Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Merdeka!!!!!!!!!!!!!

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 53 Kepada Semua Rakyat Malaysia...Selamat Menyambut Hari kemerdekaan yang Ke 53...Semoga kita semua akan sentiasa hidup dalam masyarakat yang harmoni dan aman damai...Bersama-samalah kita menjaga negara kita yang tercinta ini dari anasir-anasir luar....Insyaallah...

Decal Lagikkk!!!

Imej
Hujung minggu yang agak sibuk...hehehe...menyiapkan tempahan jahit manik dari kakak ipar...lepas tu siapkan decal yang tergendala hari tu...huhuhu...lamanya nak ambik masa kerajinan tu....Apapun,projek decal di balang tu dah siap sepenuhnya....

Baju Raya ke?

Imej
Aksi Balqis setelah disuruh mencuba baju yang dibeli hari tu... "Ni baju raya Balqis ke Ibu?" Tak la...Ni baju pakai hari2 jer.Buat basahan....Baju raya Balqis kat kampung.... Bila dicuba,alhamdulillah...semua yang dibeli tu ok jer kat badan dia...tak ketat,takder la longgar sangat..huhuhu...Nasib baik..."pandai gak aku agak2...hehehe"(perasaan!!!!),masa beli hari tu...aku terkejar2 masa takut lambat sampai opis...hehehe....Tapi memang puas hati dapat harga yang berbaloi2...    

Sila Ambil Ikhtibar Atas Apa Yang Berlaku!!!!!!!!!

Sibuk Bershopping?Nak keluar membeli-belah untuk persiapan raya ke?Tolong curi masa anda seminit dua untuk membaca entry ini... Ingin aku kongsikan dari email yang aku dapat...Mungkin kejadian ini sudah lama berlaku..tapi sekurang2nya bila baca entry ini...dapat membuatkan anda semua lebih mengingati anak2 anda sewaktu bershopping sakan... Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks! Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu s

Jom Shopping

Imej
Ke mana aku pi tengahari tadi...Meh sini nak khabor....Tak gi Sogo yer....Kawan den ajak gi kat gudang yang buat penghabisan stok kat Taman Shamelin,dekat2 Pandan Indah tu...Kalau kengkawan tak shopping lagi baju raya anak2,jom pi sana (kalau dekat la)..aku jamin korang semua puas hati..Semua jenama ada...kiki lala..kiko...nicole...dan banyak lagi..penat la nak sebut... Pastinya pemergianku ke sana tadi dengan Lrt...kalau naik teksi,rasanya tak bergerak2 lagi dari kawasan Sogo tu....huhuhu...turun kat Lrt Maluri dan naik teksi dari situ... Aku dapat rege rm6.00 jer Seluar budak tu murah sesangat...jenama kiko...kiki lala... Hahaha...aku berjaya jugak mendapatkan baju untuk Balqis dengan harga yang amat murah...Yahoo...sukanya aku dapat jimatkan bajet aku...kalau aku pi Sogo tadi...mau sekali/2 kali ganda duit aku melayang berbanding kat sini...

Sogo Hari Ini

Imej
Hehehe....Memang jadi aku tak ke Sogo hari ni... memang penuh sesak masa aku lalu kat situ tadi...Dek kerana kesesakan yang terlampau kat jalan menghala ke kawasan Sogo dan sekitarnya (Jalan Tar) En.Polis trafik terus menutup jalan menghala ke situ dari Jalan Kuching (depan Bank Negara)...Kesian saper yang lalu ikut situ kerana diorang kena pusing kat Masjid Negara.Huhuhu...Selamat sudah saper yang bershopping tadi...

Jom Shopping Di Sogo

Imej
  Kenal ke dengan bangunan ni?Bangunan bersejarah ke?Bukan?Habis tu...aper? Selamat bercuti untuk kengkawan yang sedang bercuti...Sambil bercuti sambil menghayati pengertian Nuzul Al-Quran...Insyaallah... Aku di kl tidak bercuti....huhuhu...takper...besok cuti gak....Dan aku mengandaikan hari ini,jalan kat Kl  menghala ke Sogo terutamanya  akan jem seteruknya...Naper??Pertama dah gaji,kedua Selangor dan sekitarnya bercuti....akan berpusu-pusulah orang ramai untuk membeli-belah bagi persiapan raya...   Aku yang duk 10 langkah dari Sogo ni pun pikir banyak kali nak pi ke tak...Nak gak shopping baju anak,tapi bab memilih baju kat Sogo ok lagi walaupun bersesak2,tapi bab nak membayar....tak sanggup den...Korang yang pernah merasainya tahu la kan macamna perasannya kan...bukan 3 rasa ada,bermacam2 rasa keluar...huhuhu Mungkin untuk hari ini dan tengahari ini...Tidak!!!   P/S:Nanti saper yang pi tu ceritalah sikit yer... perasaan dan pengalaman sesak di sana...aku mungkin tidak akan  mema

