Cinta Dalam Hati

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:


"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?


Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

 P/s : Abang..........Aku menyintaimu sepenuh hatiku....



Sumber : Email....(Entry lama dipublish semula....Mood tuan rumah tak berapa nak sihat hari ni...Hubby dah kena sakit mata...mintak2 daku tak dijangkiti...Huwaaa....)

Ulasan

wow..nice one..terharu dgn cinta sejati dr seorang lelaki.. :)
pN.rOs berkata…
oh touchingnyer... hati berbunga2 suda
Kakcik Seroja berkata…
Bagi kakcik - sayang tu sayang juga, tapi curiga kena ada supaya diri tidak terpedaya (bagi kakciklah.. tapi kalau dah nak terkena, akan kena juga.. hehehe..)
Misz-ella berkata…
terharu.

saya cinta dn mnyayangi dia sbb kebaikan dia dn kerana kesudian dia mnerima saya seadanya. teringat kat darling la pulak .. hehe ..
Iman berkata…
Sue-Rya Qistina:
harap cinta semua lelaki macam tu...Insyaallah...
Iman berkata…
pN.rOs:
Hehehe...:)
Iman berkata…
kakcik:
Betol tu kak..tapi setakat ni saya tidak pernah mencurigai lagi suami tersayang cuma jeles2 tu ada la sikit...muahaha....
Iman berkata…
kakchik@ella:
Terharu ..saya pun macam tu gak...
Tanpa Nama berkata…
cinta tanpa syarat..woho!!!

kopipes ye.. :)
Iman berkata…
makdara TERdiva:
yupppppppppp...Cinta tiada sempadan...huhuhu

*****************

Copy paste la...tak kisah...sebab tuan tanah pun kopipes kat email...hehehe
AngahSayang2314 berkata…
ohhhh tersentuh jiwa & ragaku hehehe.....
Hezesuze berkata…
yup agree wit that...kita tiada alasan mengapa kita mennyintai seseorang itu...huhu
Iman berkata…
AngahSayang2314:
hatimu disentuh ye...hatiku pun tercuit jua...huhuhu
Iman berkata…
Hezesuze:
Yezzzzzzzzzza....
ChiKeDees berkata…
PENAH BACA SOMEWHERE..NICE KAN
ghost berkata…
woah...its make ur day shining!
mynameisYAT berkata…
nice one.. tq 4 sharing.. :)
Cinta yang tulus ikhlas, bawa hingga mati. Bagus suami dia ni.
kalaulah diucapkan oleh suami ku...indahnyaaa....balik nih nak try la tanya dia..xpenah lak tanya dia ngan soklan maut nye mcm tu..hehehe

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA