Erti Kasih sayang (1)

Tetiba di pagi hari....aku ter entry sesuatu yang boleh dijadikan ingatan untuk kita semua...Asyik cerita pasal deco dan hiasan....kita tukaq topik lak sekali sekala...
Sama2 lah kita.....

Erti Kasih Sayang

Pernahkah kita terfikir, kasih sayang yang kita berikan apakah ukuran yang boleh kita bandingkan. Tidak bukan?


Pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah berikan kasih sayang yang sama apa yang telah kita terima.


Pernahkah kita terfikir, bahawa kasih sayang adalah tindakan dua pihak, yang memberi juga mahu menjadi penerima.


Apabila sudah sekian lama dikasihi, pernahkah kita terfikir, sudahkah cukup kita memberi apa yang telah diterima.


Harapan seorang yang mengasihi adalah mahu dikasihi kembali.

Harapan seorang yang menyayangi agar sentiasa turut disayangi kembali.

Ciuman kasih sayang perlu ada balasan.

Pelukan perlu ada pengertian.


Jangan biarkan kesedihan, jangan biarkan kesunyian.


Besar ertinya apabila ciuman diberi tanpa diminta.

Besar ertinya ucapan kasih sayang diucapkan bagai lama tidak berjumpa.

Besar ertinya gengaman tangan erat tanpa dilupa.


Sudahkan anda melakukannya pagi ini pada insan yang anda sayang...


Fikirkan sejenak. Insan yang kita sayang, entah esok entah lusa, entah hari ini, boleh pergi buat selamanya ...

Jangan jadi penyesalan ...

2 ulasan:

charlie n angels berkata...

romantik nyer..... romantika d amor !

Iman berkata...

Semoga berkekalan hingga akhir hayat....Amin...