Nuzul Al-Quran

Imej
Hari Nuzul Al-Quran di hari Jumaat yang mulia....Aku bersyukur ke hadratMu Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan tahun ini...Insyaallah Marilah kita sama2 hayati pengertian Nuzul Al-Quran.... Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantum

Paderi Melayu

Imej
PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI  Subject: FW: PADERI MELAYU PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN  1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.  BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER'  TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..   Dan Aku ingin menjadi orang yang menyampaikan apa yang disampaikan...Samaada baru atau lama,berhati-hatilah.... P/s:Sumber Fb (Maklumat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya...cuma untuk ingatan semua)

Bonus Hari Raya Untuk Kakitangan Kerajaan Dan Pesara

Imej
Akhirnya...Alhamdulillah.... 'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.  Lagi Berita B.Harian Online

Pengemis Rm16,000

Imej
  RM16,000 sebulan. Itulah pendapatan lumayan pengemis berikutan sikap terlalu pemurah masyarakat negara ini yang mudah terpedaya dengan ‘lakonan’ golongan itu. Mereka mampu mengaut keuntungan RM800 hingga RM1,000 sehari bagi seorang pengemis dengan mencari kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Petaling dan Pasar Seni di Ibu Kota... Mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sikap masyarakat kita yang terlalu pemurah memberi wang kepada mereka. Sikap masyarakat yang mudah tersentuh dengan kesusahan pengemis menyebabkan mereka berani mengemis walaupun pelbagai tindakan diambil pihak berkuasa, Keadaan itu juga mengakibatkan wujudnya pengemis warga asing yang menggunakan pelbagai taktik mengemis seperti berlagak orang cacat dan menjual barangan seperti tisu atau kalendar padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit. Sumber     Mymetro

Selamat Hari Wanita

Imej
Selamat menyambut Hari Wanita.... Tidak Dinafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada di muka bumi ini. Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya di bawah tapak kaki ibu kita. Tidak lupa khususnya kepada ibuku Mek Eshah Seman yang begitu tinggi keyakinan kepadaku dan selalu mendoakan untukku...Bagi aku wanita yang paling aku hormati secara peribadi dalam hidup ini adalah ibuku...Ibu yang melahir dan bersusah payah membesarkan aku tidak berbayar olehku jasa dan pengorbanannya....Ibu sudah tentu berjaya membesarkan aku sehingga seadanya aku hari ini...Walaupun tidak berapa cemerlang,gemilang dan terbilang....huhuhu To all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita peringkat kebangsaan.. Happy W

Kelebihan Wanita

Imej
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menja

Akmal Haris Pergi setelah 5 Tahun Menderita

Imej
Aku terbaca berita di paper semalam pasal adik Akmal Haris....Air mata aku terus bergenang....Laju jer mengalir di pipi...Naluri seorang Ibu....Masih ingatkah kalian dengan cerita baby yang jatuh dari buaian kat nursery pada 7 September 2005 iaitu adik akmal haris.. *********************** Di sini berita 5 tahun lepas... ****25hb Oktober 2005**** KUALA LUMPUR: Aidilfitri bakal menjelang, namun seorang ibu dirundung kesedihan apabila anak bongsunya, Akmal Haris, 3, masih koma selepas lebih sebulan kemalangan di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu. Seorang ibu terpaksa menanggung kesedihan menjelang Aidilfitri minggu depan apabila anak bongsunya yang berusia tiga tahun koma akibat kemalangan yang didakwa berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September lalu. Ibu bayi itu, Rozarina Bukhari, 34, yang ditemui di Unit Rawatan Rapi, Pusat Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkata anaknya, Akmal Haris, dipercayai tercampak keluar daripada buaian yang kemudian menimpa

Budak Perempuan 12 tahun Buat Maksiat!!!

Imej
Gambar Google Cabaran Membesarkan Anak Masa Kini.. ********************************** Ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sekolah rendah berusia 12 tahun bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari. Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat. Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks. Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Berita dari Mymetro... Cuma di sini bukan mencari salah siapa atau menuding jari pada satu pihak sahaja...Tapi mengambil iktibar bahawa betapa mencabarnya dalam membesarkan anak2 pada masa sekarang...Nauzubillah....Semoga

Ulang Tahun Perkahwinan

Imej
Hari ni bertanggal 23 hb Ogos 2010...genaplah usia perkahwinanku yang ke 6 tahun... Terasa baru jer aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku amat cintai...Masih kedengaran dengan jelas lagi suasana riuh rendah sanak saudara bergotong royong di hari bahagiaku.... Dan masih terngiang-ngiang lagi di saat sang suami melafazkan akad untuk memperisterikanku...Masih baru rasanya air mata ini mengalir kesyukuran selepas kami selamat diijabkabulkan....Kerna aku seperti tidak percaya aku sudah menjadi isteri kepada lelaki yang amat aku cintai...Alhamdulillah.... Kepada suamiku.... Insyaallah....aku akan menyayangi,menyintai,mentaatimu dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mempertahankan rumahtangga yang kita bina ini...Tidak akan sesekali aku menggoyahkan kepercayaanmu sayang... Aku amat bertuah kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang cukup lengkap bagiku...Kasih sayangmu akan sentiasa menyeri hidupku...Insyaallah.. Dan Ibu masih ingat lagi kata-kata Ayah........ "Ta

Allah Maha Mengetahui

Imej
Untuk Santapan Hati Dan Jiwa Walau jatuh dan luka berdarah..bangkitlah~~..biarpun langkah tidak lagi bermaya..walau kita tersungkur dalam setiap langkah..teruskan melangkah........

