Pengemis Rm16,000



 RM16,000 sebulan. Itulah pendapatan lumayan pengemis berikutan sikap terlalu pemurah masyarakat negara ini yang mudah terpedaya dengan ‘lakonan’ golongan itu.

Mereka mampu mengaut keuntungan RM800 hingga RM1,000 sehari bagi seorang pengemis dengan mencari kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Petaling dan Pasar Seni di Ibu Kota...

Mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sikap masyarakat kita yang terlalu pemurah memberi wang kepada mereka. Sikap masyarakat yang mudah tersentuh dengan kesusahan pengemis menyebabkan mereka berani mengemis walaupun pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa,

Keadaan itu juga mengakibatkan wujudnya pengemis warga asing yang menggunakan pelbagai taktik mengemis seperti berlagak orang cacat dan menjual barangan seperti tisu atau kalendar padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit.
Sumber    Mymetro

9 ulasan:

amira berkata...

ambil kesempatan atas sentimen simpati.. huhu..memang lumayanlah~~ tak payah belajo terok2...dh dapat 'gaji' ribu2..adeh..

Hezesuze berkata...

weols sedekah pada yg memerlukan jek....huhu

AngahSayang2314 berkata...

uittt kalau angah betul2 susah angah baru derma tapi kalau masih kuat angah tak derma

Iman berkata...

amira:
Yupp...senang jer dia dapat duit ribu riban...huhuhu...

Iman berkata...

Hezesuze:
Betol...sedekah la pada yang betol2 memerlukan...selalunya diorang ni dalam sindiket....

Iman berkata...

AngahSayang2314:
Betol...sedekah la pada yang betol2 memerlukan...selalunya diorang ni dalam sindiket....

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam Iman,

Kita kesian melihat diorang, tapi diorang atas sindiket dan pura2 jadi pengemis, hidup melarat begitu. penipu kan..

Berita malam tadi..ha banyaknyer duit diorang...kaya

sop berkata...

kadang tu x nak bg sebab tak nak galakkan benda ini.. harap berjaya..
baik kita bg masjid, masjid yg uruskan kepada fakir miskin

AMR berkata...

uish.. gaji mengalahkan pekerja bank.. hohoho...