Sireh Puteri

Pokok Sireh Puteri yang segan dan malu2 nak hidup di rumahku

Bukan semua tumbuhan boleh hidup subur sebagai tanaman hiasan dalaman terutama sekali dalam pejabat yang tertutup tanpa pancaran cahaya matahari...
Bagi anda yang masih mencari tanaman yang bersesuaian,sejenis pokok hiasan yang mudah dijaga dan ditanam seperti sireh puteri atau nama saintifiknya scindapsus sp dari keluarga araceae amat sesuai ditanam.Jika dijaga dengan betul,tumbuhan ini akan menghasilkan bentuk dan corak daun yang cantik dan menawan.

Tip penjagaan sireh puteri
  1. Beli pokok yang bercorak terang dan subur
  2. Sembur daun dengan air atau campur sedikit baja cecair bagi mengekalkan kesuburan
  3. Pokok yang dipamerkan di pejabat atau di dalam rumah perlu dibersihkan.Lap daun dengan menggunakan kain yang dibasahkan air atau susu cair tanpa gula atau leaf gloss.
  4. Potong daun serta batang yang mati untuk nampak lebih kemas
  5. Rawat daun yang pucat dengan meletakkan pokok di tempat teduh.
  6. Daun yang mempunyai tanda perang di tepi menunjukkan akar terlalu basah,oleh itu kurangkan siraman.
  7. Daun kuning adalah tanda diserang spidermite,rawat dengan menggunakan racun serangga yang boleh dibeli di pusat pembenihan dan penjagaan tumbuhan

6 ulasan:

sop berkata...

info yg bagus..
thx

charlie N angels berkata...

tahan betul pokok nie ye....dlm econ boleh hidup...dlm panas pun boleh....kt pej. boleh...kt ghumah boleh...kire nyer semuo buleh lah!!!

sweetie2010.blogspot berkata...

cantik pokok ni, segar jer. tempatnya pun cantik. tu agaknya pokok tu pun suka..selesa.

Iman berkata...

sop:Tq Bro...Kongsi2kan apa yang kita tahu.....saya suka terjah blog anda...hehehe

Iman berkata...

charlie N angels:Yupp...memang tahan lasak....kat air...kat tanah dan melekat kat pokok pun dia boleh hidup...senang nak jaga....Tak menyusahkan hidup orang lain...hehehe...Cuma satu jer yang buat dia mati....baja yang berlebihan...huhuhu

Iman berkata...

sweetie2010.blogspot:Hehehe...pokok tu segan jer nak hidup rumah saya tu...sebelum ni lagi cantik pokoknya..Tapi saya terlebih rajin,pi letak baja lebih kat dalam bekas air tu...huhuhu...habis satu bekas tu mati...Sayang kat pokok tu,dah lama dia menyerikan rumah saya...huhuhu...tapi takperla...sekarang ada pengganti baru...