Kesetiaan Cinta Wook

Kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu, Mek Wook Kondor, 107, teruji lagi apabila suaminya, Mohd Nor Musa, 38, ditahan polis sekali lagi kerana didakwa positif dadah jenis heroin.
Lebih memilukan, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret....

Sebelum ini, pada 7 Julai tahun lalu Mohd Nor ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan 1998) serta dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut, 31 Disember tahun lalu.
Dia kemudian dibebaskan pada 15 Julai lalu......

Sumber dari Mymetro
Menurut Wook,dia sangat terkilan dengan perangai Mohd Nor yang mengambil dadah semula sehingga merasakan ingin membunuh diri dan terjun sungai kerana tidak dapat menerima hakikat itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka suaminya sanggup mengulangi balik perangai buruknya mengambil dadah kerana lelaki berkenaan baru saja keluar dari Puspen dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan itu.
“Saya harap hari raya tahun ini akan memberi sinar baru kepada kami suami isteri selepas terpaksa berpisah tahun lalu, namun tidak sangka pula jadi begini.
“Saya sudah banyak berhabis duit untuknya ingatkan dia betul-betul hendak berubah tetapi lain pula jadinya. Begitupun saya harap dia dapat kembali semula ke pangkal jalan,” katanya.

********************************************
Andakah Cinta anda seperti Cinta Wook?
Aku????
Kalau aku mungkin tidak....aku tidak sesetia Wook...Aku benci Dadah!!!!Insyaallah...Mintak kita semua dijauhkan dari bala bencana ini....
Korang???

26 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

rasanya mcm setia tak bertempat plak nek wook ni..adehhhh

cheqna berkata...

banyak plak duit tok wook ni
kena potong r bantuan bulan2 ni
huhuhuhuhu
duit yang diberi digunakan pada mende2 yang tak de faedah

Iman berkata...

sz | m.s.s:
Hahaha...tu la pasal...mungkin saya tak sesetia Wook...:)

kakcik berkata...

Tak kose nak setia kalau cenggitu gayanye.. dipergunakaan saja nenek tu.. :(

Iman berkata...

cheqna:
Pandangan iman la kan....pandangan yer..rasa tak berbaloi Wook menikahi lelaki itu...rasa lebih tenang wook keseorangan...Ini bukan kes boleh menumpang kasih...ini dah kes menyusahkan hidup di penghujung usia...Kesian dekat Wook tu...

Asmara berkata...

Katakan tidak pada Dadah!! lebih baik dia duduk pusat pemulihan tu. Kesian kat nenek wook. huhu..

suhaila berkata...

laki dia tu memang ada tujuan nikah ngan nek wok..agaknya bukan iklas pon, mungkin dia tahu nek wok ada duit..kalo dia kena tangkap nek wok boleh jamin..

Iman berkata...

kakcik:
Betol kak cik...saya rasa mcm Wook tu dipergunakan....Tapi Cinta Itu Buta...Tak tahu lah perasaan dia mcmna...

Iman berkata...

Asmara :
Yupp!!!Katakan tidak pada Dadah!!!!
Takyah la pi jamin kan...biar dia duk dalam tu...tapi masalahnya dah masuk sekali buat lagi...kesian kat Wook...

Iman berkata...

suhaila:
Hehehe...mungkin itu yang sebenarnya...

~~@lyci@~~ berkata...

kesian kat Nek Wook kan.. sesungguhnya Cinta Itu Buta ;)

Iman berkata...

~~@lyci@~~ :
Betol2!!!Cinta telah membutakan hati orang...tapi adakah berbaloi cinta sebegitu...

GaDis CoMeL berkata...

hampeh punya laki.

Iman berkata...

GaDis CoMeL:
Tu la...masa berita dia nak mengahwini Wook dulu pun...dah terpikir,betul ke lelaki tu cintakan Wook dan sanggup sehidup semati...Rupa2 nya....

Cik_daya berkata...

setia tapi biarlah bertempat..

Iman berkata...

Cik_daya:
Yupp!!!tak perlu setia pada orang yang macam tu....membebankan ada la...

Hezesuze berkata...

oooo weols hate dadah & org yg isap dadah not dada ek....huhu

LiNda berkata...

Hahaha

gelak saya baca komen hezesuze ..

Wook memang dipergunakan
jantan tak sedar dek untung !

EiJa ZaQuaN berkata...

ermmm..kalo eija pun eija x bleh terima laki camni..dh la tu untuk kali kedua pulak tu..tiada maaf bgmu..ehhee..tp nenek wook tetap setia..w/pun nmpk sgt laki dia mempergunakan jerk nek wook tu kan..

n@jwamz berkata...

salam...

lelaki ni mentang2 la nek wook byk harta pusaka...
kalau sekali tu boleh laa dimaapkan lagik...
ini da masuk 2 kali...
ngadew taik kuda tol lelaki ni! eishh nek wook bkn pe laa nk setia ngn lelaki cenggitu...huhu sian dier..:(

Che Mid berkata...

Che Mid ada pengalaman hampir sama. Apa yang boleh dikatakan ialah selagi kita bernama isteri, kita patut buat apa yang nek wook tu buat. Buat apa yang boleh untuk kebaikan suami walaupun hati terluka. Kalau dah tak sanggup, bubarkan ikatan perkahwinan, bebaskan dari ikatan hukum dan mulakan hidup baru tanpanya. Itu lebih baik dari menghina suami sendiri... dosa kan

Iman berkata...

Hezesuze:
Yupp!!!Katakan benci pada dadah!!!:)

Iman berkata...

LiNda:
Hehehehe....saya pun tergelak....

Iman berkata...

EiJa ZaQuaN:
Tu la...ingat cukup dah kena kali pertama...lelaki tu akan insaf...rupa2nya...tidak..kesian kat Nek Wook..

Iman berkata...

n@jwamz:
Betol tu...ingatkan dah kena sekali dia akan insaf...rupa2nya tidak....untuk lelaki tu...kesiankanlah kat ieteri anda....

Iman berkata...

Che Mid:
Sokong pendapat Che Mid tu....Memang patut isteri berkorban untuk suami...tapi bila dah bagi banyak peluang...dia mensia2 siakan jugak....macam apa yang che mid katakan gak...bubarkanlah perkahwinan tu...