Penyakit Kencing Manis




Penyakit kencing manis

Ataupun DM (Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :
  • Diabetes jenis pertama (I)

DM-I juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 
'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. 
Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. 
Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II)

DM-II boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. 
Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, 
boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, 
dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).




Tips kesihatan untuk menghadapi masalah Kencing Manis :


Membuat kawalan paras glukos di dalam badan yang berterusan dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui :

1. Senaman yang dilakukan secara rutin terutamanya dilakukan di kawasan yang bebas daripada pencemaran alam sekitar ;




2. Pengambilan makanan yang seimbang seperti mengurangkan makanan berlemak (seperti kulit ayam, makanan bergoreng dan seumpamanya) serta bergula (termasuklah nasi lemak, ais skrim dan seumpamanya). Dicadangkan untuk membanyakkan makan sayur-sayuran segar, buah-buahan segar dan serat (kekacang, bijirin).

Turut disarankan pemakanan beras putih diganti dengan beras perang, gula putih diganti dengan gula perang, santan pula diganti dengan susu ;




3. Mendapatkan rehat yang mencukupi dengan tidur secara berkualiti.




Ketiga-tiganya amat berkait rapat dengan memastikan BMI (Body Mass Index) berada di paras Berat Badan Ideal.

rujukan lanjutan :

Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis :


1. Sentiasa dahaga ;
2. Kerap buang air kecil, terutamanya pada waktu malam ;
3. Letih tidak menentu, penat dan sakit kaki ;
4. Rasa gatal pada tangan dan kaki ;
5. Terasa menyucuk-nyucuk pada jari-jari kaki atau tangan ;
6. Luka yang lambat sembuh.




Selain daripada mengamalkan tips kesihatan di atas atau mencuba kaedah perubatan alopati, boleh juga dirawat secara tradisional menggunakan bahan-bahan seperti daun tin, daun betik, akar inai, akar terung masam, daun hempedu bumi dan pokok misai kucing. Sila dapatkan ilmu dan petua penggunaannya daripada mereka yang telah berpengalaman.

Beberapa kombinasi doa yang sesuai diamalkan untuk merawat penyakit ini ialah :


1. Al Fatihah




2. Doa rawatan kencing manis :




3. Doa 'Ilaj Ilahi




Wallahu ta'ala a'lam.

Sumber : FB Darussyifa

Ulasan

Unknown berkata…
berjaga-jaga sebelum terkena. kalau dah terkena penyakit kencing manis, banyak perkara kena berpantang
Hezesuze berkata…
gud info..tapi part nk eksesais tu weols malas sikit haha
Tanpa Nama berkata…
Great info + tips!! thumbs up!

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA