Umur bersara wajib tidak dinaikkan ke 60 tahun

Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.
"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar.
Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.
"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak,” 

Aku pun dah sign untuk 56 tahun jer...rasanya cukuplah sampai usia tu aku menabur bakti....Mungkin di usia itu,aku sudah boleh duduk di rumah dan bermain2 dengan cucu2 ku nanti...
waktu pencen inilah boleh berehat,nak melancung....
Dapat duit gratuity tu boleh la gi Haji/Umrah....Dan lebihkan masa untuk beribadat....Buat amal sebanyak mungkin....Insyaallah...Jika dipanjangkan usia.

Bagi aku....
Tak payahla lanjutkan umur persaraan.... nanti akan menyebabkan masalah penggangguran....ramai student2 lepasan U tak dapat keje...jadi yang mana dah patut pencen tu,bagilah peluang pada yang baru2...

Akan tetapi untuk bidang kritikal dan memerlukan kepakaran tinggi yang tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti pengarah jabatan, pensyarah, doktor, akauntan dan sebagainya, usia 60 tahun masih boleh dipertimbangkan.....

Ulasan

narmi08 berkata…
betul tu...
tehkopi berkata…
saya sokong..dia orang ni saja..sebbnyer kebanyakan die orang tu umur dah tua..so disebbkan nak dapat duit longgok2..so sajer jer nak panjangkan umur nak pencen..lagi banyak onrag muda yang masuk, lagi lah banyak ide baru dan fresh yang datang..uishhh saya nak suruh ayah saya resign masa umur 56 jugak...
Iman berkata…
athirah:
Yupp...bagilah peluang pada orang muda2 lak...:)
Iman berkata…
pelangi:
Kebanyakan umur macam tu dah boleh berehat dan menenangkan fikiran jer...kalau ikutkan hati mau jer 50 tahun bersara...hehehe...
tehkopi berkata…
takper..pergi je pencen terus...nak kerja lama2 buat apa...nak dikejar sangat duit bukannya baik..baik rileks jaga cucu lagi berfaedah..beribadah sepenuhnya..lagi bermanfaat
Azian Elias berkata…
kalau dah tua sgt sure dah tak de mood sangat nak keje kan
Kakcik Seroja berkata…
Kalau kakcik 'mampu' hari ni pun kakcik rasa nak bersara dah! :)
Dhiaqiud berkata…
sy nk bersara umur 56 gak..
Wanzi berkata…
Sokong had umur bersara tak dilanjutkan ke 60.... fikirlah kalau yang bekerja umur 60.... pada usia itu dah elok rehat..... dan kena pikir jangkamasa panjang .... pekerjaan untuk golongan remeja yg lepasan sekolah... mereka nak cari rezeki juga......
Gayahspears berkata…
salam...
kalo da uzur sgt mmg patot bersara.. lagipun umo 60 tu mmg patot berehat kat umah ya...hihi
Ramdan berkata…
setuju...org mude pun nak tunjuk skil gak.
Iman berkata…
pelangi:
Betol tu..rasanya umur 56 tahun tu pun dah cukup untuk kita bekerja...baik berehat dan tenangkan fikiran kan....
Iman berkata…
Yan:
Yupp betol...dan dari pemerhatian la,kesian tengok orang yang berusia masih lagi bekerja...dan pastinya memang usia tu memang dah takder mood nak bekerja...
Iman berkata…
kakcik:
BetoLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL k.cik....kalau ku mampu,hari ni dah nak bersara...hehehe...Jadi suri rumahtangga sepenuh masa....kikik
Iman berkata…
Dhiaqiud:
Yupp 56....kalau ada pilihan 50 tahun...sure dah pilih dah..hehehe
Iman berkata…
Wanzie:
Betol....akan menyebabkan masalah penggangguran....ramai student2 lepasan U tak dapat keje...jadi yang mana dah patut pencen tu,bagilah peluang pada yang baru2...
Iman berkata…
Gayahspears:
betol tu...rasanya umur 56 tu dah cukup untuk kita bekerja...lepas tu dapat la kita berehat....
Iman berkata…
Ramdan:
betol tu...
ramai student2 lepasan U tak dapat keje...jadi yang mana dah patut pencen tu,bagilah peluang pada yang baru2...
ozzy berkata…
salam..
orang perempuan eloklah bersara awal..berehat kat rumah tapi kalau kerja relax/felexible atau tak membebankan mungkin boleh dipertimbangkan sbb dok rumah pun boring juga.
Keyyah berkata…
ermm mmg xsesuai dilanjutkan usia itu..lebih baik guna kan sisa2 umur tu tuk dekat kan diri dgn Allah n yg paling ptg boleh lah kurangkan pengangguran...hehe
Iman berkata…
ozzy:
Aaa..memang setuju perempuan bersara awal...kalau mampu la...hehehe
rasanya tak boring kot sebab boleh jadi surirumah sepenuh masa...boleh bagi perhatian pada suami...anak2...Insyaallah
Iman berkata…
Keyyah:
Hmmmmmmmmm....betol2...
sue/allya/zalya berkata…
bergantung pda keadaan org tuh juga, buatnye dia xdak ank yg dah besar, sumenye ank kecik2 (masih bersekolah)... kes lambat kawen... klu bersara awal, bole ke menyara ank yg sekolah tuh???

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA