Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Makanan Minda

Imej
Kita nak sebut pasal makanan minda. Saya ingin menyarankan kurangkan makan nasi lemak di waktu pagi sebab kenyataannya nasi lemak membuatkan kita mengantuk dan lemah. Perbanyakkanlah makan kismis, kurma dn badam. Kenapa kurma,kismis dan badam?  Saya rasa semua org setuju kalau saya katakan mereka yg berada di Maahad Tahfiz adalah mereka2 yg kuat daya ingatan. Mereka dapat manghafal 114 surah dalam 30 Juzuk Al-Quran setiap hari. Bagaimana mereka dapat melakukannya?  Saya telah berguru dgn seorang tahfiz, kata dia selain mengamalkan disiplin yg ketat dalam menghafaz mereka juga mengambil buah badam dan kismis utk menguatkan sel2 otak supaya menjadi wadah utk kuat ingatan. Buah badam dan kismis mengandungi zat yg sangat diperlukan bagi merangsang sel2 otak terutama pada kanak2.Saya pun faham kismis,kurma dan badam mahal harganya.Kalau kurma jenis Mariami RM16 sekilo di chow Kit. Kalau yg bernama kurma Nabi lagilah mahal. Di tempat kita saya kurang pasti ada dijual atau tidak. Tapi say

Cerita Di Kampung

Imej
Hehehe....sambung balik cerita di kampung masa cuti raya yang panjang hari tu..2 minggu woo duk kat kampung...tapi gilir2 la...jap kat kampungku,jap kat kampung hubby...macam chipsmore lak...ala 2 jam jer jarak perjalanan... Ni nak sambung cerita masa kat kampung hubby....masuk kebun buah kepunyaannya yang jarang2 diterjah oleh tuan punya tanah...(diamanahkan kepada abang ipar untuk menjenguk dan buat apa yang patut...hehehe....kira sedekah la bila musim buah) Kesian lak kebun ni kan...jarang2 sekali tuan empunyanya menjengah,almaklumlah...

Power Rangers

Imej
Hah ko....macam tu sekali gayanya nak dapatkan buah dokong tu....hahaha...lain orang lain gayanya kot....tapi itulah aksi dramatik abang iparku untuk mendapatkan buah dokong di pokok... Kalau takder dia,mungkin kami main kait dari bawah jer...berderai la buah tu jawabnya.... Apapun terima kasih bebanyak pada abang iparku kerana bersusah payah memanjat pokok dokong tu untuk kami... Dan inilah hasilnya...  

Foto Raya

Imej
Foto Hari Raya kami.....    Dalam foto ni,semua adik baradik,ipar duai dan anak saudara semua ada..cukup semuanya....Susah gak nak menghimpunkan supaya cukup semuanya....selalunya mesti ada yang keluar la,pergi rumah kawan la,balik rumah mak mertua la.......bla2 Syukur...tahun ni kami dapat merakamkan foto raya bersama-sama....Cukup semuanya....

Air Tuak Fresh

Imej
Jom menikmati air tuak fresh dari pokok....Tapi aku tak suka minum air ni yer...rasanya yang semacam jer...tapi bagi penggemar air tuak ni,sanggup merata tempat mencarinya..Dan ayahku 'menyadap'sendiri air tuak ni...sebab pokok kelapa ni rendah jer...dapat la buat sendiri,kalau tinggi merasa la mencari kat gerai2 kat kampung...tu pun kalau ada.... Air tuak ni tak boleh dibiarkan lama kat luar...kena simpan kat peti ais...kalau lama2 kat luar,dia jadi masam...jadi cuka lak... Inilah hasil menyadap tu..air tuak segar dari pokok...Dapatlah anak2 dan menantu merasa....

Ayam Kampung

Imej
Ayam kampung kepunyaan bonda telah menjadi korban untuk santapan anak2 dan menantu yang balik beraya...sedap woo.....Ayam jantan muda lak tu... Rentetan sewaktu penyembelihan.... Sambil tengok sambil tutup mata.... Ayahanda dan kekandaku adalah orang yang bertanggung jawab dalam kejadian tu...huhuhu Tarang.....Dah bogel dah...2 ekor yang menjadi mangsa pada hari tu... Sedapnya ayam kampung ni....lembut jer isinya....patut la ramai yang sukakan ayam kampung....rasa yang lain dari ayam bandar....

