Arak Dalam Buffet Ramadhan

Gambar Pakcik Google







Uhhh..sesiapa melihat pasti tergoda kan....Bulan puasa lak tuh....Sana sini hotel menawarkan buffet Ramadhan dengan harga yang istimewa...Merebut2 diorang menawarkan promosi sehingga berpinar mata kita semua nak memilih kan...
Bulan puasa ni, trend berbuka di hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan secara buffet sudah menjadi kebiasaan.
Semua orang cakap membazir bila sentuh bab berbuka di hotel, buffet ramadhan dan segalanya. Tapi aku tengok tempat-tempat tersebut tak pernah pula susut pelanggan mereka bila bulan puasa ni, lagi ramai adalah sampai melimpah-limpah....Ikut selera memasing la kan...duit korang gak...
Tapi aku nak kongsi satu cerita yang terbaru pasal buffet ramadhan kat hotel2 ni...Aku tak cakap semua hotel yer...
Ini berita keluar di Harian Metro pagi ni..
"ARAK DALAM BUFFET RAMADHAN"

Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa...
Tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan....astagfirullahhallazim...Mengucap panjang aku...
“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan"

****************Termenung Aku Seketika Memikirkan Betapa Senangnya Orang Islam Dikelirukan*********

8 ulasan:

Rina (◕‿◕)✿ berkata...

huhu..teruknye...tp skrg ni da kua snarai hotel yg halal kan..

anyway, comelnyeee anak ibu tu..comellll sangat hehee


^___^

mamiraysha berkata...

Tak patut sungguh! Rasanya mereka tahu yang arak tu haram bagi orang Islam!

Iman berkata...

Rina (◕‿◕)✿:
Tu la...tapi walau dah disenaraikan tak halal....ramai gak yang main terjah jer...

Terima kasih...:)

Iman berkata...

mamiraysha:
Yupp....sekarang ni senang sangat diorang semua mengelirukan orang Islam..

tasekM berkata...

nk kena bakar tau hotel dia org nih...

he he.


.

Iman berkata...

tasekM :
merasa lah korang!!!...hehehe

mamawana berkata...

Salam..

Salah siapa ek? Kalau banyak hotel dimiliki oleh org Islam yg punya tukang masak Islam lagi solleh, tentu tak timbul isu arak dlm masakan utk umat Islam ni kan. Hmmmmmm...............fikir2. Semoga allah swt mengampuni dosa kita semua.

Iman berkata...

mamawana:
insyaallah...semoga Allah mengampuni kita semua...Tak tahu nak salahkan siapa...