Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ni bertanggal 23 hb Ogos 2010...genaplah usia perkahwinanku yang ke 6 tahun...
Terasa baru jer aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku amat cintai...Masih kedengaran dengan jelas lagi suasana riuh rendah sanak saudara bergotong royong di hari bahagiaku....
Dan masih terngiang-ngiang lagi di saat sang suami melafazkan akad untuk memperisterikanku...Masih baru rasanya air mata ini mengalir kesyukuran selepas kami selamat diijabkabulkan....Kerna aku seperti tidak percaya aku sudah menjadi isteri kepada lelaki yang amat aku cintai...Alhamdulillah....
Kepada suamiku....
Insyaallah....aku akan menyayangi,menyintai,mentaatimu dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mempertahankan rumahtangga yang kita bina ini...Tidak akan sesekali aku menggoyahkan kepercayaanmu sayang...
Aku amat bertuah kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang cukup lengkap bagiku...Kasih sayangmu akan sentiasa menyeri hidupku...Insyaallah..
Dan Ibu masih ingat lagi kata-kata Ayah........"Tanpa Keberanian Mimpi Tak Bermakna"
Semoga Kebahagiaan rumahtangga kami berkekalan sehingga ke hujung nyawa....Dilindungi Allah dan diberkati hingga ke akhir hayat kami...
Semoga perkahwinan ini kekal sampai menutup mata...

Hasil perkongsian hidup.....
Hari ini, aku ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah teladan seorang isteri solehah. Kali pertama aku membaca kisah ini, membuatkan hati aku menjadi begitu hiba sehingga mengalirlah si air mata :cry:

Mudah-mudahan kisah ini dapat memberikan kita motivasi dan semangat baru untuk meningkatkan ketaatan kita terhadap suami (terutamanya kepada diriku sendiri).

**************************
Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.aha mengunjungi Rasulullah saw. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis. Rasulullah saw bertanya,”Apa yang menimpamu wahai puteriku?” Fatimah r.aha menjawab, “Semalam aku dan suamiku (Ali r.a) bergurau senda sehingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih.

Aku berkata: “Wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu. Hal ini telah ku lakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali. Hingga akhirnya, dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku.”

Nabi saw bersabda,

Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suami mu memaafkanmu, maka aku tidak akan menyembahayangkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah.

Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imram, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidakak an menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya.

********************

Moral of the story:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw, telah menunjukkan bahawa menyakiti hati suami atau tidak mentaati suami merupakan satu dosa yang sangat besar.

Walaupun si suami tidak melayan isterinya dengan layanan yang baik, jika isterinya terus menunjukkan ketaatan kepada suaminya, pamerkan lebih banyak kasih sayang kepada si dia, banyakkan berdoa dan terus bersabar, insyaAllah, hati suami yang pada mulanya keras, bisa terlentur dek kelembutan isterinya.

Apatah lagi, jika kita yang bertuah ini kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang penyayang, berganda-ganda lagi lah ketaatan yang harus kita berikan kepada suami kita.

***********************
Semoga kami berdua berbahagia hingga akhir nyawa....

28 ulasan:

kakcik berkata...

Salam Iman..

selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 6. Semoga berpanjangan kasih kalian ke akhir hayat dan semoga dikurniakanNya dengan segala kesejahteraan, kemurahan rezeki serta kesihatan yang baik. Dilimpahi rahmat serta cahayamata yang cerdas, cergas, sempurna sifatnya zahir dan batin. :)

sz | m.s.s berkata...

tahniah pa&ma iman!
teringat tagline tu cerita "soal hati" rasanya kan..heronya afdlin & heroinnya erra fazira...hehee

Laman Alia berkata...

Salam Iman..

Tahniah & Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-6. Semoga hari-hari mendatang dapat ditempuhi bersama dengan sabar dan didoakan agar Iman sekeluarga sentiasa berada dibawah lindungan Allah S.W.T.

EiJa ZaQuaN berkata...

Tahniah..,Happy 6th Anniversary..semoga kekal berbahagia SelamaNya..AMIN..♥♥♥

cheqna berkata...

salam
selamat ulangtahun ke 6
moga kekal bahagia bersama buat selamanya =)

Ammi Sara berkata...

Salam iman,
Hepy 6th anniversarry..
moga kekal ke anak cucu,
ye betul...sebenarnya wanita tu senang je nak masuk syurga, antara benda yg kita wajib buat ialah taat pd suami..:)

Iman berkata...

kakcik:
Terima Kasih kakak....Terharu saya...Huhuhu...Muahhh

Cik_daya berkata...

salam...
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 6
semoga kekal selamanya..

Iman berkata...

sz | m.s.s:
Hehehe...Yupp!!!Tanpa keberanian mimpi tak bermakna...itulah ayat power untuk memilikiku...huhuhu

Tq kak...Muahh2

Iman berkata...

Laman Alia:
Terima kasih kak...Muahh2...:)

Iman berkata...

EiJa ZaQuaN:
Teriam kasih....Muahh2...:)

Iman berkata...

cheqna:
Terima kasih Cheqna....Muahh2..:)

Iman berkata...

Ammi Sara:
Terima kasih...Muahh2...:)Yupp betul...sebenarnya wanita tu senang je nak masuk syurga, antara benda yg kita wajib buat ialah taat pd suami..:)

Iman berkata...

Cik_daya:
Insyaallah..terima kasih...Muahh2..:)

Hezesuze berkata...

hepi anniversary dear...semoga kekal hingga akhir hayat....

Iman berkata...

Hezesuze:
Insyaallah..Amin...Tq...:)Muahh..

azieda razak berkata...

happy anniversary...
semoga perkhawinan akk berkekalan sehingga akhir hayat akak..
amin...

Iman berkata...

azieda razak:
Terima kasih....muahh:)Insyaallah...amin.....

SyAmSuL AnUaR berkata...

slmt hari ulang tahun..moga kekal hinga ke akhir hayat...

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

eyka syafieka berkata...

hepy aniversary...smoga kekal hngga ke akhir hayat yer sis

http://diaryhatiku91.blogspot.com

Che Mid berkata...

Tahniah kerana bahagia selama 6 tahun ini. Teruskan ibadah perkahwinan ini moga sampai ke pintu syurga. Amin

Iman berkata...

SyAmSuL AnUaR:
Terima kasih...insyaallah..amin

Iman berkata...

eyka syafieka:
Terima kasih...insyaallah..amin

Iman berkata...

Che Mid:
Insyaallah...amin
Terima kasih....

YanaNuar berkata...

TAHNIAH IMAN..

Moga Kekal Bahagia Hingga Hujung Nyawa =D..sori lambat wish..tak sempat semalam hihi..

sweetie2010.blogspot berkata...

Amin....

Tahniah pada Iman dan suami atas ulangtahun yg ke 6,semoga menjadi isteri mithali, isteri yang disayangi.Moga hidup berbahagia hendaknya didunia dan akhirat insyaAllah.

Iman berkata...

YanaNuar:
Terima kasih...Muahhh
Sama2 lah kita berdoa moga keluarga kita semua sentiasa di berkati oleh Nya...Insyaallah

Iman berkata...

sweetie2010.blogspot:
Terima kasih kakak...mUahhhh2...hehehe
Insyaallah...