Pekan Batu 6,Kuala Terengganu

Imej
Bagi aku,bulan puasa ke...bulan tak puasa ke,sama jer kat pekan Batu 6 ni...beraneka kuih muih dijual di sini...Kuih muih Terengganu semua ada kat sini...semua best2 lak tu...tak caya?Try la...Tapi atas selera memasing la kan...kalau aku makan sedap,ko makan tak sedap,no komen la...hehehe... Jom kita intai antara kuih muih yang dijual kat situ...Ni masa bulan puasa...tapi kalau sekarang korang pi pun ada gak...sama jer... Beraneka kuih muih yang dijual Aku yang sememangnya 'mengidam'nak makan akok dari kl lagi...Nak tu makcik.... Kuih ni warna hitam...aku pun lupa nak selidik nama apa...ada yang tahu tak kuih aper nih?  Yang ni aku panggil buah belimbing...lebih kurang macam donat jer,ada gula kat luar... Gulai kawah lemak....pergh!!!sedap woo...tapi aku tak beli la...nak balik makan masakan ibunda tercinta...  Keropok.... Oii!!!Barang Panas!!!-Penjual tu la yang kata...

Balik Kampung

Imej
Bermulanya entry balik kampung yang tertangguh.... Mohon cuti 8 hari dan diluluskan....yahoo.....bestnyer....takder la sesak kepala otak nak pikir cuti raya tak cukup...kalau boleh,nak tambah lagi cuti raya tapi bila pikir balik opis tu bukan aku yang punya...cukup2 la tu... Bertolak jam 8 pagi dari Kl (Sabtu...4/9/2010) Sepanjang perjalanan dari Kl ke Kampungku.... Singgah berehat di Pantai Rantau Abang.... Sampai di Kuala Terengganu Dan destinasi terakhir sebelum sampai rumah pada hari itu...

Kembali Berblogging

Imej
Assalamualaikum.... Hari ni aku dah start keje setelah 2 minggu di desa tercinta... Mood raya masih terasa walaupun dah masuh opis.... Rindunya aku kat kampung...terasa tak cukup hari aku di kampung halaman...Waaa...nak cuti lagikkk...Huhuhu... Si anak pagi tadi pun bila dikejutkan,pandai lak mintak nak cuti... Apapun...selamat kembali menjadi anak perantau....selamat bekerja kepada kengkawan semua... Dan yang pastinya banyak ceritera yang akan ku  kongsikan semasa di kampung....Insyaallah...

Selamat Hari Raya

Imej
Selamat merayakan hari kemenangan berpuasa kepada semua rakan-rakan pembaca blog ini. Ampun dan maaf aku pinta jika dalam penulisan di dalam blog ini ada tersinggung rakan-rakan pembaca secara langsung ataupun tidak langsung. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. AKU MEMOHON MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA KETIKA AKU MENULIS ARTIKEL DI BLOG INI... TIADA APA YANG DAPAT KU HARAPKAN HANYA KEMAAFAN DARI SEMUA MEMBER-MEMBER BLOG.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......

Berbuka Puasa

Imej
Petang semalam kami sekeluarga diajak berbuka di rumah kakak di Puchong...Kami 5 beradik berbuka bersama .....Terima kasih kakakku...muahhhh... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. Sampai tak tahu nak makan yang mana satu...semua sedappp... Semalam kami berbuka puasa beramai-ramai dengan adik-beradik dan ipar duai.....seronok rasanya bila dapat berkumpul ramai2 dan berbuka puasa bersama-sama... berbuka puasa beramai-ramai mempunyai nikmat tersendiri, terutama apabila dapat berhimpun seisi keluarga.....   Hehehe....letak straw kat dalam tulang tu dan sedut...Fuhhhh Dan pelbagai juadah lagi....tapi ni jer yang sempat disnap sebelum dingapp...Bubur lambuk pun sempat dimasaknya walaupun tengah sarat...huhuhu