Teater Muzikal Kita Di Istana Budaya

Hari Rabu malam Khamis ari tu dapat tiket free menonton Kita Musical di Istana Budaya...Tiket free beb...per lagi...dah la dekat dengan rumah...orang bagi,rembat jer la..huhuhu
Lepas solat Maghrib turun dari rumah...10 minit dah sampai kat Istana Budaya..Pertama kali aku sekeluarga menjejakkan kaki ke Istana Budaya...kalau tak dapat tiket free...mungkin tak sampai lagi kot..hehehe...

Date / Time 17 June 2010 (Thu) – 27 June 2010 (Sun)
8.30pm
Location Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Fee RM288, RM188, RM148, RM108, RM88, RM38
Website www.axcess.com.my
Contact No. 03 7711 5000
Category Arts, Culture & Entertainment

Tiket Vip...huhuhu



Jambangan Bunga di ruang lobi menyambut kedatangan kami....
Di Lobi Istana Budaya....

Pementasan mula kol 8.30 malam...
Ruang menonton
Di antara adegan2 dalam muzikal kita...aku ambik gambar ni sorok2 sebab kat dalam ni...dilarang mengambil gambar semasa pementasan....hukhuk....
Teater muzikal "Kita" mengisahkan kehidupan tiga kanak-kanak - Rahman, Cheong dan Amish - yang tinggal di sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak sekitar awal 1970-an yang menempuh proses kematangan bermula sejak zaman persekolahan dan melalui kehidupan serta budaya yang berbeza sehingga mengecapi kejayaan.
Satu jalan cerita yang best....sampaikan Balqis taknak balik selagi tak habis...huhuhu...ibu dah ngantuk la...meh la balik...
kisah yang menyentuh perasaan, irama yang merdu, reka bentuk pentas yang menakjubkan dan lebih-lebih lagi persembahan ini disertai oleh 50 orang artis yang terdiri daripada pelbagai bangsa
Antara barisan artis tanah air yang menjayakan persembahan tersebut ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Hafiz AF7, Nas Adila, Eric Lin dan Michael Rao. Teater itu mempunyai hampir 60 pelakon berbilang bangsa.
Akhirnya habis gak kol 11.30....tak nyesal datang...memang best dan tak membosankan...
Teater anjuran Xi Yue Art and Culture dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Istana Budaya dan diarahkan oleh Ho Lin Huay itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai pelakon pelbagai bangsa paling ramai bagi sebuah teater muzikal

Muzikal “KITA” menampilkan semangat dan visi sebenar konsep 1 Malaysia, di mana semua bangsa di Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni, bersatupadu serta bermatlamat untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran di tanah air yang tercinta ini.
“KITA” menjanjikan satu persembahan yang berprestij dengan kisah yang menyentuh perasaan, irama yang merdu, reka bentuk pentas yang menakjubkan dan lebih-lebih lagi persembahan ini disertai oleh 50 orang artis yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Tiada ulasan: