Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria)

Floria 2010

Floria diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2007 dan kini ia dijadikan acara tahunan yang menjadi komitmen Perbadanan Putrajaya dalam usaha membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai `Bandar Dinamik'.

Festival Floria 2010 di Putrajaya kali ini yang bermula pada 10 Julai dan berakhir pada 18 Julai 2010 menampilkan bunga Heliconia (Bunga Sepit Udang) sebagai tarikan utama

Sejak tiga tahun penganjurannya, Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria) tidak pernah mengecewakan peminat seni taman, landskap dan bunga-bungaan tempatan. Kali ini, sebanyak 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan hiasan laman unik akan menghiasi festival tahunan dengan tema ‘Keindahan Tropika’ yang bermula Sabtu lepas....
Bertemakan 'Keindahan Tropika,' Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2010) yang kali ketiga penganjurannya tahun ini akan mempamerkan kelainan dengan menampilkan koleksi terbesar Heliconia (Bunga Sepit Udang) yang belum pernah ditunjukkan di Malaysia dalam suasana taman.

Malah Heliconia yang banyak di Asia Tenggara, dipilih sebagai bunga tema bagi Floria 2010 kerana kepelbagaian spesies bunga itu yang begitu sinonim dengan cuaca tropika di negara ini .....

Floria 2010 berlangsung selama sembilan hari bermula Sabtu lepas hingga 18 Julai ini di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya menampilkan 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan hiasan laman unik serta menarik.

Tema Keindahan Tropika dipilih bersesuaian dengan usaha mempromosikan Putrajaya sebagai `Bandaraya Dalam Taman' dan `Bandaraya Berbunga' selaras hasrat kerajaan menjadikan Putrajaya sebagai bandar hijau.

Dijangka lebih 500,000 pelancong tempatan dan asing menghadiri festival kali ini dengan penyertaan 10 negara seperti Indonesia, United Kingdom, Australia, Jepun, Kanada, Taiwan, Belanda, New Zealand dan Serbia yang turut mempamerkan landskap, taman dan gubahan bunga masing-masing.

Festival berkenaan dibuka secara percuma dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam pada Jumaat serta hujung minggu.


festival berkenaan akan turut memberi peluang kepada pengusaha dan pembekal bunga serta landskap untuk mempamer dan memperkenalkan produk mereka di samping membuka peluang perniagaan pelbagai pihak dalam industri landskap, hortikultur dan perkebunan.




Pameran yang berlangsung di kawasan seluas 6.07 hektar juga membolehkan pengunjung mendekati dan menyelami keindahan landskap dan bunga-bungaan selain dapat menyertai pelbagai aktiviti sampingan termasuk untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Pada waktu malam, landskap dan kawasan pameran menampilkan keindahan taman dengan cahaya lampu yang memukau. Antara aktiviti yang diadakan sempena Floria 2010, persembahan taman sekolah dan universiti, taman milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO), taman syarikat korporat, taman bunga kanak-kanak, astaka bunga, gerai jualan produk tanaman, landskap dan bunga.

Tiada ulasan: