Awas!!!!Produk Beracun


Idam nak cantik jadi gila


Sumber Dari Berita Harian

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

Gambar Pakcik Google

Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

=================================

Kintop

Body Beaus

BMI-9 Xylimming Capsule

Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

===============================

Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

==================================

Obexlim

Slimax Coffee

Beaute Fit Body Contour

Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

==================================

357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

=================================

Makjun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa

Ginseng Jin Fui Wan

Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

Makjun Syafiq 3 Istimewa

Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

=================================

Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

=================================================

Eriesya Spa Beauty Cream

Atika Beauty Renewal Cream

Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

Ratna Sari Whitening Night Cream

Tia Amelia Krim Jeragat

Chantique Whitening Night Cream

RZAC White Pearl Cream

Nuriz Day and Night Cream

Elite Rias Er Cream

R&Z Whitening Night Cream

Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

Pigmentation Recovery Complex

Zara Rejuvenation Cream

Natasya Krim Herba Gold

De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

===============================

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

===============================

Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

Qian Tong Dan

Raja Ubat Resdung

Coral Plus UA 350MG

P/S : Sudah tahu....sendiri mau ingat la...

12 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

mmg byk produk2 mmg terkenal tu! selalu masuk iklan...

Iman berkata...

sz | m.s.s:
Takut gak bila tau ni kan...sekeliling yang kita pakai ada racun...memudaratkan...huhuhu

❤フィザAifi berkata...

info yg sangat berguna.:)
do not smoke okay!

Tomato Gurl's Life berkata...

byk produk yg fames ni..nice info..thanks bgth ye...kena beringat pasni..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

mcm mane mereka boleh terlepas mengiklankan kan?

akuzle berkata...

wah2... sungguh tercemar bdn kiter....

Iman berkata...

❤フィザAifi:
Tq...

Iman berkata...

Tomato Gurl's Life:
Tq...sama 2 kita ingat menginggati...

Iman berkata...

Nur Hawa Mohd Zin:
TU la....macamna la boleh lepas..tapi tu..sanggup diorang menipu demi mengaut keuntungan berjuta...

Iman berkata...

akuzle:
Tu la....ngeri lak bila pikir balik...banyak sangat yang berbahaya dan beracun sekarang....kita perlu berhati2 sekarang ni....

sweetie2010.blogspot berkata...

Macam2 produk dipasaran, sampaikan langsung tidak memikirkan akibat/kesan sampingan kepada pengguna.

Takut nak pakai alat kosmetik atau cream sembarangan ya.Thanks Iman atas info ni.

Iman berkata...

sweetie2010.blogspot:
Tu la kak kan....asyik pikir nak nampak cantik jer kan wanita ni....tanpa memikirkan kesan jangka panjang...ngeri...
Sama2...kita kongsikan apa yang boleh dikongsi...:)