Umur bersara wajib tidak dinaikkan ke 60 tahun
Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.
"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar.
Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.
"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak,”
Aku pun dah sign untuk 56 tahun jer...rasanya cukuplah sampai usia tu aku menabur bakti....Mungkin di usia itu,aku sudah boleh duduk di rumah dan bermain2 dengan cucu2 ku nanti...
waktu pencen inilah boleh berehat,nak melancung....
Dapat duit gratuity tu boleh la gi Haji/Umrah....Dan lebihkan masa untuk beribadat....Buat amal sebanyak mungkin....Insyaallah...Jika dipanjangkan usia.
Bagi aku....
Tak payahla lanjutkan umur persaraan.... nanti akan menyebabkan masalah penggangguran....ramai student2 lepasan U tak dapat keje...jadi yang mana dah patut pencen tu,bagilah peluang pada yang baru2...
Akan tetapi untuk bidang kritikal dan memerlukan kepakaran tinggi yang tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti pengarah jabatan, pensyarah, doktor, akauntan dan sebagainya, usia 60 tahun masih boleh dipertimbangkan.....
Ulasan
Yupp...bagilah peluang pada orang muda2 lak...:)
Kebanyakan umur macam tu dah boleh berehat dan menenangkan fikiran jer...kalau ikutkan hati mau jer 50 tahun bersara...hehehe...
kalo da uzur sgt mmg patot bersara.. lagipun umo 60 tu mmg patot berehat kat umah ya...hihi
Betol tu..rasanya umur 56 tahun tu pun dah cukup untuk kita bekerja...baik berehat dan tenangkan fikiran kan....
Yupp betol...dan dari pemerhatian la,kesian tengok orang yang berusia masih lagi bekerja...dan pastinya memang usia tu memang dah takder mood nak bekerja...
BetoLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL k.cik....kalau ku mampu,hari ni dah nak bersara...hehehe...Jadi suri rumahtangga sepenuh masa....kikik
Yupp 56....kalau ada pilihan 50 tahun...sure dah pilih dah..hehehe
Betol....akan menyebabkan masalah penggangguran....ramai student2 lepasan U tak dapat keje...jadi yang mana dah patut pencen tu,bagilah peluang pada yang baru2...
betol tu...rasanya umur 56 tu dah cukup untuk kita bekerja...lepas tu dapat la kita berehat....
betol tu...
ramai student2 lepasan U tak dapat keje...jadi yang mana dah patut pencen tu,bagilah peluang pada yang baru2...
orang perempuan eloklah bersara awal..berehat kat rumah tapi kalau kerja relax/felexible atau tak membebankan mungkin boleh dipertimbangkan sbb dok rumah pun boring juga.
Aaa..memang setuju perempuan bersara awal...kalau mampu la...hehehe
rasanya tak boring kot sebab boleh jadi surirumah sepenuh masa...boleh bagi perhatian pada suami...anak2...Insyaallah
Hmmmmmmmmm....betol2...