Kebaikan Pokok Misai Kucing

Ari tu aku ada cerita pasal pokok herba yang aku tanam dekat balkoni rumah aku...iaitu pokok misai kucing...Jadi aku nak ceritakan kat sini di antara kebaikan pokok misai kucing...Miow...miow..jangan bimbang la...korang takkan jadi kucing dengan meminum air pokok misai kucing...muahaha...tiap2 2 hari sekali (takleh tiap2 hari...sebab pokok tu kecik jer...nanti mati lak asyik kena cantas jer)pada waktu pagi ,hubby akan potong satu ranting dan dia akan potong kecik2 dan rendam dengan air panas (bagi yang nak cepat..hehehe...cover untuk malas).Opps lupa lak...hubby campur dengan halia sikit.....kalau nak lagi baguih dan rajin,rebus la kat atas dapur...Tapi memadailah dengan rendam jer...
Ala...pokok ni senang jer nak hidup kat depan rumah kita tu...apa salahnya kita tanam dan ambik faedahnya....tiada siapa yang rugi kan...Lepas cantas tu..tanam la balik ranting yang kita ambik tu..2/3 hari mula la dia keluar daun dan berakar balik...

Ni pokok Misai Kucing....Aku ambik kat rumah kakak ipar di Kampung..Masa aku ambik tu kecik jer..satu ranting ...Aku letak kat dalam pasu tu dan tak sangka cepat lak biaknya...Tengok tangan la kan...huhuhu.Banyak la khasiatnya..



Rendam dengan air panas dan letakkan sikit halia

Ini adalah salasilah keturunannya....
Nama Botani - Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)
Nama Lain- Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.
Khasiat dan Kegunaan - Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan...kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid
Pokok misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi.
Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat2 moden.
Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis,mengurangkan kadar kolestrol darah,menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding dalaman disamping sifat antiseptiknya...
Dengan kata lain banyak la khasiatnya....Aku bukannya pakar dalam herba ni...aku pun dapat maklumat ni dari internet gak...Tapi apa salahnya kita berkongsi maklumat yang boleh membawa kebaikan kepada diri kita dan orang lain..
Tapi mujarab ke tidak....Tuhan punya kuasa...Kita cuma berikhtiar selagi mampu...bukannya susah pun kan...

Ulasan

Salam Iman.

Sekarang ni pun dah ada jual jus herba misai kucing nih. tapi kalau dpt yg original lagilah elok yer.penuh khasiat.Apa rasanya?
charlie N angels berkata…
wah...wah...wah...bgus nie....boleh tiru nie....thanks 4 da info!! x sangka lak banyak sungguh khosiat meow2 nih :-)
Iman berkata…
Iman 2 sweetie2010.blogspot :
Kak...Memang banyak sekarang ni jus herba dan teh herba kat pasaran tapi saya lebih yakin kalau kita yang usaha sendiri..Lagi fresh kan kak...huhuhu...rasa dia memnag takleh nak telan la mula2 tu...tak tau nak ckp mcmna...tapi sekarang ni bila dah biasa...ok jer...rasa segar jer badan...kalau dicampur dengan madu..lagi tak rasa apa...best...
Iman berkata…
2 charlie N angels :
Meow tak meow....yang baik kita boleh ikut...tak kisah...saya suka berkongsi info yang saya dapat dengan kalian semua..bukannya susah pun nak tanam...
Unknown berkata…
Kasiat daun misai kucing

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
Unknown berkata…
Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong....500 gram sy jual rm50..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi.berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.
isagoji berkata…
TEA HERBA MISAI KUCING....
Kesegaran LUAR BIASA... AKTIF & BERTENAGA!!!!
Kini isagoji2u membawa kpd anda tea herba misai kucing 100% asli, tanpa sebarang campuran, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan produk BUMIPUTRA MUSLIM bolih merawat pelbagai penyakit...Insyaallah.
sila hubungi/whatsap 013-5241694 Tn Hj Mohamad Isa

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI (FEDERAL VILLA)

RESEPI PES SAMBAL SERBAGUNA