Amuk Sahur
Terkedu aku bila mendengar berita malam tadi pasal seorang lelaki bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati.....sebelum dia maut ditembak polis.
Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.
Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua anak mereka....
Menceritakan detik-detik kejadian, kata Nazuwa, kira-kira pukul 4 pagi, dia terjaga daripada tidur setelah bapanya mengamuk sambil menendang pintu dan dinding rumah.
"Mak bangun dan tanya kenapa ayah marah-marah tapi ayah tampar mak. Mak keluar rumah untuk minta tolong jiran tapi tak ada orang yang datang," katanya dalam nada suara yang perlahan dan tersekat-sekat.
Menurut Nazuwa, apabila tiada sesiapa yang mahu membantu mereka, ibunya masuk semula ke dalam rumah dan terus dimarahi bapa.
"Mak dan ayah bergaduh mungkin sebab ubat ayah habis," katanya.
Ajal maut di tangan Tuhan....cuma bila difikirkan balik...jika ada jiran yang sudi membantu...seperti yang diceritakan oleh anak mangsa...adakah ibu mereka dapat diselamatkan.
Tetiba badan aku yang menggigil....terus jer melayang membayangkan aku yang berada di tempat mereka....nauzubillah...aduh.....ngerinya....ditambah pula pada bulan ramadhan dan syawal tak lama lagi,sekelip mata mereka menjadi yatim piatu dengan meninggalkan kesan trauma yang teramat mendalam sekali...
Takziah dari kami sekeluarga untuk keluarga mangsa...
Ulasan
mungkin betul kata iman, dh sampai ajal dia, dia terasa nk masuk semula ke dlm rumah, padahal, kalau dia tak masuk mesti ada sesuatu yg blh dilakukan.. tul tak iman.. mungkin jugak dia teringatkan anak2 dlm rumah..nauzubillah.. pohon dijauhkan dari kita benda2 yg macam nie... amin.. tq share citer iman...
mmg sedih sgt la baca paper pg td...
terasa kesal btol bila jiran kata ada dengar bising2 tp takut nk keluar...uhukss...
Wslm...tu la zaza..bila dengar berita tu malam tadi...terkedu sesangat...kesiannya..betapa seksanya diperlakukan begitu...dan paling menyentuh hati...anak mangsa kehilangan orang tersayang deangan begitu tragis sekali..
Nauzubillah....mintak2 kita semua dijauhkan dari mala petaka macam ni...amin..
Salam kenal gak...tu la...memang sikap manusia sekarang ni...tak mahu ambil tahu masalah orang lain.bukan semua la...aper salahnya tel polis ke aper ke...aperpun takziah untuk keluarga mangsa...
mmg sedih kisah ni. baca paper pagi tadi dan dipaparkan dgn berita sedemikian. Ajal dan maut di tanganNya Yang Maha Esa tapi bila dengar tiada jiran yang mahu membantu menurut anak mangsa...alangkah sedihnya....apa kan daya semua sudah ketentuanNya.
Tu la...masa dengar berita tu...memang sebak sesangat...tak tahu kenapa...dah la ibu mati dengan keadaan macam tu,ayah ditembak mati polis.....dan sekelip mata menjadi yatim piatu ...
memang ajal maut di tangan Tuhan,tapi kesian sesangat kat anak2 mangsa tu....Ngeri..Semoga Tuhan jauhkan kita semua dari bala bencana....Amin...