Raja Azura akhirnya berpisah jua....

Masa aku dengar gosip masalah rumahtangga mereka di  tv beberapa ketika dulu,terkejut aku...Aku hanya mampu mendoakan agar rumahtangga mereka berkekalan hingga ke akhirnya...tapi yang pasti,kini rumahtangga mereka memang sudah sampai ke penghujungnya...Ajal maut di tangan Tuhan...Kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan...
Akhirnya.....
Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu. Sumber  Harian Metro 


Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.
“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh...


Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

4 ulasan:

SYaMiLa berkata...

jodoh tk panjang

Iman berkata...

SYaMiLa:
Yupp...ajal maut...jodoh pertemuan di tangan Tuhan....Jodoh bersama suaminya setakat itu sahaja...

kak long berkata...

mungkin ada hikmah nya...

Yan berkata...

Salam Iman,

sedih kan. Patut lah masa jumpe dia di IKEA tu, dia jalan dgn anak2 and one young guy. Adik dia kot..