Tip menyusun atur ruang

Untuk rujukan aku kemudian hari...hari ni ada tip untuk menyusun atur ruang..kalau hari2 entry bergambar...bosan gak kan...Pesanan penaja.Ini hanyalah tip yang aku ambil dari majalah anjung seri hanya sebagai panduan....Apapun yang penting kita punya suka hati atau dengan kata lain kita punya minat la kan nak buat mcmna pun...hehehe...poyo jer...Yer la..kalau aku tak ikut tip kat bawah tu,nanti korang ckp aku ni hanya pandai bagi tip jer...huhuhu....tak ke haru...kan..kan..

Menyusun atur ruang
Matlamat dan fungsi perlu selari ketika membentuk pelan lantai rumah supaya mudah untuk menentukan hala tuju susun atur ruang...Apa pun ilham yang dilontarkan atau kreativiti yang ingin diketengahkan,pastikan realistik dan praktikal kerana keindahan semata2 bukanlah prinsip kediaman sempurna...

Ruang Tamu
1.Pilih hanya barangan perlu dan asingkan yang lain.Perkenalkan objek hiasan yang baru.
2.Upah pakar untuk memasang peralatan seperti tv,telefon,soket,lampu,kipas dan sebagainya.
3.Pilih reka bentuk lampu yang sesuai dengan gaya ruang,bukannya mencampur adukkan reka bentuk lampu mengikut kesukaan.
4.Pilih warna ruang mengikut kesesuian hiasan,kelengkapan dan aliran semasa.
5.Pilih hanya perabut yang sesuai.Begitu juga pemilihan sarung sofa biarlah mengikut kesesuian warna ruang..
6.Susunan perabut perlu selari denganbentuk ruang dan gaya hidup anda.Jika suka berbual dan merai tetamu,susun mengikut cara yang mudah berbincang.
7.Ruang tamu perlu mempunyai tingkap atau dinding kaca supaya sistem pencahayaan mencukupi dan tidak berasa rimas seta terkurung.
8.Pilih reka bentuk langsir mengikut gaya hiasan ruang.
9.Wujudkan titik tumpu,sama ada pada dinding yakni menerusi warna,kertas dinding kemasan kayu atau batu bertekstur dan teknik mengecat,perhiasan dan sebuah perabut yang menarik perhatian.Susunan perabot juga perlu menjurus ke arah titik tumpu.
10.Gantung gambar atau lukisan sebagai kemasan akhir.

Bilik Tidur
1.Gayakan mengikut mood yang diingini.Tanya diri sendiri,adakah bilik tidur sekadar untuk berehat dan tidur atau tempat untuk berkhayal.
2.Bilik tidur bukan untuk menyimpan segala barangan dan tempat persembunyian pakaina.Sediakan almari pakaian atau bina kabinet pasang siap.jika perlu,letak televisyen dan alat pemain dvd di dalam kabinet bertutup supaya bilik sentiasa nampak kemas.
3.Lukisan landskap dan imej bunga-bungaan sesuai untuk bilik tidur kerana mampu mewujudkan ketenangan.Pastikan lukisan ini digantung di dinding yang dapat dilihat sewaktu anda berbaring.
4.Katil adalah titik tumpudalam bilik tidur.Letak katil di tempat yang boleh dilihat sebaik pintu dibuka atau sekurang2 nya nampak hujung katil.Boleh juga menempatkan katil dengan cara kepala katil menghimpit dinding yang paling panjang.
5.Bilik tidur juga perlu ada tingkap atau pintu kaca sorong.Pastikan juga kedudukankatil wajar membolehkananda melihat suasana di luar.
6.Pilih katil bersesuaian.Jangan terpengaruh dengan gaya semasa.
7.Pilih warna dinding yang sesuai kerana ini mempengaruhi mood anda.Biru adalah warna paling popular untuk bilik tidur utama walaupun ramai yang suka memilih warna lembut.Warna terang menarik pada malam hari,tetapi jika bilik itu mendapat pancaran matahari yang kuat pada waktu siang warna ini boleh menyakitkan mata.
8.Pasang 2 jenis lampu- lampu siling dan lampu sisi katil untuk menwujudkan suasana persekitaran yang berbeza.
9.Lantai kayu paling sesuai diguna,tetapi jika memilih marmar atau jubin,maka bahagian lantai di sisi katil eloklah letak hamparan.
10.Guna set cadar daripada kain kapas kerana diperbuat daripada gentian semulajadi berbanding polister yang tidk menyerap kelembapan.

