Makan Hati


Malam tadi masak hati lembu.....Tetiba teringin nak makan...Bukan makan hati kat sesiapa yer....Buat simple jer....tapi ummphhh....sekali sekala makan...terasa nikmatnya....huhuhu....

Tapi perlu kita tahu pasal makan hati ni...Ada baik dan ada buruknya memakan hati... 


Serba sedikit tentang baik buruknya memakan hati...

Hati sangat kaya dengan kandungan zat besi dan vitamin A.

Menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. .
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumNya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman“. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti: hati; paru-paru; perut; hempedal; buah pinggang; jantung; telur ayam yang belum keluar dari perut ayam; telur ikan; dan sebagainya.


Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Dalam menikmati layanan gastronomi, perlu diingat, pengambilan makanan berunsurkan organ dalaman haiwan ternakan perlu dihadkan.

Menurut Profesor Dietik dan Pemakanan UPA (IMU),Dr. Fatimah, Setiap individu mempunyai keperluan vitamin yang berbeza, oleh itu pengambilan hati atau limpa dalam menu makanan harian adalah tidak sama.

Menurut Dr Fatimah, bagi wanita hamil yang mengalami kekurangan darah atau anemia, mereka digalakkan mengambil menu hati, limpa atau paru ini sekali atau dua kali seminggu.

Merungkai sisi negatif,pengambilan hidangan hati secara berlebihan, dos vitamin A yang terlalu tinggi boleh menyebabkan berlakunya keracunan vitamin A dan ia boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan fetus.

Organ dalaman juga memiliki kandungan kolesterol yang sangat tinggi.Pengambilan yang berkala tidak akan mendatangkan mudarat.

Bagi individu yang tidak mempunyai masalah kurang darah, pengambilannya perlu dihadkan sama ada seminggu sekali atau dua kali sebulan.

Pengambilan berlebihan boleh mendatangkan kecacatan kepada janin selain percepat kerapuhan tulang warga emas.


Ulasan

❤ winter ツ berkata…
T___T ingat marah kyu la tadi..sob2
Iman berkata…
♥ kyu:
Tak....hehehe...cuma nak kabor yang kiter makan hati.....:)
Hakimi Reza berkata…
~~besornya hati lembu

~~adehhh
Hezesuze berkata…
adeehh!! bab2 hati nie mmg weols tak suka makan....huhuhu
Tanpa Nama berkata…
saya juga makan hati minggu ni.. sebab isteri hb nya rendah.. minggu ni nak cek lagi hb.. so, dia masak hati goreng kicap.. katanya boleh tambah darah.. saya.. layan je lah makan hati..



Entri terbaru "Kenalpasti Keperluan Mangsa Banjir Sebelum Datang Membantu
Atsuko berkata…
arini mkn ati ngan perangai kwn...
pntin gkan diri sndri...
tak sedap lgsung rasenye...
klu dpt mkn ati ayam sdap gak...
hurm...=(
Encik MamaT berkata…
igtkan makan ati ngan encik mamat... fuuhh.. nasib bukan...
Ermizi Muhamad berkata…
alahai .. ingat makan hati kat saper laa tadi .. heheheh ,,,
sedap ker makan hati?
sy tak reti laa makan makanan ini . heheh

+)

jom singgh my blog . jgn lupa koment sekali tau .
Tutup Blog berkata…
nampak menyelerakan=))
Makbed berkata…
tak reti makan hati. kerang pun tak makan.. mempedal buleh la.
Lydia Miza berkata…
adehhh ingatkan ada silap ckp atau silap comment td..anyway..tq for the info.
Gayahspears berkata…
alahai..ingatkan mkn hati ape td..huhu. buat suspen ya...
Cik SHiNJU berkata…
Yang mencipta fakta sains tu bangsa Yahudi...Mereka sendiri mmg x makan hati...Mereka juga cakap makan kambing x elok,tapi mereka sdiri makan kambing,mcm tu gak minum kopi,dorg ckp x elok tp dorng minum kopi..Sbb tu bangsa yahudi cerdik..Elok kita ikut sunnah Rasulullah..Itu yg terbaik... :)



p/s - ade byk lg tipu muslihat Yahudi,nt saya buat n3 khas..
AngahSayang2314 berkata…
uittt macam tue ke???ingat apa yg makan hati.......buat suspen jer
Halimah berkata…
salam...

saya suka betul makan hati ayam goreng sambal. bertambah2 nasi. ^_^
salam.hehe igt mrh kt kami td..hehe, info yg sgt berguna sy sukeknnya..truskn usaha :)
hajarus berkata…
kalau hajar sker hati ayam.. wat goreng pun sodappp... hehehe...
Unknown berkata…
thanks kongsi :) dulu suka kn pedal n jantung
gnesop.com berkata…
sop mmg x suka makan organ dalaman..
wan syamilah berkata…
kalau pregnant elok mkn hati ni kan bg nereka yg HB rendah...


New Entry "NEW!!! BRANDED GIRLS DRESS & JEANS"
Unknown berkata…
Salam Iman...Terima kasih Singgah Dirumah Kak Lin Tadi....

Sedap Makan Hati Ni Tau! Hati Lembu, Ayam Tu Mmg Fav Kak Lin Tak Kira Masak Apa Ngap! Jer...Hehehe
Ina berkata…
huhhh tkezutttttt... ingtkn nape ler mkn ht... rupa2nya cerita mkn ht...
siMpLY nana berkata…
tsjuk dh gempak dah..he3...rupenye makan hati tur memang sedap...
Umialya berkata…
makan ati ader 2 pngertian.. sib baik
Norgadis berkata…
Saya pun suka makan hati hahaha...
Naz berkata…
Salam Iman..
Fuhh...Iman ni buek den ngolabah jo.. Ingatkan makan hati dgn Naz tadi.. Naz kalau bab2x hati kekawan ni mmg susah hati kalau dah terusik hati kawan(apa punya ayat daaaaa...) Kalau makan hati ayam ker lembu ker tak pe laa Hehehe...
Len kali jgn buat org terkezut tau! Biasaaaa ni! Hep! Babab kang nak... :)
ummiross berkata…
Hmmm makan hati,ada ulam jantung tak?hehe
anyway sedapnya nampak masakan hati tu...
sud@is berkata…
makan hati ayam atau lembu x apa tapi jgn makan hati berulam jantung... susah nak ubat tuh
Izan berkata…
good info...
sejak dok italy da lama tak makan hati ayam dsb. sebabnya my husband tak suka. nak beli pun dia tak bg. huhuhuhu

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA