Teater Muzikal Kita Di Istana Budaya

Hari Rabu malam Khamis ari tu dapat tiket free menonton Kita Musical di Istana Budaya...Tiket free beb...per lagi...dah la dekat dengan rumah...orang bagi,rembat jer la..huhuhu
Lepas solat Maghrib turun dari rumah...10 minit dah sampai kat Istana Budaya..Pertama kali aku sekeluarga menjejakkan kaki ke Istana Budaya...kalau tak dapat tiket free...mungkin tak sampai lagi kot..hehehe...

Date / Time 17 June 2010 (Thu) – 27 June 2010 (Sun)
8.30pm
Location Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Fee RM288, RM188, RM148, RM108, RM88, RM38
Website www.axcess.com.my
Contact No. 03 7711 5000
Category Arts, Culture & Entertainment

Tiket Vip...huhuhu



Jambangan Bunga di ruang lobi menyambut kedatangan kami....
Di Lobi Istana Budaya....

Pementasan mula kol 8.30 malam...
Ruang menonton
Di antara adegan2 dalam muzikal kita...aku ambik gambar ni sorok2 sebab kat dalam ni...dilarang mengambil gambar semasa pementasan....hukhuk....
Teater muzikal "Kita" mengisahkan kehidupan tiga kanak-kanak - Rahman, Cheong dan Amish - yang tinggal di sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak sekitar awal 1970-an yang menempuh proses kematangan bermula sejak zaman persekolahan dan melalui kehidupan serta budaya yang berbeza sehingga mengecapi kejayaan.
Satu jalan cerita yang best....sampaikan Balqis taknak balik selagi tak habis...huhuhu...ibu dah ngantuk la...meh la balik...
kisah yang menyentuh perasaan, irama yang merdu, reka bentuk pentas yang menakjubkan dan lebih-lebih lagi persembahan ini disertai oleh 50 orang artis yang terdiri daripada pelbagai bangsa
Antara barisan artis tanah air yang menjayakan persembahan tersebut ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Hafiz AF7, Nas Adila, Eric Lin dan Michael Rao. Teater itu mempunyai hampir 60 pelakon berbilang bangsa.
Akhirnya habis gak kol 11.30....tak nyesal datang...memang best dan tak membosankan...
Teater anjuran Xi Yue Art and Culture dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Istana Budaya dan diarahkan oleh Ho Lin Huay itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai pelakon pelbagai bangsa paling ramai bagi sebuah teater muzikal

Muzikal “KITA” menampilkan semangat dan visi sebenar konsep 1 Malaysia, di mana semua bangsa di Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni, bersatupadu serta bermatlamat untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran di tanah air yang tercinta ini.
“KITA” menjanjikan satu persembahan yang berprestij dengan kisah yang menyentuh perasaan, irama yang merdu, reka bentuk pentas yang menakjubkan dan lebih-lebih lagi persembahan ini disertai oleh 50 orang artis yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Jom Masuk Dapur

Masak campak-campak....Hehehehe...Yo lah...macamna tak campaknyer...sampai rumah pun dah kol 6 lebih....lepas tu melayan perasan lak dengan cerita melayu kol 6.30 petang tu....kuikuikui...Lepas solat Isyak gak dapat makannya....
Tetiba ke dapur lak kita yer....Ini bukan blog resepi yer...

Udang goreng celup tepung...(Hubby suka sangat makan udang goreng ni)
Cicah dengan sos cili....
Sup sayur....ada carrot...ada labu air (aku tak tahu orang lain panggil aper) dan ada daging
Ha...ni lah sayur tu...betul tak...labu air
Daging Goreng...lada hitam
Ikan Masin
Simple jer kan....main campak-campak jer

Ceraflame Casserole with Toughened Glass Cover

Rose Delight (Ala2 Vantage)

  1. Freezer Safe
  2. Dishwasher Safe
  3. Microwafe Safe
  4. Oven Safe
  5. Fire Proof






Erti Kasih Sayang (2)


Apakah Erti Kasih Sayang kepada Anda??
Hayati cerita ni yang aku ambil dari blog http://allisyacute.blogspot.com.Cerita ni buat aku terpikir yang duit bukanlah segalanya walaupun segalanya memerlukan duit...



Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya,
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata.
"Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,
dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan,
dan saya adalah Kasih Sayang.."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.

"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?
Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami.
"Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:

"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Moral untuk kita - Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

Erti Kasih sayang (1)

Tetiba di pagi hari....aku ter entry sesuatu yang boleh dijadikan ingatan untuk kita semua...Asyik cerita pasal deco dan hiasan....kita tukaq topik lak sekali sekala...
Sama2 lah kita.....

Erti Kasih Sayang

Pernahkah kita terfikir, kasih sayang yang kita berikan apakah ukuran yang boleh kita bandingkan. Tidak bukan?


Pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah berikan kasih sayang yang sama apa yang telah kita terima.


Pernahkah kita terfikir, bahawa kasih sayang adalah tindakan dua pihak, yang memberi juga mahu menjadi penerima.


Apabila sudah sekian lama dikasihi, pernahkah kita terfikir, sudahkah cukup kita memberi apa yang telah diterima.


Harapan seorang yang mengasihi adalah mahu dikasihi kembali.

Harapan seorang yang menyayangi agar sentiasa turut disayangi kembali.

Ciuman kasih sayang perlu ada balasan.

Pelukan perlu ada pengertian.


Jangan biarkan kesedihan, jangan biarkan kesunyian.


Besar ertinya apabila ciuman diberi tanpa diminta.

Besar ertinya ucapan kasih sayang diucapkan bagai lama tidak berjumpa.

Besar ertinya gengaman tangan erat tanpa dilupa.


Sudahkan anda melakukannya pagi ini pada insan yang anda sayang...


Fikirkan sejenak. Insan yang kita sayang, entah esok entah lusa, entah hari ini, boleh pergi buat selamanya ...

Jangan jadi penyesalan ...

Soup Tureen

Cantik dipandang senang dimiliki...



MTR/ST
Mystic Rose
Soup Tureen
RM118.00