Ruang Makan
1.Jika berkemampuan,wujudkan dua ruang makan-satu untuk keluarga dan satu lagi untuk merai tetamu.
2.Ruang makan untuk tetamu seelok-eloknya guna meja besar berkerusi lapan atau 10 dan letak di ruang terbuka bersebelahan runag tamu.Ruang tamu untuk keluarga pula boleh menempatkan meja mengikut bilangan ahli keluarga.Unit pulau kabinet siap dipasang di ruang dapur kering juga sesuai dijadikan tempat makan keluarga.
3.Cat dinding dengan warna yang mungkin anda tidak berani guna di ruang lain.Warna hangat menjadikan anda lebih berselera dan tenang.Merah gelap,jingga dan keemasan menarik pada waktu siang dan romantik jika disirami cahaya lilin,lebih2 lagi jika terletak di ruang yang tiada cahaya yang tiada cahaya semulajadi.
4.Untuk mewujudkan penataan cahaya yang lebih dramatik,guna dua jenis pencahayaan,iaitu yang mengarah tepat ke atas permukaan meja makan dan lampu siling kerana jika lampu utama dipadam sekalipun masih dapat menikmati hidangan dengan selesa.
5.Jangan sesekali cat dinding dengan warna neutral kerana membosankan dan warna gelap atau tona lumpur boleh mengurangkan selera.
6.Elok membentuk ruang makan terlalu dekat pintu atau membelakangkan pintu.
7.Ruang makan elok dibentuk berdekatan ruang dapur dan sama aras.
8.Meja kayu sesuai sepanjang zaman dan sentiasa cantik.
9.Objek istimewa atau karya seni sesuai digantung di dinding ruang makan.
10.Jika ingin mengantung candellier,jarak yang sesuai ialah 76.2 cm dari paras permukaan meja makan.Ini juga tahap yang sesuai untuk lampu di atas permukaan unit pulau atau kaunter kabinet siap dipasang.

Ruang Dapur
1.Pilih sistem penataan cahaya yang praktikal dan berfungsi walaupun ciri estetika juga penting.Setiap permukaan kerja mesti mendapat suluhan cahaya yang mencukupi dan elak silau di atas permukaan kerja.
2.Kedudukan sink eloklah menghadap tingkap.
3.Ruang dapur perlu mempunyai pengudaraan semulajadi yang mencukupi.Justeru itu,binaan tingkap dan pintu penting di ruang ini.
4.Kedudukan tempat memasak perlu seiring atau di sisi tingkap kerana memasak dengan membelakangkan tingkpa boleh mewujudkan bayang sewaktu anda memasak.
5.Elak meletak peti sejuk terlalu dekat dengan alat ketuhar dan dapur masak.
6.Membina kabinet siap dipasang paling ideal untuk mewujudkan suasana ruang yang kemas dan rapi.Rel besi tahan karat juga sesuai dipasang untuk menggantung peralatan memasak yang diguna seharian.
7.Jika ingin suasana moden,pilih kabinet siap dipasang yang ada kemasan logam.
8.Jangansekali-kali mencampuradukkan pelbagai warna di ruang dapur.
9.Pasang alat penyedut wap sekiranya ruang dapur anda dibentuk diruang terbuka.

Ulasan

Jefry berkata…
terima kasih atas postingannya, sangat membantu sekali..

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA