Akmal Haris Pergi setelah 5 Tahun Menderita

Aku terbaca berita di paper semalam pasal adik Akmal Haris....Air mata aku terus bergenang....Laju jer mengalir di pipi...Naluri seorang Ibu....Masih ingatkah kalian dengan cerita baby yang jatuh dari buaian kat nursery pada 7 September 2005 iaitu adik akmal haris..

***********************
Di sini berita 5 tahun lepas...

****25hb Oktober 2005****
KUALA LUMPUR: Aidilfitri bakal menjelang, namun seorang ibu dirundung kesedihan apabila anak bongsunya, Akmal Haris, 3, masih koma selepas lebih sebulan kemalangan di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.

Seorang ibu terpaksa menanggung kesedihan menjelang Aidilfitri minggu depan apabila anak bongsunya yang berusia tiga tahun koma akibat kemalangan yang didakwa berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu.

Ibu bayi itu, Rozarina Bukhari, 34, yang ditemui di Unit Rawatan Rapi, Pusat Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkata anaknya, Akmal Haris, dipercayai tercampak keluar daripada buaian yang kemudian menimpa kepalanya menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Katanya, kejadian itu berlaku kerana tali buaian berkenaan terputus.
Berikutan itu, suaminya, Shamsul Anuar Saidin, 34, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Rozarina hanya mampu menitis air mata ketika menceritakan kisah sedih menimpa bayinya itu.
Menurutnya, pada jam 5 petang hari kejadian, dia mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja wanita di pusat asuhan berkenaan di Semenyih.
Pekerja itu dalam nada cemas memintanya datang segera tanpa memberitahu keadaan Akmal.
Dia cuba berdolak-dalik ketika diminta berterus terang dan enggan menceritakan hal sebenar. Saya segera ke pusat jagaan terbabit kerana bimbang sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap Akmal.
Sebaik tiba di situ, saya terkejut mendapati Akmal tidak lagi bergerak dan longlai dalam dakapan penjaga yang berusia awal 20-an,katanya.

Rozarina mendakwa penjaga terbabi seolah-olah enggan menyerahkan Akmal kepadanya dengan mundar-mandir tanpa arah.

Akibat hilang sabar, saya terpaksa menjerit meminta Akmal diserahkan. Sebaik menyentuh Akmal, saya dapati tubuh anak saya itu longlai dan biji mata hitamnya sudah tidak lagi kelihatan.

Dalam keadaan menggigil, saya berkali-kali memanggil nama Akmal, namun dia langsung tidak memberi reaksi, katanya guru sejarah di Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang itu.

Akmal kemudian dibawa ke sebuah klinik di Bandar Teknologi Kajang sebelum dinasihatkan menghantarnya ke Hospital Kajang.

Selepas itu mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi, HKL pada jam 8 malam berikutan kekurangan kelengkapan dan doktor pakar.

Hasil pemeriksaan doktor selepas menjalani X-Ray, terdapat darah beku di beberapa bahagian kepala kiri dan kanan Akmal selain retak pada tempurung otak,katanya.

Berikutan itu, doktor pakar HKL terpaksa mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan untuk membuang darah beku terbabit sehari selepas kejadian.

Bagaimanapun selepas menjalani pembedahan, doktor mengesan saluran darah pada leher Akmal juga tersumbat.

Akibatnya otak bahagian kanan Akmal membengkak akibat tekanan kuat dalam kepala,kata yang tinggal di Taman Desa Mewah, Semenyih.

Susulan itu, doktor tidak ada pilihan dan terpaksa melakukan satu lagi pembedahan untuk membuang tempurung kepala mangsa di kanan selepas mendapati oksigen sukar memasuki ke bahagian itu.

Dia berkata, seminggu selepas pembedahan itu, Akmal seolah-olah beransur pulih dan mampu membuka matanya semula.

Ketika itu, harapan Rozarina untuk melihat bayinya itu pulih menampakkan sinar, bagaimanapun bekas luka jahitan di kepalanya sering keluar cecair.

Menurutnya, Akmal sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan apabila bahagian otak kirinya pula membengkak akibat dipenuhi cecair.

Kesan pembedahan terb a b i t, kepala Akmal menjadi lekuk , namun dia sudah mula boleh menangis dan menggerakkan tangan, katanya yang kemudian menerima perkhabaran gembira apabila doktor mengatakan Akmal boleh dibawa pulang berikutan keadaan semakin stabil.

Namun Tuhan lebih berkuasa apabila Akmal yang disangka pulih tiba-tiba hilang upaya dan koma. Matanya terus tertutup dan tiada sebarang tindak balas.

Akmal terpaksa dimasukkan semula ke ICU dengan alat bantuan pernafasan sepanjang masa hingga kini, katanya.

Menurutnya, keadaan Akmal kian serius apabila kakinya turut menggelembung kehitaman dan menggelupas hingga menampakkan daging.

Doktor memberitahu harapan Akmal untuk hidup kini tipis. Sebagai ibu hati saya tergores dan amat tertekan, apatah lagi dalam kemeriahan umat Islam menyambut Ramadan,katanya yang mempunyai tiga lagi anak, Intan Farhana, 7, Adam Illman, 5 dan Aizat Haqimy, 2.

Kesakitan bertarung nyawa selama 12 jam sebelum melahirkan Akmal pada 30 Mei lalu masih dirasai dan kini dia terpaksa menerima hakikat bahawa bayinya itu akan pergi satu hari nanti.

******************************
Berita semalam...
25 Ogos 2010
Selepas menderita menjalani pembedahan sebanyak 15 kali termasuk kaki kanan dipotong dan kedua-dua kornea mata terpaksa dibuang akibat kejadian tercampak dari buaian, kanak-kanak malang, Akmal Haris Shamsul Anuar, 5, akhirnya meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi semalam.
Kematian kanak-kanak yang terpaksa menempuh tragedi hitam seawal usia tiga bulan itu disedari ayahnya, Shamsul Anuar Saidin, 39, kira-kira jam 5 pagi ketika bangun bersahur bersama isteri, Rozalina Bukhari, 39, dan tiga anaknya.

Rozalina berkata, beliau yang terjaga seawal jam 4 pagi untuk menyediakan makanan bersahur sempat melihat keadaan anak bongsunya yang berada di sebelahnya, tetapi menyangka Akmal Haris berada dalam keadaan baik.Ketika berada di dapur, suami yang ketika itu terjaga melihat keadaan Akmal menerpa sebelum memeluk saya mengatakan anak kesayangan kami sudah meninggal dunia.

Saya terkejut tidak percaya sebelum melihat sendiri nadi Akmal untuk mendapatkan kesahihan dan akhirnya akur penderitaan anak saya sudah berakhir, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Taman Desa Mewah, di sini, semalam.

*********************
P/s:Takziah buat keluarga Adik Akmal Haris...Sesungguhnya Arwah seorang kanak2 yang amat kuat....Mampu bertahan sehingga 5 tahun,satu jangka masa yang lama...

Air mata ini menitis lagi...Al-Fatihah...semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin

Ulasan

cheqna berkata…
al fatihah
moga arwah tenang disana
Iman berkata…
charlie n angels:
Al-fatihah...:(
Iman berkata…
cheqna:
AL-Fatihah...Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin
Kakcik Seroja berkata…
Innalillahhiwainnailaihirojiun..

Tenanglah rohnya di Firdausi. InsyaAllah.
Iman berkata…
kakcik:
Amin...Semoga arwah tenang di sana
Iman berkata…
QuEeN Of 2 Heroes:
Al-Fatihah...
Abd Karim MJ berkata…
Salam..

Sedih & mengalir baca berita ini...

Insallah dia akan memimpin keluarganya di titian siratalmustakim dan akan menunggu mereka di Pintu Syurga... Insallah..

Alfatihah & Takziah buat keluarga ...
Iman berkata…
Abd Karim MJ :

Ya...sedih sangat...sayu rasanya...betapa kuatnya dia berjuang untuk hidup....
Insyaallah...
MamaYatie berkata…
Al Fatihah..sedih kalo jadi gini..

Insyaallah si kecil ni tunggu mama & papa dia kat SANA..
atieaizam berkata…
Al-fatihah.. pasti wajah arwah berseri2.. macam anak saudara sya yg telah meninggal 17hb Mac aritu akibat demam dan jangkitan paru2..
Jieda berkata…
cerita pasal arwah ni pernah masuk dalam majalah pa&ma beberapa tahun lepas.Al Fatihah
miZz_nizZ berkata…
alfatihah..sedekahkn kpd arwah c kecil..kadang2 bnda cmnila kite tkut mnimpa kita..xdijangka kmlngn jtuh dr buaian boleh mnjdi sbgini trok..kite perlu slalu berdoa kturunan kite djauhkn sgala bntuk bala dr Allah..
eima berkata…
sedey nye....

dijauhi aku dan keluarga aku dari musibah seperti nih ..sesungguhnya aku tidak betah dan tidak tabah utk menghadapinya ...Ya Allah ya tuhan ku ....
rozarina berkata…
Salam. saya ni ibu kepada arwah Akmal Harith. Terima kasih di atas salam takziah dan rasa simpati kalian terhadap anak saya. Saya kini baru mempunyai kesempatan membuat blog khas untuk akmal.
Rozarina berkata…
Salam.saya ni ibu kepada Akmal Harith bayi yang dijatuhkan nursery.Terima kasih atas rasa simpati dan salam takziah dari semua. saya harap kalian semua dapat layari blog Akmal untuk mengetahui cerita sebenar dan gambar gambar arwah.
Rozarina berkata…
Salam.saya ni ibu kepada Akmal Harith bayi yang dijatuhkan nursery.Terima kasih atas rasa simpati dan salam takziah dari semua. saya harap kalian semua dapat layari blog Akmal untuk mengetahui cerita sebenar dan gambar gambar arwah.

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA