huhuhu....
Dah jemu makan dah rasanya...Ini di antara menu hujung minggu...simple jer kan

Udang goreng celup tepung cicah sos
Acar buah..ni pemberian kawan opis

Acar Kobis dan timun
Ayam goreng dengan daun kari
Kari ayam
Terung goreng bersambal
ikan merah goreng
sambal tempoyak dengan ikan bilis
sayur campur
buah melaka/onde-onde

Air bandung buatan hubby