Harga Getah Mahal Woo....


Gambar dari  Entry Terdahulu 
{Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram   pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000  sebulan. 
"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas.
"Kenaikan harga getah dan pendapatan yang diperoleh pekebun kecil pada masa ini boleh menarik minat mereka daripada bekerja di pejabat," katanya selepas merasmikan Kelab Keusahawanan RISDA Pahang, di sini semalam.
Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.}

                                                      Gambar dari  Entry Terdahulu

Terkejut dan tersentap aku bila terbaca berita pasal harga getah di Berita Harian Online pagi ni...Jeleskah aku?Jeles la jugak....Naper aku jeles?Sebab aku pun pernah menoreh getah ni masa aku tunggu keputusan PMR (cuti sekolah) dan masa lepas SPM dulu...Tak caya?Naper tak cayer...aku memang anak penoreh....mesti terror kan....kikikik...
Tapi yang buat aku jelesssssssssssss sangat sebab masa aku jadi "penoreh sambilan " dulu......rege getah cuma dalam Rm2.00 jer kalau tak silap aku sebab dalam sepikul /100 kg dapat dalam RM200 atau RM250 gitu jer...
Tapiiiiiiiiii harga hari ni RM11.90 sekilo...kalau dalam 100 kg dapat berapa?Meh aku conggak....dapat la dalam Rm1000 lebih...Tu mungkin harga pasaran la...kalau harga kat kampung dapat dalam RM700-RM800...
Menoreh dalam 10 hari kat kebun ayah tu dapat la kot dalam 200-300kg...Berapa woo kalau satu bulan...Nak balik kampung menoreh untuk sebulan dua jer boleh tak?Duit dapat banyak dan sambil2 dapat menguruskan badan...
Tapi Alhamdulillah....Syukur....Rezeki pada sang penoreh getah...
Tapi sekarang ni ayah tak dapat la banyak seperti yang aku conggak tu sebab ayah dah upah pekerja Thailand untuk menoreh di kebun getahnya...Jadi kena bahagi dua....huhuhu...takper la...sekarang masa untuk ayah berehat.....

P/S: Zalim tak aku kalau suruh ayah bagi cuti kat pekerja Thailand tu dan aku ambik cuti balik menoreh kat kampung untuk sebulan...hehehe

4 ulasan:

CiK QiQi berkata...

Hehehe...rezeki penoreh kan..tp hopenye rkyt msia ni jgn le amik cre cm dulu..asl sawit nek hrge, sume pakat tbang getah tnm sawit sampai geth kureng...pe slh tnm dua2..

dua2 potential tggi..cme kena byk sbr
huhu

Iman berkata...

CiK QiQi:
Yupp..betolll...

De'din berkata...

untung lah mereka sekarang !
dulu kais pagi makan pagi
kais petang makan petang

Sekarng penoreh pown dah blh pkai waja

Kuman Chaos berkata...

memang mahal.. tapi ada org kampung yang tak mau menoreh.. sedih sedih..
kuman "Berpacaran.." Entry