Marilah Kita Amalkan

Imej
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan

Yang Tidak Bisa Diucapkan Oleh Ayah..

Imej
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH? Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu? Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian? Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditangga

Tak Faham Bahasa!!!!

Imej
Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu. Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita. Penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Tak faham bahasa! Itulah ungkapan paling sesuai untuk lelaki yang masih memasuki koc khas wanita walaupun sudah berkali-kali dimaklumkan perkara berkenaan sejak koc itu dilancarkan empat bulan lalu. Penumpang wanita hanya boleh memandang sinis telatah golongan lelaki yang kebanyakannya warga asing dari Indone

Tips Kejutkan Orang Bersahur

Imej
Dah mula umat Islam berpuasa , tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-) TIPS 1 Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya .. 1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.. 2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia... 3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia... 4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia... 5. tutup kipas/air cond TIPS 2 Tapi kalau masih tak berkesan 1. jerit nama dia kuat kuat... 2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit 3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang 4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam 5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami! 6. jerit api! api! api! 7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit TIPS 3 ta

Kanak2 Hilang Lagi

Imej
Bukak Fb tadi ada orang tag kat fb .....Diorang semua baru sebarkan hari ni.... Mudah mudahan WAN NUR FADHILAH ANUM ditemui dgn selamat....amin.. Dear Friend, Please help ~! NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN AGE : 7 YEARS OLD LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN TIME : 5 PM MISSING DATE : 13/08/2010 CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR Regards, Daniel Leyong Personal Assistant Lima Bintang Logistics Sdn Bhd PTD 41365, Jalan Idaman 3/2, Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman, 81400 Senai Johor, Malaysia Tel:+607-5987687 Ext:124 Fax:+607-5990570 H/P:+6012-7813117

Hukuman Mati Kes Buang Bayi

Imej
Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi ..... Bagaikan bermusim...Itulah yang boleh diungkapkan kini... Di manakah perikemanusiaan umat dan masyarakat kita pada masa & hari ini...sehingga sanggup sebegitu kejam & sewenang lenang mengorbankan nyawa di mana ia adalah dari darah daging sendiri...sesungguhnya balasan tetap akan diterima walau ke mana saja pesalah pergi..Allah Maha Mengetahui...Maha Melihat.....Tidak di dunia....di akhirat...pasti ada balasannya... Dan terkini..... Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun.....Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi....Aku sokong sesangat... Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sam

Kesetiaan Cinta Wook

Imej
Kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu, Mek Wook Kondor, 107, teruji lagi apabila suaminya, Mohd Nor Musa, 38, ditahan polis sekali lagi kerana didakwa positif dadah jenis heroin. Lebih memilukan, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret.... Sebelum ini, pada 7 Julai tahun lalu Mohd Nor ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan 1998) serta dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut, 31 Disember tahun lalu. Dia kemudian dibebaskan pada 15 Julai lalu...... Sumber dari Mymetro Menurut Wook,dia sangat terkilan dengan perangai Mohd Nor yang mengambil dadah semula sehingga merasakan ingin membunuh diri dan terjun sungai kerana tidak dapat menerima hakikat itu. Menurutnya, dia tidak menyangka suaminya sanggup mengulangi balik perangai buruknya mengambil dadah kerana lelaki be

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Imej
KEGAGAHAN WANITA Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan..... Tetapi pada kekuatan perasaan..... Perempuan Yang Gagah...... Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keingginan Kegagahan perempuanberdiri di atas teguh iman.... Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang Ehsan.... Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.. KECANTIKAN LELAKI Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal,tetapi pada murni rohani... Lelaki Yang Cantik ....... Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada Adalah lelaki yang baik sangka Adalah lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan h

Nak Masak Aper Ahhh?

Imej
Tak tahu nak masak aper petang ni....huhuhu.... Dah jemu makan dah rasanya...Ini di antara menu hujung minggu...simple jer kan Udang goreng celup tepung cicah sos Acar buah..ni pemberian kawan opis Acar Kobis dan timun Ayam goreng dengan daun kari Kari ayam Terung goreng bersambal ikan merah goreng sambal tempoyak dengan ikan bilis sayur campur buah melaka/onde-onde Air bandung buatan hubby